Dugaan Sebelum Majlis - Yuyu Rashid

Assalamualaikum, dah lama yuyu tak update blog mengenai kisah yuyu. Hari ni tetiba yuyu rasa nak share something sbb nak jadikan kenangan yang paling pahit dlm blog yuyu ni.. 

 Yes, yuyu nak semua yang baca kisah yuyu kali ni  sila berjaga jaga and tak pandang remeh temeh ye..

Sebelum ni yuyu pernah update yang yuyu pernah bertunang kan ? dan alhamdulillah, almost one year dah yuyu kawen.  Cumanya yuyu nak kisahkan perjalanan sebelum yuyu kahwin.. nak throwback dengan dugaan besar yg yuyu hadapi before majlis..

 yes, kita selalu dgr orang tua cakap " before kawen ni byk dugaan and ujian " kan?  Memang tak dinafikan , sungguh berat ujian yang diberikan kpd yuyu ....   Tarikh pernikahan yuyu 28/11/2015 and dua tiga bulan sebelum majlis  tu .. yuyu dah  banyak nangis , sedih dan bercelaru... Allah je Maha Mengetahui..

So yuyu nak mulakan cerita dari awal , apa dugaan terbesar sebelum tarikh perkahwinan yuyu tu.. 

 Yuyu memang dah lama stay KL since masuk Diploma lepas tu keje modelling + Pencarian Nona Manis TV3 . Hm , rasanyaaaa more than 3 years gak la tapi tak masuk 4 years lagi. Kekadang adelah balik jenguk parents sebab kat kampung just ada ummi , abah and adik je yang still sekolah . Adik beradik lain dok jauh2 + keje , time hujung minggu tuu dorang ade gak balik utk jenguk parents . 

So, 6 months before majlis yuyu tu.. ade laa call ummi and dia cite yang die xde selera makan and asyik gastrik je dalam minggu tu ..sakit and pedih kat tgh2 dada bawah ( macam pedih ulu hati laa kot rasenyeee ) ..  dia kata dah pegi klinik, doktor dekat klinik pun cakap gastrik and kasi ubat . Reaction aku cam biasa je la..  sbb ummi mmg ade gastrik. Lagipun dia cakap after makan ubat tu cam tahan sikit sakit tuu.. 

 A few weeks after ummi call tu aku blh balik kg.. Nasib baik ade mase free  sebab time tu memang aku still dalam program TV3 so aku dapat la jugakk balik kg. Lagipun aku nak uruskan majlis aku gak , nak survey barang2 kawen..

  Tau tak.. bila aku balik .. aku tengok macam something wrong je ummi aku nii, kulit ummi nampak macam  kuning sikit. aku cam tanya la kot kot pakai produk krim kunyit ke apa sebab ummi aku ni jenis pakai skincare gak. Then dia cakap, takde pakai pape pun. Bila aku suruh adik aku tgk ummi nampak tak kulit ummi cane.. dia cakap xkuning pun. Aku pun cam rase maybe mata aku bermasalah sebab aku ni rabun and silau . Then , aku still tak fikir apa apa lagi..

Ummi temankan aku untuk shopping barang barang kawennn~


Time ni , dia xnampak ketara sangat perubahannya. Just warna kulit je bagi aku nampak lain sikittt jee..nampak kuning. Ni mase kat umah maksedara, g jengjalan.. tp tulaaa.. aku amik gmbr ni sebab aku nak htr dekat kakak aku, sebab nampak kuning. Nampak kuning bagi aku..



ummi sebelum ni tak reti selfie, tapi telah diajar oleh aku. haha :')

 Masa ni ummi gemuk lagi..


Masa ni bawak ummi g klinik sekali lagi sebab kuning.. mata muka kuning.. sebab adik bradik sruh bwk ummi g klinik..

Then aku balik KL semula sebab aku still dalam program tv3, so the next month ( July ) aku balik kg lagi sebab raya. Seriously, Ummi nampak kurus and kuning. Ummi nampak lain tersangat2 !!

ni masa raya aidilfitri kalau xsilap.. ataupun raya aidiladha,. nampak sangat kurus....

 masa ni gak la, kakak and abang pun nampak perubahan ummi.. makin kurus.
sebelum raya tu, kakak and abg dah bwk g HUSM and after raya baru appointment utk check ummi. Time raya ni.. memang xthu ummi sakit apa.. 

Tapiii...

Ummi macam bersedih time raya nii.,, mcm sensitif..

so, yuyu nk masukkan bideo time umi nangis sebab rye sblm2 ni ummi xde nak nangis2 and sedih.... hmm 




video ni.. kitorg cam gelak gelak sbb pelik nape ummi nangis.. xthu ummi pikir apa.. so ktorg taknak die sedih2 time raya..so ktorang menyakat ummi.. sbb ktorg memang suka sakat ummi.


BERSAMBUNG SEBAB MAGHRIB, NANTI SAMBUNG LAGI..









Tips Untuk Mengelak Daripada Kebocoran Semasa Period

Hai, 


Okayyy today, yuyu nak cite sikit pasal tuala wanita a.k.a "pad" and this pad is one of my favourite ! sangat recommended. Kalau kat kedai ade jenama ni, confirm  , yang first yuyu amekkk this pad ! heee.. So ni khas untuk girl girl je tauu..  kalau boy boy yg bace tu pun boleh jugak mane lah tahu korang dah ade wife ke girlfriend ke yg korang nak tolong beli atau suggestkann utk dorang. hihi! Yelaaa, tak salahpun kalau boyboy pun nak amekk tahu pasal ni :) Takde yang berdosa pun. hihi..

Bukan senang nak cari pad yang selesa tauu, sebab kat Malaysia ni ada banyak jenis pad yang dikeluarkan. So kita sebagai pengguna kenalah bijak untuk memilih yang mana paling berkualiti kalau tak nanti makan diri. Haaa, acane tuu makan dirii yang yuyu maksudkan ? Yelaaa.. ade sesetengah wanita  pakai pad yang tak sesuai dgnnya mesti ada rasa kegatalan / kemerahan atau tak selesa semasa bekerja atau melakukan aktiviti lasak. Sebagai wanita , kita kenalah jaga kebersihan diri dan semestinya nak utamakan keselesaan pada diri kita.. betul tak ? Lagi satu , time datang haid tu yang paling kita takut ada kebocoran! OMG. segan kot kalau ada kebocoran, tambah tambah lagi time kita tidur , atau ke shopping complex and time  tengah berdating . Uishh, mintak dijauhkan lerr.. haha. So, tips utuk mengelak daripada kebocoran , korang kenalah pilih pad yang boleh menghalang dpd semua tu supaya lebih selamat and selesa. heee :D

Hm, korang janganlaa  risauuu sebab ianya tak susah pun nak cari pad yang boleh menghalang dpd semua tu berlaku , sebabnya LAURIER adalah penyelamat wanita. cewaahhh gittteww ! haa,  Pernah dengar kan ? of course lah pernah kannn .. hee. Actually , Pad Laurier ni ada banyak jenis tauu.. so, yuyu nak intro  and explain cikedd supaya korang boleh tauu kelebihan kelebihan LAURIER ni.


1. NIGHT SAFE LAURIER

Yang ni sangat sesuai bila korang memula datang period. Yelaa, mesti banyak kan ? So  pad ni sangat sesuai sebab ianya utk aliran yang banyak. Lagi satu , korang takyah nak risau pasal kebocoran kat atas tilam lagi sebab pad ni 30cm, permukaannya pun cepat kering and sangat selesa . Nak cuci pun senangg tauuu :)



- 30 CM
- 2X FASTER ABSOPRTION
- 5X DRIER
- WIDE HIP GUARD ( Pengawal pinggul yang lebar )


2. LAURIER SUPERGUARD 
(DOUBLE ABSORBENT CUSHION)

Yang ni untuk extra heavy flow so utk yang nak lebih safety tu boleh ler guna yang ni .
So yuyu sarankan yang mana memula period tersangat heavy tu boleh gunakan this one.
Jangann risauuu, semuanyaaa cepat diserap and takkan ada kebocoran :D

- 35 CM
- DWI PENYERAPAN BERKUSYEN
- MENCEGAH KEBOCORANG UNTUK APA JUA POSISI TIDUR
- 2X FASTER ABSORPTION


3. LAURIER SUPER SLIMGUARD (WING)
Okay, yang ni untuk yang normal . Tapi korang jangan risau , sebab yang ni pun die cover lebih dekat hip punya  . Yela, selalunya ade kebocoran dekat hip je kann..
Lagi satu , die nipis dan memberikan keselesaan dekat korang.
Takdee  gatal2 :p



- 30 CM
- SENANG CUCI
- 1 MM ULTRA ABSORBENT SHEET
- SUCTION LIKE POWER ABSORBS FLUID QUICKLY INTO
THE NEW QUICK LOCK SYSTEM.


4. LAURIER PERFECT COMFORT

Haa, yang ni tersangat nipis dan takkan rimas. Lagi satu, ianya menyerap dengan lebih cepat! 


 30 CM
- ULTRA SLIM
- HYPER ABSORPTION , EXTRA HEAVY WITH HIP GUARD


5. LAURIER ACTIVE COMFORT

Untuk waktu petang , korang boleh guna yang ni sebabnya permukaannya super serap ,tak basah dan tak tembus ! Lagi satu , ianya memberikan keselesaan sepanjang aktiviti!


360 PELINDUNG KEBOCORAN SEKELILING
-SENANG CUCI
-WING


So, korang takperlu risau lagi pasal kebocoran semasa period ! Laurier kannn adaa :P pssss.. korang nak FREE SAMPLE tak ? mesti nak kann :)
Kalau korang nak , korang kena layari 
ataupun
annnnddd... korang boleh redeem untuk FREE SAMPLE! yeayyyy...

Eeeehh , kejappp! ade satu lagi. Korang berpeluang memenangi a trip to Osaka dan berpeluang untuk menang hadiah bernilai RM40,000 dengan menyertai POSE A GO GIRL di Facebook! 

Langkah langkah mudah ada didalam Laurier Facebook. Jangan lupa untuk Like page Laurier untuk menyertai this contest ! Cepatlah , jangan lepaskan peluang keemasan ini. 
Contest dari 15 July - 30 September 2016 !

Makeup Dan Kelas Makeup Di Kelantan Dan Di Kuala Lumpur

Hai, Assalamualaikum.


Yuyu just nak announce pasal kelas makeup yuyu sebab sekarang yuyu dah stop modelling buat sementara so yuyu beralih menjadi mak andam di Kelantan dan juga di Kuala Lumpur. Lagi satu makeup clas dan tempahan makeup yuyu harganya sangat berbaloi dan mampu merasa makeup yuyu. Yuyu menggunakan product NARS,MAC,TARTE,MORPHE,LAURA MERCIER , URBAN DECAY , CLINIQUE, CHANNEL , TOM FORD AND FOR FALSE EYELASHES i'm using ELISE.

Jadi yuyu buka Tempahan makeup untuk BRIDAL, BRIDESMAID, PHOTOSHOOT AND FOR ALL EVENTS. Korang boleh whatsapp yuyu +601125524850 untuk pertanyaan harga tempahan makeup yuyu. Manakala yang mana ade di perak ke ,melaka ke, sabah ke boleh jugak nak buat tempahan cumanya akan caj transport ataupun tempat penginapan jika terlalu jauh.

Kepada yang berminat untuk belajar makeup boleh masuk ke Kelas Makeup By Yuyurashid yang mana yuyu akan announce di INSTAGRAM PERSONAL atau di INSTAGRAM MAKEUPBYYUYURASHID . Sebelum yuyu terlupa, yuyu ada buat Kelas Makeup pada 20HB (Jumaat) di Kota Bharu Kelantan. Meh , nak iklan sikit. hihii :p


Booked sebelum 15hb. 7 orang sahaja lagii

KELAS MAKEUP BUDGET, KOTA BHARU KELANTAN.

Yuran kali ni sangat murah bagi mereka yang baru nak belajar makeup . Yuran paling termurahhhhh utk korangg. Special edition gittew. Andddd tersangat limited, sekarang dah tinggal beberapa orang sahaja. Berminat sila whatsapp +601125524850 utk booked seat and more details.

Tarikh : 20 / 5 / 2016 (JUMAAT)
Masa : 3.00 - 5.30 PETANG
Tempat : Holiday Villa hotel, Wakaf Cheyeh Kota Bharu.

Apa yang menarik?

• Korang akan belajar cara cara yang tertera di atas.
• Bagi sesiapa yang 0% tentang makeup, korang boleh masuk kelas ni. Di alu alukan..
• Makeup yang dipelajari ialah utk majlis pertunangan dan juga ke majlis.
• Kelas makeup ni jgak akan bg details mengenai product yg sesuai utk digunakan .
• After belajar, korang boleh praktis kat muka masing masing.
• Minuman disediakan.
• Korang boleh menggunakan barang barang yang disediakan seperti Foundation Nars, Lipstic Anastasia , Mac , Eyeshadow Mac and etc.
• Korang cuma perlu bawak brush atau sponge dan juga cermin kecil utk praktis makeup di muka sendiri.
‼️‼️ Yuran kelas makeup ni sangat murah dan sesuai utk korang yang baru nak belajar makeup. Ni last class yang berharga sedemikian, lepas ni dah takdeee

Lepas ni no more whatsapp tanya bilaaa pulaak kelas.


Okay, tu cerita pasal kelas makeup. So sesiapa berminat nak membuat tempahan just whatsapp ke nombor tadi ye. Nak tunjuk hasil hasil makeup yuyu sikit, kot kot korang malas bukak instagram yuyu, boleh ler korang nengok sini je.. hihihii..





























 Boleh whatsapp +601125524850 sekarang untuk membuat tempahan :)


Jodoh Yang Tak Disangka - Yuyu Rashid

Assalamualaikum.. Alhamdulillah 28 November 2015 , yuyu sah menjadi seorang isteri kepada seorang engineer iaitu Ebby Shazlee dengan sekali lafaz. Sebenarnya yuyu pun tak sangka tahun 2015 yuyu dah digelar sebagai isteri orang. Ada je yang bertanya macam mana boleh kenal ? Kenal berapa lama ? Okay , meh yuyu cerita serba sedikit.

 Tahun 2014 dan 2015 yuyu aktif dalam modelling. So bulan 8 2014 tu, yuyu dipanggil untuk shoot tudung outdoor. Then , owner punya tudung ni bawak geng dia dan boyfriend dia.. Boyfriend dia pulak bawak kawan dia untuk tolong angkut barang barang bisnes. Kawan boyfriend dia tu pulak suami yuyu sekarang. Haha~ 


Nak dijadikan cerita hindustan .. time yuyu tukar tudung kat dalam toilet tu, time tu jugak la hujan. toilet nak pegi tempat dorang kalau jalan kaki boleh la jugak basah kuyup. yuyu pun hanya menunggu depan toilet , nak pegi takut basah tudung orang. Then takde sape perasan yuyu sengsorang kat depan toilet tu. Datanglah sorang mamat ni bawak payung warne warni nak teduhkan yuyu. Mamat ni nampak macam pendiam and pemalu sepanjang yuyu shoot . Yuyu pun tak tahu lagi nama dia apa, dia siapa. Masa dia payungkan yuyu tu , yuyu ada tanya dia.. nak yuyu pegang ke payung sebab dia macam teduhkan yuyu je, dia macam jauh lah gak dari yuyu. Tapi dia just geleng kepala je ! Memang pemalu betul laki ni..takleh puji lebih lebih. haha!


 Lepas tu , yuyu dah tak sembang dah dengan dia sepanjang shoot tu. Tapi masa yuyu tengah shoot , yuyu pun ade gak pasang mata kat dia. hikhik, gatal jugak noh. Ala , bukan apa.. yuyu nak tgk dia je, nak perhatikan dia macam mana. Bila yuyu nak pandang dia.. dia pun tengah pandang yuyu jugak! haha. Malu jugak bila kita tahu ade orang curi tengok kita. 

 Bila dah habis shoot tu , yuyu baru lah rasa nak menegur dia. Tanya umor berapa and study kat mana sebab nampak macam pemalu je. Comel! haha. Tp, ghupe ghupenya.. dia dah tua. Oops! takdelah tua. Means 5 tahun gak la beza and dia dah kerja. Uish , ingatkan bebudak sebaya yuyu je . Lol Then memasing balik . Pssst , tapi kan .. yuyu sebenarnya suka tengok dia sebab dia macam penyegan. Suka tak bermakna jatuh cinta. Just suka cara dia je.. hihi. 


 Seminggu lepas tu , owner masukkan gambar outdoor dengan photographer. Dari instagram ler kami berkomen komen. Amboi , kemain sidia kalau dalam instagram. hiks ! panjang gak la dia komen komen dengan bebudak yang lain. Kemain rancak la tapi kat luar senyap je. Malu malu kucing.. hehe.. Tapi dia tak pernah komen yuyu punya gambar kecuali gambar masa kitorang tgh photoshoot. Yuyu pun ada lah gak stalk instagram dia kot kot dah ade awek. Maklumlah , takut gak orang dah berpunya tapi dok menggatal. Yuyu tertengok ada satu gambar dia punya caption  tengah tunggu orang perempuan shopping. Then yuyu agak dia dah berpunya. Haha ! Kecewa jugak lah tapi takpelah niat berkawan.



Cuba teka yang  mana ? HAHA


Dua tiga hari tu , yuyu ade post gambar kat instagram tapi caption takde pun pasal tengah final exam. Tetibe dia komen , goodluck. Yuyu pun pelik cane dia tahu so time tu dok komen panjang gak lepas tu yuyu bagi number phone senang whatsapp. Hahaha ! pssst , sebenarnya yuyu pelupa yg sebelum ni yuyu ada bgtahu yang yuyu tengah nak final exam sebelum ni.. kuikuii~

 Tapi ! Tapi !.. niat yuyu hanya berkawan. Lagipun masa tu yuyu kesunyian dan keseorangan perlukan kawan ramai untuk menghiburkan hati yang lara. Haha ! After dok komen panjang berjelaaa tu.. yuyu pun kasi number phone sebab dok mngomen kat public. Bila kasi ,dia terus call. 

Uishhh ! dalam hati yuyu cakap "Eh mamat ni dah ada awek tapi melayan kemain je, takpe aku layan jelah kalau dah gatal sangat." hahaha.. at the same time masa tengah oncall, yuyu pun perli lah dia.. "Awak call ni , gf tak marah ke ? Jangan tak mengaku ada awek pulakk.. ". Dia pun macam pelik and gelak.. then yuyu cakap lah dalam gambar tu ada caption tgh tggu perempuan shopping . Kemain aku kan ? nak tanya bagai padahal baru first oncall.. yela takut gak laki ni ade awek..dia gelak habis habisan then dia cakap tu mama dia and kaklong dia. Dia temankan dorang je. 

Yuyu dalam was was gak dia ni ada awek ke idok , boleh percaya ke idok.. tapi layan je lah sebagai kawan. Lepas oncall, yuyu terus tanya gf kawan dia and gf kawan dia cakap memang dia single and then she asked me why. HAHA! yuyu pun cakap jelah saje nak tahu. Cover line kononnye~

Dua minggu lepas tu , yuyu dah habis final exam .. sidia ajak keluar pegi makan. Segan jugak sebab yuyu tahu dia pemalu. Tapi yuyu ok je sebab tengok cara dia .. macam budak baik and yuyu pun rasa selesa dengan dia sepanjang dua minggu dok whatsapp tu. 

First dating sangatlah awkward! Especially sidia.. yuyu masuk je dalam kete dia, dia tak pandang pun muka yuyu bila bercakap. Awat ? Hodoh sangat ka muka yuyu ni? hihi.. Stopped kat traffic light still die tak pandang , tapi dia amik botol air besar kat kaki dia and minum. Every traffic light , dia akan bukak botol air then minum air. Yuyu nampak sangat yang dia sangat sangatlah nervous.. HAHAHAHA ! Yuyu pun jadi segan bila dia pun kaku and segan. Tapi yuyu kena cover gak.. I try to be chill, yuyu gelak kuat kuat , buat lawak..and being childish nak bagi dia selesa. Takkan yuyu pun nak berlagak cool, senyap , kaku je.. nanti makin awkward lah jadinyee.

Cukup sebulan kitorang kenal , kitorang rasa selesa dengan each other. Tapi yuyu pesan awal awal kat dia.. yuyu taknak couple sebab yuyu dah serik. Then dia pun sama, dia heartbroken almost two years lagi lama daripada yuyu. Conversation kitorang dalam whatsapp, kitorang memang taknak couple then yuyu ada sebut nak bercinta lepas nikah. Dia pun tanya takkan nak kawin terus sebab baru kenal nanti takut ada orang fikir bebukan. So we decided utk bertunang dulu pada bulan February. Masa tu , bulan 10. Yuyu fikir jugak and rasa takut sebab yuyu masih muda and yuyu tak reti pape lagi .. tapi yuyu dah istikharah, and yuyu rasa hati yu nak.. yuyu yakin dialah MR.RIGHT and boleh bimbing yuyu sebab sepanjang yuyu keluar dengan dia.. dia tak tinggal solat. Yes, memang susah cari lelaki yang macam ni. 

Then, dia mintak number phone rumah.. Yuyu kasi and seminggu lepas tu , my mom suruh bertunang bulan March sebab ada cuti panjang and sibling yg dok jauh pun balik kg so senang lah buat majlis bila sume ada. Alhamdulillah , kedua dua keluarga belah pihak setuju . Yuyu pun jumpa sekali dua je dengan family dia before tunang. Sidia jumpa my parents pun sekali dua.

Alhamdulillah.. Majlis Pertunangan yuyu diadakan pada bulan March 2015. Semua berjalan dengan lancar. Hikss.. Jodoh yang tak disangka, kebetulan rumah nenek dia dekat dengan rumah yuyu. Agak agak dalam 4KM je.. Alahaiii , kenapalah tak jumpa masa kat kelantan.. takdelah aku nak kenal laki laki lain yang bukan ditetapkan untuk aku, takdelah aku habiskan air mata aku selama ni.. hahaha. Ish , yuyu.. ingat jodoh tu.. Allah dah tetapkan. Lagipun dia dah lama menetap di Kuala Lumpur dengan family since dia dilahirkan lagi.. Cuma , rumah atok die je kat kelantan and dekat dengan rumah yuyu. Perancangan Allah semuanya elok elok belaka :)

Next post , yuyu update majlis perkahwinan yuyu ye ! Muahciked :*



p/s : Kalau diikutkan sidia taknak ikut temankan kawan dia utk photoshoot tu tapi dia fikir masa tu hari weekend and takde program pape so thats why dia ikut. Kawan dia bukan main bersungguh ajak dia, dia dah rasa berat hati and malas nak pegi tempat yang photoshoot bagai..sebab dia memang tak suka tempat cenggitu.  Tapi dikatakan jodoh, dia datang jugak . Taman Botani , Putrajaya lah tempat first yuyu kenal dengan sidia. First yang yuyu betul betul kenal dia and tengok dia masa dia payungkan yuyu.. kalau tak.. memang tak kenal and tak bertegur sapa laaa. hihi! Jodoh kan? Jom share story korang pulak :)
 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in