Luahan Hati Seorang Perempuan

Assalamualaikum.. 


Actually , ada banyak nak kongsikan kepada readers. Ianya masalah hati , mungkin bukan aku sahaja yang merasakan semua ni. Aku tahu , kalau kita ada masalah orang lain apatah lagi. Betul tak ? Okay , entri kali ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku dan semua orang. Kaum lelaki jangan nak marah pulak sebab aku cerita bagi pihak perempuan so.. of course lah kena backup perempuan. Masalah kewangan boleh dicari , tetapi masalah hati susah. Mana ada doktor yang boleh ubatkan kita kecuali diri kita sendiri. 

Kadang kadang kita rasa diri kita tidak bererti walaupun ada orang menyayangi kita, kadang kadang kita merasa serik disebabkan pengalaman dulu, Kadang kadang kita rasa apa yang kita menyayangi dan mencintai takkan dapat seperti yang diidamkan dan kadang kadang kita rasa down yang teramat sangat kerana tak dapat memiliki. Kenapa ? Mungkin Allah dah simpan yang terbaik untuk kita. Redha. Sepanjang kehidupan kita ini , sentiasa akan diuji dengan pelbagai masalah untuk mematangkan kita.  Cuba kita fikir , dah banyak dugaan Allah turunkan kepada kita .. tetapi kenapa kita masih tidak mempercayai akan ada kebaikan dariNya ? Kenapa kita berputus asa untuk hidup sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa . Dialah merancang untuk yang terbaik kepada umatnya. Bersabarlah.

Mungkin aku tergolong dalam golongan itu. Ya , aku akui. Aku rasa kosong. Bukan bererti aku frust menonggeng disebabkan kehilangan orang yang dicintai. Even , kalau ada sekalipun aku still merasakan kosong. Kosong yang tidak membawa apa apa erti. Aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Dulu memang rasa indahnya ada orang mencintai , bila everything is worst. Aku tak rasa apa yang indah lagi. Semuanya menyerabutkan. Aku bukan lagi yang dulu. Aku sedar dan aku percaya Allah dah aturkan segalanya. Aku perlu berhati hati. Cuma , aku perlu berusaha dan tawakal. Siapa yang tak mahu yang terbaik , kan ? Semua orang mahukan yang terbaik didunia dan diakhirat. 

Nak kata aku frust bercinta ? Tak. Aku dah serik. Benda dah lama tak perlu diungkit kembali, Cuma pengalaman ni .. semua orang akan merasai yang sama cuma situasi yang berbeza. Okay, meh aku nak luah sikit :


Cukuplah kisah dulu jangan berulang. Hati kena kuat . Banyak lagi dugaan yang akan dtang tapi seriously aku cakap aku memang takde kepercayaan langsung terutama lelaki. Aku paling benci lelaki yang mitak couple kononnya declare bagai cakap suka itu ini. Bila ditolak , cakap kena reject bagai , dok kata depa ni jual mahai la apo la. Lepaih tu , dok update status itu inilah. Mintak simpati ke mintak kaki , che abang ? haha. Bila perempuan jenis hati lembut terus terima. Bila dah terima, hati takde kepercayaan . Kadang kadang dok couple gaduh even masalah kecik pun jadi besar. Dram amengalahkan sinetron dan cerekarama Tv3 . Sorry to say la ye. 


Bila dah putus, kantoi pulak lelaki tu sebenarnya kena cabar dengan kawan kawan. Bila dah putus, tup tup laki tu dah ade pengganti. Haih , cepat sangat kau jumpa pengganti ? celah mana kau jumpa ? Tah tah masa kau couple dengan dia , dia dengan orang lain. Tak ke rasa diperbodohkan disitu ? Oopss. Haih (dah dua kali mengeluh) , perempuan gak jadi mangsa. Tak kisahla kalau laki ada jadi mangsa cenggini jugak . Memang dah lumrah. Sekaran ni aku perempuan , aku backup perempuan lah. Nanti esok aku jadi laki , aku backup laki lak ye. Jangan gaduh gaduh . Kalu nak terasa , terasa la. Aku cakap ni hanya untuk lelaki yang species cenggitu.

Aku dah menyampah sangat . Maaflah aku cakap , macam bodoh. Kalau laki tu betul betul nak kat kau dia boleh je terima kau sebagai kawan. Bila dah get ready terus kahwin tak perlu ada istilah couple. Suka tu lumrah. Kalaua da kawan kau berangan nak dengan dia tu nak dengan yang ni . Suka kat dia tu suka kat dia ni la.. abaikan la. Layan jelah. Tu namanya konsep menggedik keseorangan. Lagi bagus menggedik sorang daripada kau couple dengan orang tu orang ni , dok pegang orang tu pegang orang ni. Dok sayang orang tu , dok sayang orang ni. Dok baby hubby orang tu , orang ni.  
Mana specialnya bakal suami kau nanti ? 

Tahla, aku dah bosan cukup bosan dengan drama. Tak kisahla orang lain dah ada pasangan ke belum. Aku tak hairan kalau orang tanya aku dah berpunya ke belum sebab aku serik. Lebih baik pendam daripada meluahkan. Allah dah tentukan jodoh. So konsep aku follow the flow. Ada jodoh ada lah , kalau takde redha. Move on. Takyah berharap sangat, takyah dok sakitkan hati sendiri. Life must go on !

Memang ramai yang kawin muda sekarang ni. Yela.. sape yang taknak kan ? Jauhi Zina. La takrabulzinna. Kalau tak , macam macam boleh jadi. Kau keluar dengan orang tu orang ni , kalau orang tu memang dah nak amik kesempatan kat kau.. aku tak tahu lah macam mana. Mintak dijauhkan lah. Bagi aku kaum perempuan ni memang menggedik sikit. Nak manja lah bagai , tapi boleh fikir tu semua untuk bakal zauj kau nanti. Ala setakat laki tu cakap nak kawin dengan kau bagai , hujung tahun ni hujung tahun depan. Tapi kalau dah nampak macam dia takde usaha nak kat kau. Jumpa mak ayah pun tak, nak bincang pasal mende yang serious pun tak. Baik kau berhati hati la. Lebih baik kalau mak bapak kau tahu daripada tak tahu. Dunia sekarang , dah macam macam boleh jadi. Takde rasa berdosa ke apa dah. And.. aku rasa tak perlu kot fikir semua ni lagi. Ada jodoh , adalah nanti. Paling penting :

JAGA DIRI DAN MARUAH DIRI.
TERUTAMA KAUM PEREMPUAN !

Kuatkan hati dengan mendekatkan diri dengan Allah Swt.


Thankyou for 
Pelukis : Rusydee Artz
Lirik : Andai hatiku bersuara




6 comments:

  1. Sy stuju dgn kata2 awk wlaupon sy ni lelaki... tp pndapat sy, lelaki mcm tu adalah lelaki yg ade paras rupa yg elok, yg berduit... sbb diorg xkn rase rugi tnpa brfikir tntg hati... tp inyaAllah hukum karma tu ade... emm berbeza dgn lelaki yg kkurangn ciri2 idaman prempuan... xajak couple pon, tp utk brkawan pon direject... sbb tu org mcm sy ni hanya ade kwn lelaki je... kwn prempuan tu ade...tp tu pon knal dr kecil... sbb tu dlm islam ade ltak urutan dlm pmilihan...paras rupa no 2... first skali agama n akhlaknyer... sy stuju dgn kata2 yuyu, ape slahnye brkawan... da smpai mse, ckup syarat...msuk la mminang... n mcm tu la niat sy skrang ini... insyaAllah... maaf mnyebok...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana setuju dgn kata kata sy :) yup. tak perlu bercouple dan tak perlu memilih rupa paras :)

      Delete
    2. N satu lg...ubat utk pnyakit ati adalah 30 juzuk yg diturunkn kpd kite... buntu? Istikharah penyelesaiannye... tkut n rsau? Istighfar n zikrullah pnenangnye... insyaAllah.. :-)

      Delete
  2. Salam.. Bila brcakap tntg kesakitan yg melibtkn hati,Allah,sakitnya x dapt dgambarkn. Sy pernh rasa.dia bukan stkt couple,tp bnda tjadi masa ikatan yg sah. Dan Awak,sy faham Awak. Stakt ni,senyumlh. Mngislh. Dan tenanglh. Insyaallah. Masa akn mmbawa ia pergi.

    ReplyDelete
  3. 2016....perempuan lebih mengerikan dari lelaki.lebih hebat menipu.lebih hebat berpura2
    lebih hebat dlm kecurangan...xpercaya???tajuk cerita diatas da lama lapuk.lelaki begitu begini...

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in