Bercinta Bila Betul Betul Dah Bersedia

Assalamualaikum..



Bercintalah bila betul betul dah bersedia, iaitu cinta selepas nikah  * no, there's no light by stanislaw


                                           " Love when you're ready, not when you're lonely. "


 Bercinta hanya bila betul betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian. Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang. Hingga terlupa nak bertanya pada diri  " adakah aku betul betul dah bersedia ? "

Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani , hati mana tak cemburu ? Hati mana yang tak rasa sunyi ?

Hati mana yang tak rasa sunyi ?  Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama ?
Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roomate sibuk bergayut dengan kekasih hati memasing. Kita? Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.

Time makan , orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti diluar kelas. Kita ? Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.

Hujung minggu ? Semua orang dah ada rancangan masing masing. Keluar tengok wayang, pergi pantai , pergi jalan jalan. Kita ? Mampu tidur je sepanjang hujung minggu dibilik. Layan movie jugak tapi seorang diri bertemankan laptop.


DARI SITU SEGALANYA BERMULA.


Kita rasa sunyi. Kita nampak orang lain bahagia. Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama? Mesti best kalau ada boyfriend. Hari hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian. Bila ada yang menghulur salam perkenalan , begitu mudah kita terima berlapang dada. Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati !

Yeay , aku akan bahagia macam pasangan lain.

"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata kata jangan mudah terpedaya, kadang kadang ia adalah bisa yang paling bahaya."

 Itu yang dibayangkan.
Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain. Kita yakin mereka betul betul dah bahagia ? Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara ? Untuk menyelamatkan satu hubungan ? Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.


YAKIN KITA DAH BETUL BETUL BERSEDIA ?
Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak. Kalau belum yakin , belum betul betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta ?  

Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.

Sebelum ini , kita fikir setiap percintaan yang penuh dengan kasih sayang. Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.


KENAPA NAK KORBANKAN SEGALANYA UNTUK SESUATU YANG BELUM TERJAMIN KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN ITU KEKAL?



Saat kita sendirian , kita mungkin rasa sunyi. Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah. Kita yang terlalu memikirkan. Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman ?



" Sometimes its betterl to be alone , nobody can hurt you . "

Dalam bersendirian itu ada keindahan. Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain. Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?

Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta. Kegembiraan saat kita bersendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.

Saat sendirian, kita bebas.

Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan onag lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.

Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang kadang hanya satu penipuan. Penipuan yang kita sendiri cipta. Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.

Tapi disebalik semua senyuman itu ada tangisan yang kita terpaksa sorok. Ada hati yang berdarah terpakasa kita rawat sendiri. Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat dimata orang lain.

" Fake hapiness is still the worst sadness "

Sampai bila nak kekal sebegitu?
Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang? Yakin kita sayangkan dia ? Yakin dia sayangkan kita ?


habis, tangisan yang kita sorok sendiri tu apa? Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.

"The reason people find it so hard to be happy is that they always see the past better that it was and the present worst than it is . "

Duduk.


Renung kembali. Fikir balik. Betul ke aku dah betul betul bersedia ?
Atau aku  hanya menisi kesunyian ?
Kalau sekarang aku belum betul betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul betul bersedia ?

Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya. Hanya Dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul betul dah bersedia untuk jatuh cinta. Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.

" Ya Allah , bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya . Jarakkan kami. Pisahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia sia . Agar kami tak mengundang murka Mu. Temukan kami dengan cinta yang diredhaiMU."



"Allah has already written the names of your spounses. What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you're ready . It is only matter of time. "

First Experience : Video Tutorial Untuk Iklan Sunsilk Youtube

Assalamualaikum..


Aku nak story mory sikit pasai experience aku. Tak banyak lah kan aku update pasai aku dlm blog, sebab jarang jugak  nak update dengan life diri sendiri. Nak buat acano  , dalam instagram tiap tiap dah update activity seharian. Nak makan update, nak keluar makan update , nak basuh baju pun update , kemas rumah pun update , pergi cari teksi pun update, nak masak pun update. Apa apa ajolaaahh~

Haaa , actually aku dah banyak sengsara. cewahhh ! sengsara lah sangat . Saja bikin drama melayu lagi dlm blog. hihiiii.. Maksud aku , aku banyak lah gak nak benda tu tapi tak dapat. 

"Allah tak beri apa yang kita inginkan , tetapi Allah beri apa yang terbaik untuk kita"

 hmm, memang betul tu . Kadang kadang tak selalu nya kita bersedih , Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita.  Setiap pengalaman yang aku dah lalui telah pun ada masin , terlebih masin dan sedikit tawar serta pahit. Er.. kadang kadang payau pun ada gak.

Sepanjang aku bersedih , aku release tension buat video tutorial shawl di youtube.

"Eh , bersedih aku pun boleh buat benda macam ni gak ek. kuikuiii"

Merapu jugak video aku tu . Al maklumlah .. aku tak reti nak mengedit guna camera pun camera laptop . Takde nak advance sangat . Lagipun itu hobby. Kalau orang tengok pun macam merapu lah sangat video aku tu. puiii.. kan ? 







Yang korang nampak teaser tu tak guna camera laptop yang tu dari LHMEDIA rakam.
Ni laaaa, cheq nak story moryy.. terlebih panjang pulak. 

Actually aku ni noob lah jugak . Reti buat video je , kadang kadang check inbox youtube dan inbox page. Nampak je aku ada semua benda laman social tapi tak reti. Teruk kan ?
Tibalah suatu hari pada bulan puasa 2014 , aku dah lupa bulan berapa. Bulan July kah atau bulan August kah. Whatever la.. Tapi bulan puasa lah.

Aku bukak inbox page aku tu then dapat job offer daripada someone from http://www.ohbulan.com/ untuk buat video tutorial shawl.

Selang beberapa hari aku terima lah job tu. Aku ni penakut dan pemalu orangnya. Puii.
Haha.. Nasib sebelum ni aku pernah ada job dengan UMT untuk program tudung. So aku dah pernah jadi demonstration program hijab untuk buat tutorial  kepada peserta UMT TERENGGANU pada bulan dua 2014 jugak. Cuak jugak sebab tak pernah. Tapi bila lagi nak mencuba benda baru and aku memang suka and minat kerja cenggini. Takde rasa penat sebab enjoyed.




Berbalik kepada cerita tawaran video tadi. Aku pun tak perasan viewers aku :





Thanks kepada viewers dan likers. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi seriously ni memang minat aku buat video cenggini.  Then bila aku dah terima tawaran tu .. then sebelum rakaman sebenar aku kena pergi screening shoot dulu . Masa screening shoot tu... Akuuuuu... Aku ...


Aku kaku.



Tapi after the next day , tibalah masa shooting. Alhamdulillah .



Aku rasa nak nangis bila tengok hasil. Akhirnya dalam aku noob dan takut , cuak . Aku dapat habiskan jugak untuk kelima lima video untuk Sunsilk. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada my parents , OhBulan, LHMedia TV Sunsilk dan kawan kawan ! Thank you so much :) Seriously , walaupun banyak yang aku rasa kesedihan tahun 2014 tapi akhirnya Allah gantikan something untuk membahagiakan aku. Syukur :)





 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in