Jodoh Yang Tak Disangka - Yuyu Rashid

Assalamualaikum.. Alhamdulillah 28 November 2015 , yuyu sah menjadi seorang isteri kepada seorang engineer iaitu Ebby Shazlee dengan sekali lafaz. Sebenarnya yuyu pun tak sangka tahun 2015 yuyu dah digelar sebagai isteri orang. Ada je yang bertanya macam mana boleh kenal ? Kenal berapa lama ? Okay , meh yuyu cerita serba sedikit.

 Tahun 2014 dan 2015 yuyu aktif dalam modelling. So bulan 8 2014 tu, yuyu dipanggil untuk shoot tudung outdoor. Then , owner punya tudung ni bawak geng dia dan boyfriend dia.. Boyfriend dia pulak bawak kawan dia untuk tolong angkut barang barang bisnes. Kawan boyfriend dia tu pulak suami yuyu sekarang. Haha~ 


Nak dijadikan cerita hindustan .. time yuyu tukar tudung kat dalam toilet tu, time tu jugak la hujan. toilet nak pegi tempat dorang kalau jalan kaki boleh la jugak basah kuyup. yuyu pun hanya menunggu depan toilet , nak pegi takut basah tudung orang. Then takde sape perasan yuyu sengsorang kat depan toilet tu. Datanglah sorang mamat ni bawak payung warne warni nak teduhkan yuyu. Mamat ni nampak macam pendiam and pemalu sepanjang yuyu shoot . Yuyu pun tak tahu lagi nama dia apa, dia siapa. Masa dia payungkan yuyu tu , yuyu ada tanya dia.. nak yuyu pegang ke payung sebab dia macam teduhkan yuyu je, dia macam jauh lah gak dari yuyu. Tapi dia just geleng kepala je ! Memang pemalu betul laki ni..takleh puji lebih lebih. haha!


 Lepas tu , yuyu dah tak sembang dah dengan dia sepanjang shoot tu. Tapi masa yuyu tengah shoot , yuyu pun ade gak pasang mata kat dia. hikhik, gatal jugak noh. Ala , bukan apa.. yuyu nak tgk dia je, nak perhatikan dia macam mana. Bila yuyu nak pandang dia.. dia pun tengah pandang yuyu jugak! haha. Malu jugak bila kita tahu ade orang curi tengok kita. 

 Bila dah habis shoot tu , yuyu baru lah rasa nak menegur dia. Tanya umor berapa and study kat mana sebab nampak macam pemalu je. Comel! haha. Tp, ghupe ghupenya.. dia dah tua. Oops! takdelah tua. Means 5 tahun gak la beza and dia dah kerja. Uish , ingatkan bebudak sebaya yuyu je . Lol Then memasing balik . Pssst , tapi kan .. yuyu sebenarnya suka tengok dia sebab dia macam penyegan. Suka tak bermakna jatuh cinta. Just suka cara dia je.. hihi. 


 Seminggu lepas tu , owner masukkan gambar outdoor dengan photographer. Dari instagram ler kami berkomen komen. Amboi , kemain sidia kalau dalam instagram. hiks ! panjang gak la dia komen komen dengan bebudak yang lain. Kemain rancak la tapi kat luar senyap je. Malu malu kucing.. hehe.. Tapi dia tak pernah komen yuyu punya gambar kecuali gambar masa kitorang tgh photoshoot. Yuyu pun ada lah gak stalk instagram dia kot kot dah ade awek. Maklumlah , takut gak orang dah berpunya tapi dok menggatal. Yuyu tertengok ada satu gambar dia punya caption  tengah tunggu orang perempuan shopping. Then yuyu agak dia dah berpunya. Haha ! Kecewa jugak lah tapi takpelah niat berkawan.



Cuba teka yang  mana ? HAHA


Dua tiga hari tu , yuyu ade post gambar kat instagram tapi caption takde pun pasal tengah final exam. Tetibe dia komen , goodluck. Yuyu pun pelik cane dia tahu so time tu dok komen panjang gak lepas tu yuyu bagi number phone senang whatsapp. Hahaha ! pssst , sebenarnya yuyu pelupa yg sebelum ni yuyu ada bgtahu yang yuyu tengah nak final exam sebelum ni.. kuikuii~

 Tapi ! Tapi !.. niat yuyu hanya berkawan. Lagipun masa tu yuyu kesunyian dan keseorangan perlukan kawan ramai untuk menghiburkan hati yang lara. Haha ! After dok komen panjang berjelaaa tu.. yuyu pun kasi number phone sebab dok mngomen kat public. Bila kasi ,dia terus call. 

Uishhh ! dalam hati yuyu cakap "Eh mamat ni dah ada awek tapi melayan kemain je, takpe aku layan jelah kalau dah gatal sangat." hahaha.. at the same time masa tengah oncall, yuyu pun perli lah dia.. "Awak call ni , gf tak marah ke ? Jangan tak mengaku ada awek pulakk.. ". Dia pun macam pelik and gelak.. then yuyu cakap lah dalam gambar tu ada caption tgh tggu perempuan shopping . Kemain aku kan ? nak tanya bagai padahal baru first oncall.. yela takut gak laki ni ade awek..dia gelak habis habisan then dia cakap tu mama dia and kaklong dia. Dia temankan dorang je. 

Yuyu dalam was was gak dia ni ada awek ke idok , boleh percaya ke idok.. tapi layan je lah sebagai kawan. Lepas oncall, yuyu terus tanya gf kawan dia and gf kawan dia cakap memang dia single and then she asked me why. HAHA! yuyu pun cakap jelah saje nak tahu. Cover line kononnye~

Dua minggu lepas tu , yuyu dah habis final exam .. sidia ajak keluar pegi makan. Segan jugak sebab yuyu tahu dia pemalu. Tapi yuyu ok je sebab tengok cara dia .. macam budak baik and yuyu pun rasa selesa dengan dia sepanjang dua minggu dok whatsapp tu. 

First dating sangatlah awkward! Especially sidia.. yuyu masuk je dalam kete dia, dia tak pandang pun muka yuyu bila bercakap. Awat ? Hodoh sangat ka muka yuyu ni? hihi.. Stopped kat traffic light still die tak pandang , tapi dia amik botol air besar kat kaki dia and minum. Every traffic light , dia akan bukak botol air then minum air. Yuyu nampak sangat yang dia sangat sangatlah nervous.. HAHAHAHA ! Yuyu pun jadi segan bila dia pun kaku and segan. Tapi yuyu kena cover gak.. I try to be chill, yuyu gelak kuat kuat , buat lawak..and being childish nak bagi dia selesa. Takkan yuyu pun nak berlagak cool, senyap , kaku je.. nanti makin awkward lah jadinyee.

Cukup sebulan kitorang kenal , kitorang rasa selesa dengan each other. Tapi yuyu pesan awal awal kat dia.. yuyu taknak couple sebab yuyu dah serik. Then dia pun sama, dia heartbroken almost two years lagi lama daripada yuyu. Conversation kitorang dalam whatsapp, kitorang memang taknak couple then yuyu ada sebut nak bercinta lepas nikah. Dia pun tanya takkan nak kawin terus sebab baru kenal nanti takut ada orang fikir bebukan. So we decided utk bertunang dulu pada bulan February. Masa tu , bulan 10. Yuyu fikir jugak and rasa takut sebab yuyu masih muda and yuyu tak reti pape lagi .. tapi yuyu dah istikharah, and yuyu rasa hati yu nak.. yuyu yakin dialah MR.RIGHT and boleh bimbing yuyu sebab sepanjang yuyu keluar dengan dia.. dia tak tinggal solat. Yes, memang susah cari lelaki yang macam ni. 

Then, dia mintak number phone rumah.. Yuyu kasi and seminggu lepas tu , my mom suruh bertunang bulan March sebab ada cuti panjang and sibling yg dok jauh pun balik kg so senang lah buat majlis bila sume ada. Alhamdulillah , kedua dua keluarga belah pihak setuju . Yuyu pun jumpa sekali dua je dengan family dia before tunang. Sidia jumpa my parents pun sekali dua.

Alhamdulillah.. Majlis Pertunangan yuyu diadakan pada bulan March 2015. Semua berjalan dengan lancar. Hikss.. Jodoh yang tak disangka, kebetulan rumah nenek dia dekat dengan rumah yuyu. Agak agak dalam 4KM je.. Alahaiii , kenapalah tak jumpa masa kat kelantan.. takdelah aku nak kenal laki laki lain yang bukan ditetapkan untuk aku, takdelah aku habiskan air mata aku selama ni.. hahaha. Ish , yuyu.. ingat jodoh tu.. Allah dah tetapkan. Lagipun dia dah lama menetap di Kuala Lumpur dengan family since dia dilahirkan lagi.. Cuma , rumah atok die je kat kelantan and dekat dengan rumah yuyu. Perancangan Allah semuanya elok elok belaka :)

Next post , yuyu update majlis perkahwinan yuyu ye ! Muahciked :*



p/s : Kalau diikutkan sidia taknak ikut temankan kawan dia utk photoshoot tu tapi dia fikir masa tu hari weekend and takde program pape so thats why dia ikut. Kawan dia bukan main bersungguh ajak dia, dia dah rasa berat hati and malas nak pegi tempat yang photoshoot bagai..sebab dia memang tak suka tempat cenggitu.  Tapi dikatakan jodoh, dia datang jugak . Taman Botani , Putrajaya lah tempat first yuyu kenal dengan sidia. First yang yuyu betul betul kenal dia and tengok dia masa dia payungkan yuyu.. kalau tak.. memang tak kenal and tak bertegur sapa laaa. hihi! Jodoh kan? Jom share story korang pulak :)
 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in