Kalau Tak Suka , Jangan Beri Harapan Palsu

Assalamualaikum ..

Pernah dalam situasi cinta bertepuk sebelah tangan ? Semua orang pasti akan merasakan benda yang sama kan ? Mesti pernah .. Oleh itu entry kali ini kita ulas pasal situasi bertepuk sebelah tangan . Ada juga yang tidak suka tetapi terpaksa melayan kerana kesian , ada juga yang sudah berpunya tetapi tidak mengaku dan ada juga orang itu telah pun bersuami atau beristeri tetapi memang perangai nak mainkan orang atau nak menambah madu. eh . haaa.. benda ni memang ada realiti dalam kehidupan kita.  Bagi yuyu , kalau kita tahu seseorang tu memang suka kat kita tapi kita tak suka pada dia , seeloknya berterus terang dan bukan beri harapan . So far aku tengok , ramai juga yang ada perasaan pada seseorang tapi tak dibalas but at the same time , diberi harapan . 

Yang 'memberi' harapan tu selalu tak sedar 'TERrberi' harapan pada orang yang memang ada perasaan pada dia dan mengharap cinta terbalas.

Situasi macam ni lah yang seolah Memberi harapan begini..



ALASAN "SAYA TAK READY " , " SAYA TIDAK LAYAK" , 
"SAYA PERLUKAN MASA UNTUK SEMUA INI"




Kalau dah rasa takde perasaan langsung kat orang tu , berterus terang sajalah . Selalunya orang akan kata sebegitu , tapi tahukah anda bahawa alasan tu masih penuh dengan harapan bahawa anda akan menerima dia suatu hari nanti . Ayat sebegitu maksud bukan kau tak boleh balas cinta dia atau tak suka dia cuma kau perlukan masa sikit lagi untuk ada commitment . Kalau ye pun begitu , tiba tiba kau couple dengan orang lain . Atau erti kata kau dah ada berpunya , So sepanjang budak tu beriya tunggu kau didalam masa kau tak ready tu , macam mana ?

Cara Layan



Kata tak boleh anggap dia sebagai someone special dan hanya nak berkawan tapi cara layan over-caring , membuatkan sidia yang memang ada hati kat kau tu hati lebih berbunga bunga lah. Bukan tak boleh caring tapi janganlah buat orang tu lebih perasan dan masih berharap . Make it short dan simple sudah la. Asalkan kita tak memberi harapan yang end up akan pecahkan hati orang . Betul tak ? Walaupun dalam hati ada cebisan berharap tapi kalau kau layan dia macam kawan kawan dia yang lain , tentu lama lama dia pun berubah hati dan malas nak hope.


Kau dah tahu si dia tu suka kat kau dan mengharap kan ? Bila kau luahkan dan kongsi masalah dengan dia , lagilah dia rasa macam kau perlukan dia. Lagilah dia rasa ada harapan dan sentiasa korban masa untuk dengar masalah kau dan akan hope kau nampak semangat dia dan sentiasa ada bila kau perlukan dia. Bila kau luahkan masalah pad adida , dia akan rasa kau anggap dia macam tulang belakang kau dan tempat untuk berdiri . Dia  lah tempat kau bergantung . Bila kau ada masalah je , kau minta pertolongan dari dia, maka dia akan berharap terus.


SUDAH BERPUNYA, TAPI TIDAK PERNAH MENGAKU


Kenapa ? Memang susah untuk menjadi jujur , kau memang tak boleh cakap kat si dia yang kau dah berpunya . Kau terus bagi harapan dekat dia sedangkan kau tahu dia sudah mengharapkan kau dan kau tahu dia sukakan kau . Kalau kau sudah ada bini ke ada suami ke, better kau berterus terang . Kalau lah , kau tu dah isteri orang dan masih sukakan lelaki lain dan curang bagi harapan kat laki lain . Kau sedar tak :

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”
(al-Bukhari)

 Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Riwayat Muslim)

Nauzubillahimin zalik , semoga diperjauhkan. 

Dan kalau lah kau ni dah bersuami atau dah berpunya .. kau boleh berterus terang agar sidia tidak mengharapkan kau dan menunggu kau sampai keakhir hayat . Kalau kau dah ada someone else better kau berterus terang tak perlu kau bagi alasan itu ini , jika kau tu mampu berpoligami .. so teruskan kalau kedua dua pasangan menerima untuk bermadu . Bukan susah , yang penting kau kena ada sifat kejujuran , Bukan ke menipu itu salah satu ciri yang munafik ? Sampai bila kau nak mainkan perasaan orang . Cuba bayangkan kalau kita duduk di tempat orang yang berharap tu . Bukan ke hancur luluh hati dia . So , kejujuran itu penting. Kau tak perlu lah nak bagi harapan dekat dia . Kononlah kau cakap , kau support dia , saling tukar tukar gambar , nak sweet sweet sedangkan kau dah berpunya . Tak perlu nak sweet ke atau over caring . Kalau kau dah tahu dia sukakan kau , better kau be honest yang kau dah ada someone else. Kesian pulak orang yang dah ada lama dengan kau tu sebab percaya 100% kat kau.  Memang ramai orang sebegini.



Bagi yuyu lah kan...


Berkawan itu boleh , tapi jangan lebih lebih sebab manusia ini mudah berubah . Tambah tambah lagi hati . Yuyu pernah ada pengalaman sebegini macam macam. Tapi kita kalau dah jadi mangsa , seeloknya cuba menjauhkan diri supaya tidak meruntuhkan hubungan orang . Perempuan sama perempuan akan faham betapa sakitnya apabila ditipu dan diberi harapan yang palsu .  Sebab itulah kepercayaan tu jangan mudah sangat diberi :)

Kalau rasa tak suka dan tak boleh suka , sila lah 

berterus terang . It's best to tell them , rather than 

allow 

them to live a lie , and give them false hope.

5 comments:

  1. setiap perempuan mahukan lelaki yang setia, yang mampu menjaga hati mereka dengan baik dan tak melayan perempuan lebih daripada mereka.
    # mendalam betul maksud ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy seorg lelaki... tp ape yg sy bleh katakn kt cni...bodohnye laki mcm tu...

      Delete
  2. agree. laki skarang, dah ada awek pun malas nak ngaku. grrrr... hahha

    ReplyDelete
  3. Nice entry btw, and actually this happen to me before not once but twice where ive been waiting and at last she went with other guy. Actually waiting isnt really a big deal,it just that being true and honest is the hard thing to do. As for me,if ur feeling say NO then just say it and if ur feeling YES then prove it dont make thing complicated. Life supposed to be easy. Oh ya,saya enjoy baca entri awak. Wont mind to write something that would make someone feel happy and myb boleh buatkan someone tak hilang harapan?

    ReplyDelete
  4. Kadang kadang perempuan pun same jer..bukan lelaki je

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in