DIRECTD GADGET MEGA STORE PETALING JAYA

Assalamualaikum..


DIRECT-D ADDRESS:
LOT 11, JALAN 51A/219, 46100 , PETALING JAYA


LINK DIRECT-D
Facebook Direct D
Direct D online


Korang pernah dengar tak DIRECT-D ? Mestilah pernah kan , company yang besar kot tipulah tak pernah dengar. Haa, baru baru ni Direct D ada melancarkan "Mega Store" disebelah Lebuhraya Persekutuan  (Federal Highway) berdekatan Avon dan Mazda Service Centre.  Yuyu pun ada pergi Huge Mega Tech Store - Direct D yang baru launch kat sana. Pergh , memang besar la tempat  tu ..  so korang boleh cari macam macam gadget  kat DirectD ni  . Mega Store ni dikatakan tempat pameran smartphone dan tablet terbesar di Malaysia dengan pilihan 1000 jenis aksesori. 

Malah kebanyakkan consumer mencari accessibility , better value , better connectivity choice , convenience , consumer service and quality . So , DirectD hope to serve those needs by providing a one stop solution to consumer connectivity needs.

























Sangat besar kan ? So, korang boleh borong gadget disini dengan harga yang berpatutan. Tambah tambah lagi tempatnya agak luas dan selesa. Direct D Huge Store ni dua tingkat dan tingkat atas and bawah juga mempunyai service centre . 

"Convenience , Comfort and Community". Haaaa,itu lah yang akan disediakan oleh DirectD , In terms of "Convenience ", customer now have close 300 different phone models and 1000 accessories to choose dfrom all under one roof, 100 over display model to test before making decision, Internet services by YES , telco services by major services such as Maxis , Digi and U mobile, apply for credit facilities , repair phone , trade in and others. Hebat kan ? Memang awesome sangt . Everything ada, so tak perlu risau . Satu store DirectD macam macam ada dan sangat memudahkan untuk semua customer. Manakala in terms of "Comfort" , show room ni mengikut keselesaan pengguna/ pembeli. Top priority , spacious showroom with ample seats , ample car parks and WiFi. In term of "Community" DirectD juga menyediakan tempat untuk customer register as membership. Membership ni banyak kelebihan juga tau ! Jangan lupa , kalau datang Direct D ni register lah sebagai membership kalau nak benefit. hiihi.. haaaa, nak tunjuk something jugak ni.. jeng jengg ~~




 OMG ! Iphone 6 GOLD . *crying 
Jom terjah ke Direct D sekarang ! wink winkkk. 









Air Mata Keluar Apabila Bersendirian

Assalamualaikum..

Bismillah ,







"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, 
sedang mereka dalam keadaan lalai (Dengan dunia) dan mereka berpaling (dari Akhirat) " . 
(Surah Al-Anbiya;Ayat1 )




Pernahkah kamu menangis apabila bersendirian?
Pernahkah kamu terfikir kenapa ?
Mungkin permasalahan ?
Atau mungkin..
Berfikir mengenai dosa yang banyak dan kamu merasakan sedih dan sayu apabila mengingatinya ?






Dia (ALLAH) berfirman , kamu tinggal dibumi hanya sementara sahaja. jika kamu benar benar mengetahui (Surah Al-Mu'minun. Ayat 114)

Wahai manusia ! Sungguh , janji Allah itu benar , maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu , memperdayakan kamu tentang Allah. Sungguh syaitan itu musuh bagimu (Surah Al Fatir: 5-6)

Ya Allah,

Andai kaki ini melangkah , jadikan setiap langkahan itu , langkahan ketempat kebaikan tempat kebaikan yang Engkau redha.

Andai mulut ini berkata , jadikanlah setiap perkataan yang keluar itu ialah perkataan yang penuh hikmah dan bermanfaat , perkataan yang lembut dan mendekatkan diri hati ini dan orang lain padaMu.

Ya Allah ,

Andai fikiran ini berfikir, jadikanlah fikiran ini berfikir mengenai Mu , berfikir mengenai dosa dosa lalu , berfikir mengenai kebaikan orang lain padaku, berfikir mengenai nikmat yang telah kau berikan padaku , dan berfikir mengenai usaha usaha apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mendekatkan diri pada Mu.

Andai disaat tidak ada perkara yang bermanfaat ingin diperkatakan , andai tidak ada topic ingin dibicarakan , jadikanlah lidah ini lancar dan terus menerus berzikir kepada Mu . Jauhkanlah lidah ini daripada mengeluarkan kata yang menyakiti hati orang lain.

Ya Allah ,

Andai hati ini berniat ataupun bermonolog dalaman , jadikanlah jati ini sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan sahaja, jadikan juga monolog hati itu yang baik baik sahaja.
Andai telinga ini masih mampu mendengar, jadikanlah ia mendengar dan menapis perkataan itu , jadikanlah kedua telinga ku mendengar yang baik baik sahaja, andai ada saat saat dimana aku mendengar yang kurang baik , jadikanlah ianya berlalu seperti angin...


Ya Allah,

Andai mata ini melihat hingga ke hari ini dan hari seterusnya , jadikanlah mata ini dari melihat yang bukan hak, permudahkan kedua mataku ini untuk menajga pandangan , jadikanlah mata ini mata yang sentiasa menangis kerana Mu, menangis mengingati dosa dosa yang telah aku lakukan......


Wahai Tuhan yang telah terlalu banyak memberi , jadikan aku orang yang bersyukur dengan nikmat yang telah engkau berikan kepadaku. Sungguh semua ini nikmat Kau berikan ini , akan menjadi saksi diakhirat kelak. Semua akan diminta dipertanggungjawabkan.


Ketahuilah kita semua bahawa..

" Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran , penglihatan , hati nuranu tetapi sedikit sekali kamu bersyukur" - SURAH AL MU'MINUN AYAT 78 )

"Dan Tuhan mu tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" (Surah Naml: Ayat93 )

Sungguh , Allah . Dialah Yang Maha Pengampun , Maha Penyayang . (Surah Al Qasas : Ayat16 )
 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in