Wahai Hati

Assalamualaikum..

Dah berapa bulan tak dapat tidur awal . Selalunya tidur pukul 5 pagi. Makin teruk je insomnia padahal sebelum ni kalau tidur pun around pukul 3 pagi . So , pagi ni mata masih segar bugar and rasa nak update satu entry lagipun otak ni berfikir tak henti henti . Tak tahu lah nak cakap apa . Semakin dewasa ni , semakin banyak dugaan dan semakin banyak yang dipendam . Kekadang , masalah tu kena selesaikan diri sendiri .  Kekadang jugak , masa nak tidur tu nangis sorang sorang bila dah serabut sangat . Allah juga lah tempat untuk bergantung dan mencari ketenangan . Allahu ..

Actually , entry ni untuk semangat dan luahan diri sendiri . Bagi sedar sikit. Hahaha ! Hurm.. 
Dulu , masa sekolah rendah dan sekolah menengah tak fikir pun erti susah sebabnya bergantung bawah parents . Bila dah dewasa cenggini , semua benda nak kena fikir . Fikir tentang Hati , Orang sekeliling , Kewangan , Kerjaya , Masa depan , Tanggungjawab dan banyak lagi . 

Masalah hati itu perkara biasa . Mungkin lah sebabnya bagi yuyu itu semua tak penting lagi buat masa sekarang. Kalau hati tu suka atau inginkan seseorang lebih baik pendam insya Allah lama kelamaan akan hilang juga perasaan itu . Lagipun , yuyu dah serik dengan pengalaman dulu . Cukuplah yuyu jaga hati sendiri . Jika kita ditinggalkan pun .. kita tetap kena teruskan kehidupan kita. Masalah pun simpan sorang sorang . Bila fikir balik , "couple" itu tak membawa apa apa makna . Kalau bukan jodoh takkan bersama . Sayang pun boleh bawak jadi musuh . Sayang itu sementara.  Paling penting tulus ikhlas ialah daripada seseorang yang benar benar ikhlas untuk membawa ikatan yang halal disisi Allah S.W.T bukannya tanpa ikatan dengan ketidakjujuran. Cukuplah . Hati ni dah banyak terluka  , yuyu perlu meneruskan kehidupan . Bak kata salah seorang kawan yuyu :

 "Umur tidak menentukan kita matang atau tidak , tetapi pengalamanlah yang menentukan kita matang atau tidak matang.


Dugaan demi dugaan menimpa walaupun umur masih lagi jangkaan remaja (cehhhh , nak jugak masuk peringkat remaja walaupun dah takde belasan tahun. haha ) Tapi , seriously talk. Yuyu rasa dah tak perlukan perasaan itu lagi . Bayangkan orang yang pernah kita bersama  dalam keadaan susah dan senang , tinggalkan kita apabila mereka berada ditahap kesenangan dan kehidupan barunya. Tetapi sebaliknya , kita berada dalam kesusahan dengan keseorangan. Bila ada pengalaman cenggitu , rasanya cukuplah . Serik . Bukan itu sahaja , banyak lagi kalau nak fikir masalah hati . Dah malas . Itu je yang mampu . Haahaa. So , hidup yuyu lebih selesa dengan sebegini . Even ada perasaan suka tu , kita patut buang jauh jauh nanti kanggg tak pasal pasal berulang . haha , teruk kan ? Takpe yang penting , hati kita kena kuat . Insya Allah . Kalau kita boleh jaga hati kita mungkin takkan ada yang terluka. Jaga yuyu jaga ! haha. Yuyu kuat ! 

Kerjaya , masa depan itu pasti. Jangan buang masa untuk fikirkan masalah hati . Hidup kena teruskan . Even , kerjaya berlainan tetapi at least kita ada masa depan . Jangan terlalu kecewa . Manusia memang cepat meninggalkan kita . Tetapi kita patut teruskan dengan kehidupan yang lebih baik . Mungkin mengambil masa untuk melupakan . Mencuba itu tidak salah . Kita patut fikir kepentingan diri sendiri, stabilkan diri dengan kehidupan kita yang lebih selesa dan bahagiakan diri untuk mencapai impian dan cita cita kita . Masa depan mungkin akan berubah tetapi rezeki itu ada dimana mana . Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang baru . Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang baru agar diri sendiri bahagia. Chaiyoookk ! do something :)




Keseorangan tak semestinya kita lemah,
Allah sentiasa berada disisi kita,
Allah takkan pernah tinggalkan kita,
Kekuatan itu ada denganNya..

Layan lagu ni masa tengah tulis blog ni 

2 comments:

  1. Menangis lah. Awak akn tenang. Jgn malu menangis. Org x kesah. Smile. Be my friend :) and stay away from perkara yg buat kita murung :)

    ReplyDelete
  2. Hati yg luka sukar dipulihkan.namun setiap kejadian qada & qadar itu pasti ada hikmahnya.setiap orang melalui pengalaman yg berbeza.manusia itu diuji berdasarkan kemampuan dan imannya.redha dgn ikhlas adalah kunci kemenangan dalam hati. :)

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in