Majlis Pertunangan Yuyu Rashid

 Assalamualaikum..
Yeeehaaaaa, dah dapat laptop baru dah so dah boleh update blog bebanyak lepas ni. Dok berangan nak buat tutorial bebanyak dekat youtube nanti. Biar korang rasa semak dan menyampah . hewhew ! Alhamdulillah lega Pencarian Nona Manis dah tamat setelah berlangsung 4 bulan. phewwww.. penat wei. Penat sangat sangat , jangan ingat kami semua tak penat sebab task nya yang mencabar , menguji minda. Alhamdulillah , yuyu dapat masuk Top5 Pencarian Nona Manis. Mungkin rezeki nak kawen kot. Oooopss ! 

Yuyu malaih ah nak cerita cane yuyu boleh kenai tunang yuyu ni. Kalau nak tau serba sedikit pasal #yuyurashidjourney ni boleh tengok dekat instagram  @yuyurashid.cm .Tapi yg yuyu nak habaq mai , yuyu xpernah couple dgn situnang yuyu ni. Orang kata , kalau dah jodoh , masa dah sesuai and Allah tetapkan dah tiba maka bertunanglah kome. Kun fayakun.

Allah pertemukan kita dgn orang yang salah sebelum jumpa dengan orang yg betul. sebab apa ? sebab Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Kita hanya merancang  tetapi Dialah yang menentukan segala galanya. Actually , yuyu terfikir betul jugak lumrah hidup. Hidup ni bukan ada satu warna tetapi banyak warna. Ada pahit , manis  .. orang kata liku liku kehidupan. cuma yuyu nk cakap sikit ni sbb yuyu rasa yang mana dok couple lama lama tu sbnrnya buang masa , buang tenaga tapi tambah dosa. Kita dok couple, mcm mcm dokk buat mengalahkan laki bini. Wallahualam.  Tapi last last , dok sedih dok meroyan dok terhegeh hegeh , jatuh maruah. Kalau betul serious , kenapa melambatkan benda yang elok ? benda yang halal. Nikah ni mudah , cuma kita yang merumitkan. Bagi alasan itu ini , kenapa ? Nak bagi alasan takdak duit , takdak itu ini.. padahal lepas nikah tu nanti rezeki akan bertambah. Ingat... Allah itu Maha Adil , Maha Penyayang.
Ikut adat Melayu , "selagi tak kaya jangan nikah" , ikut syariat islam.. "Nak kaya , nikah ".

Adeih.. kang yuyu dah jd ustajahh pulak. Bukan apa, ni based on my experience la. Yuyu just menyampah nengok bebudak sekarang dok happy annivesary bagai.. padahal tak kawen lagi. Okay dah, malas nak membebel. *Ni dah melalut ke lautan hindi dah ni padahal nak ceghita pasai tunang aku -.-'


Yuyu bertunang pada 14 March 2015. Alhamdulillah.
Bagi yuyu, yuyu tak buat besar besaran just buat ala kadar je. Itu dah cukup memadai . yuyu just ajak kawan kawan yang terdekat sahaja. Kalau tak silap yuyu dalam RM800. Cincin lelaki and yang lain sponsor -.-' heeeee .. Sorry jangan marah ! Tapi Alhamdulillah la.. semua berjalan dgn lancar. Masa tunggu family tunang tu datang , agak nervous la. Malu.  Bila yuyu dipanggil keluar , duduk and dengar pakcik yuyu dgn pakcik dia berpantun. yuyu boleh gelak lagi. Masa baca doa, dalam kepala yuyu macam tak percaya. yuyu rasa bersyukur sangat sebab yuyu dah jumpa orang yang betul. Seriously.. Syukur + Sedih bila banyak kali Yuyu bandingkan sejarah yuyu yang dulu and yang sekarang... yang sekarang jauh lebih baik. Bagi Yuyu , tunang yuyu ni perfect.. sangat memahami, sangat menjaga yuyu and firasat Yuyu boleh katakan 100% yuyu percaya yang dia memang betul betul nak aku jadikan isteri dia.  Alhamdulillah syukur ya Allah..one step closer is done.





Orang kata jangan membazir .. kita buat lah sederhana selagi mampu. Makeup sendiri , Jurupakaikan veil tu kak anis. Lebih kurenggg rapat laa . so sesape nak yuyu makeupkan masa tunang boleh jer :) yuyu belajar makeup pun masa shooting tengok mua makeupkan then tanya sikit sikit. hehe..


tudiaaa dah sampai.. tapi sorry sbb ramai tanya mane gambar tunang yuyu, yep.. yuyu sorokkan sape tunang yuyu before kawen dulu sorokk ada sebab tersendiri. Ceghita dia sebab masa first kenai tu.. hehe. Nanti kite ceghita sebab apa yuyu sorok :)



*Ni first time abah berjumpa dengan ayah tunang yuyu. Family yuyu pun xpernah lg jumpa family dia just cakap dlm phone je sebab kitorg memang baru baru kenal dua tiga bulan. yuyu pun tak percaya -.-




*Menunggu yuyu lettew .. aish , nervous pulak kitew


*tudiaaaa.. keluar keluar tengok ramainya orangg.OMG !



Jangan ditanya kenapa jariku sebegini. Tengah segan silu , malu tanpa henti. 



*ni dok gelak sebab dorang berpantun. Tak terfikir nak merakam pulak. hahaha






 Alhamdulillah. Yuyu bersyukur sangat sangat. Allah je tau :') Sebenarnya jodoh ni datang tanpa diduga . Btw, doakan kami utk majlis yang tak lama lagi dah . Semoga berjalan dgn lancar, amin.

Goodnight .


10 comments:

  1. siapakah gerangan lelaki bertuah yang berjaya memiliki hati yuyu....

    ReplyDelete
  2. tahniah tapi dlm Islam sepatotnya tunang dirahsiakan nikah dihebahkan ye

    ReplyDelete
  3. tahniah tapi dlm Islam sepatotnya tunang dirahsiakan nikah dihebahkan ye

    ReplyDelete
  4. taniah yuyu .. semoga bahagia selalu . cepat-cepat kahwin

    ReplyDelete
  5. tahniah yuyu.. anyway masih menjadi rahsia ye..

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
    Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

    ReplyDelete
  6. tahniah yuyu . nadia doakan yuyu bahagia ke anak cucu dan jannah . insyaAllah . amin .

    ReplyDelete
  7. cantik sangat.. anyway, kitaorg ade buart promotion best giler untuk bakal pengantin.
    Dapatkan perkhidmatan photography dan videography perkahwinan yang terbaik dari kami dengan harga serendah RM1250.00 sahaja tertakluk pada terma dan syarat..

    PEVEYHACK PRODUCTION

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in