Kehidupan Yang Sempurna

Assalamualaikum..








Aku cuma ingin berkongsi. 

Ingat , aku berkongsi apa yang semua orang telah merasa pahit manis dalam kehidupan .

Dan..

Bagi aku , ada orang lain merasakan apa yang aku rasai..
Ada yang inginkan motivasi daripada pengalaman seseorang..

Tetapi , Tolong memahami artikel blog aku ini kerana :-

Mungkin ada yang mengatakan aku membuka cerita peribadi didalam blog ini..
Mungkin ada yang mengatakan setiap kehidupan aku , aku menceritakan kepada public..
Mungkin ada yang merasakan aku hanya meraih simpati..


Tidak.

Itu jawapan dari aku. 
Aku tak pernah sesekali membuka cerita peribadi aku disini . Aku cuma berkongsi pengajaran untuk menghadapi masalah dan dugaan . Ada yang dari pengalaman aku sendiri dan dari sumber sumber yang  lain.  Aku seorang blogger yang suka berkongsi pengajaran dan pengalaman. Bukan menceritakan semua tentang kehidupan aku.

Hari ni aku tersedar sesuatu tentang kebahagiaan . Sebuah kehidupan yang sempurna.

Kehidupan sempurna yang wujudnya Kebahagiaan yang tidak pernah sesekali meminta duka dan kesedihan dan tidak ada kekurangan disetiap kebahagiaan. Kebahagiaan yang sempurna tanpa ada cela.


Ya.

Kadang kadang hidup kita ada bahagia ada duka . Bahagia tak semestinya sentiasa bahagia. Tetapi cuba kita muhasabahkan diri kita. Ketika kita bahagia , kita ingat Allah  ? Kita ingat tak siapa yang memberi kebahagiaan tu ? Kita sedar tak bahagia itu datang dari siapa ? Mungkin kita bahagia kerana ada peneman disisi kita . Peneman hidup. Adanya kawan kawan disamping kita. Ada orang yang tersayang disisi kita.Tetapi  kita tidak sedar bahawa disetiap kebahagiaan itu Allah yang memberikan kepada kita melalui mereka semua. Bersyukurlah , kerana Allah telah menjanjikan kebahagiaan kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah  , sekurang kurangnya ada bahagia didalam hidup kita. Tetapi ingatlah , kebahagiaan itu datang daripada siapa.  

Kebahagiaan itu hanyalah sementara. Ianya nikmat untuk kita merasakan manisnya kebahagiaan itu walaupun ianya sementara. Hargailah ketika adanya waktu bahagia. Hargailah nikmat kebahagiaan itu. Tetapi jangan kita leka ketika berbahagia. Ingat, Bersujudlah kita kepada pemberi nikmat kebahagiaan itu agar dikekalkan rasa bahagia itu. 

Bahagia yang sementara. Kesedihan tetap hadir didalam sebuah kebahagiaan.
Kenapa ? Kita inginkan bahagia tetapi kenapa kita tidak boleh lari dari kesedihan ? Kenapa kita tidak boleh bahagia tanpa adanya kesedihan ?

Kita perlu ingat , hidup ini tidak semuanya sempurna. Tidak ada sempurna sepenuhnya. Manusia pun tidak ada yang sempurna . Begitu juga kebahagiaan, adanya cela disudut kecil didalam sebuah kebahagiaan.

Allah SWT memberikan kita kesedihan didalam sebuah kebahagiaan kerana Dia ingin kita sentiasa ingat bahawa nikmat itu datang daripadaNya. Mungkin kebahagiaan datang hanya sesaat , tetapi mengapa penderitaan datang itu dirasakan sangat lama dan berterusan dalam setiap saat hidup kita ? Sebenarnya dalam kepedihan ada pengalaman yang berharga.

Dalam kepahitan ada kesembuhan yang menguatkan. Dalam kekacauan sekalipun ada ketabahan dan usaha untuk keluar daripada masalah tersebut.

Kehidupan ini adalah seperti satu pakej sebenarnya. Bahagia dan menderita itu saling membelakangi, seperti dua sisi duit syiling. Bila kebahagiaan datang , penderitaan ada pada sisi sebelah lagi yang tertutup. Tetapi pada saat penderitaan itu datang , bahagia juga berada disisi sebelah lagi yang tertutup.

"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan"
(QS. Al- Insyirah : 6 )

Berjuanglah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk membalikkan keadaan. Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu yang indah. Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia.

Mahukan kebahagiaan maka marilah kepada Tuan Punya Kebahagiaan iaitu ALLAH SWT. Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap , berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan ! Ujian adalah lumrah. Insya Allah semua itu pengajaran untuk kita semua sebelum menerima kebahagiaan yang sebenar.



"YAKIN KEPADA ALLAH SWT "



2 comments:

  1. Betul la ape yang kak yuyu cakap kan. Memang setiap kbahagiaan tu datang dgn kesedihan, kedukaan. Kita sbg manusia, sbgai hamba, memang xdak can punya nak terlepas drpd smua ni. Dia antara redha tak redha je dgn ketentuan Allah SWT. Sejujurnya la kan, kita kalau boleh, nak bahagia tuh kekal sampai bila bila, tapi kita lupa nak Terima kasih, snng cter bersyukur pdNya atas bahagia yang diberi. Bahagia pun satu UJIAN & pinjaman. Ape ape pun kita buat, semua kena niat kan kerana DIA. Moga setiap apa yang kita buat tu, ada ganjaran di akhirat kelak. Keep strong kak yuyu ! :)

    Lah tahzan. Robbuna ma'ana - Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita. ^_^

    ReplyDelete
  2. selamat malam...hehehe...singgah sini intai tuan blog kot belum tidooo :P

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in