Menolak kehadiran seseorang

Sebelum ini, yuyu tiada kesempatan untuk mempelbagaikan entry didalam blog.. tetapi sekarang rasa gedik nak mengupdate jika ada masa terluang . Maklumlah , kadang kadang duduk rumah sorang sorang and tak dapat tidur awal. Lagipun , menghadap lappy pun tiada apa yang perlu dibuat . Nampak tak tahap bosan tu ? Nak menghadap hengpong pun takde benda nak buat jugak. Lepas study sikit nak hilang rasa mengantuk , so yuyu bukak lappy. Facebook pun takde mende jugak nak buat asyik stalk orang je kat home facebook. 

Okay , dah. Berbalik kepada entry Menolak kehadiran seseorang , Sebenarnya yuyu terfikir, semua orang pernah menolak seseorang untuk hadir dalam hidup kan? Yuyu pun merasakan benda yang sama . Menolak kehadiran seseorang .. ada banyak sebab, Bukan senang untuk menerima jika kita memikirkan yang terbaik untuk diri kita. Perasaan itu akan hadir tanpa disedari dan bukan dipinta. Kehidupan ini masih banyak yang kita kena lalui. Bukannya mudah untuk menghilangkan perasaan yang hadir dalam diri kita kecuali kita kena sentiasa berada disisi Allah untuk mencari kekuatan. Masa sekolah , bercinta tak tahu apa apa. Yang tahu nya bercinta dan bercouple . Tapi bila usia semakin meningkat , macam macam kena fikirkan . Bagi yuyu .. tiada istilah bercouple. Malah bercouple itu istilah Berzina ! KEJI. Tetapi beribu ribu perasaan manusia ini yang tidak dapat kita kawal . Iaitu perasaan suka , serik , dalam ketakutan , tiada kepercayaan , kurang keyakinan dan banyak lagi. Ya bukan senang untuk memuaskan hati semua orang jika hati kita sendiri yang terluka.



Kefahaman yuyu jika seseorang itu menolak kehadiran seseorang dalam hidupnya , mungkin kerana sudah mempunyai orang lain , seseorang itu tidak sesuai untuk dirinya , kisah silam menghantui , Trauma untuk merasakan kesedihan dan hubungan yang terputus ditengah jalan atau tidak bersedia.

Mungkin sukar untuk kita terima kenyataan . Suka tetapi tidak boleh memaksa. Bagi yuyu , kita semua berhak memilih untuk masa depan . Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk sukakan kita dengan cara mata kasar. Contohnya , kita sering menganggu dan menghubunginya acap kali sehinggakan orang yang sukakan ada rasa menyampah dengan diri kita. Ya , itu adalah cara untuk berusaha. Tetapi tak salah , mencuba dengan tawakal pula. Berdoa supaya dilembutkan hati untuk menerima kita jika diri itu sudah ditetapkan untuk kita. Kesabaran amat diperlukan, Jika sebaliknya, seseorang itu telah meluahkan perasaan untuk menolak kehadiran kita. Kita harus akur mungkin masa ini tidak sesuai. Jodoh itu sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Redha dengan ketentuannya. Jika kita lari sejauh mana pun , kalau dia sudah ditetapkan untuk diri kita pasti akan bersama jua.

Pernah yuyu terdengar seseorang tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan seseorang yang sudah mempunyai orang lain . Sepatutnya kita perlu mengambil tahu akan dirinya sudah berpunya atau pun belum. Jangan pernah kita merosakkan perhubungan seseorang yang hampir untuk membina masjid. Jadilah seseorang yang bermaruah . Kita sepatutnya melihat orang yang kita sayang bahagia bukannya menderita. Berdoa akan kebahagiaan mereka , dekatkan diri dengan Allah SWT supaya mendapat kekuatan . Kebanyakkan zaman mutakhir inilah yang banyak berlaku punca orang ketiga . Nauzubillahiminzalik , ya Allah.

Andainya kisah silam menghantui diri kita sehinggakan kita merasakan diri kita tidak layak untuk dirinya carilah kekuatan dan ketenangan disisi Allah . Jika suka sama suka , berterus teranglah agar pasangan tersebut memahami dan ambillah masa untuk mendapat keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan masa hadapan . Semua manusia melakukan kesilapan pada masa lalu, tetapi semua itu pengajaran supaya kita lebih tabah dan lebih matang pada masa akan datang. Allah tidak pernah menghalang untuk diri kita berubah. Allah sentiasa bersama kita. Jadilah seorang yang kuat untuk menghadapi segala dugaan dan ujian . Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengampun. Jangan kita menyeksa diri kita disebabkan kisah silam yang menghantui diri kita. Kejarlah kehidupan yang sempurna disis Allah.

Jangan memaksa jika seseorang itu sudah membuat pilihan . Semua itu kehendak Allah SWT . Tetapi , lebih baik seseorang tersebut jujur supaya tidak memberi harapan kosong. Jawapan yang terbaik ialah istikharah . Istikharah untuk memohon pertolongan daripadaNya kerana kita tidak mampu memberi jawapan yang terbaik. Kesimpulannya , menolak kehadiran seseorang ini terlalu banyak sebabnya . Yang pasti , kita harus menerima dengan redha jika dia bukan milik kita. Insya Allah , akan ada orang yang lebih baik untuk diri kita. Jangan terlalu kecewa. Jangan terlalu down. Bersabarlah , Allah pasti akan menolong kita dalam apa jua keadaan sekali pun . Tawakkal. 

"Ya ALLAH , jika dia ditakdirkan untukku , kau dekatkanlah dia denganku dan satukanlah kami dengan ikatan yang halal. Jika dia ditakdirkan bukan untukku, kau jauhkanlah dirinya daripadaku , luputkan perasaan yang ada didalam diriku ini. Kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu , Ya ALLAH..."

SOLAT ISTIKHARAH



“Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:
“Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )”
DOA ISTIKHARAH

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

3 comments:

  1. Bagus Entry ni , thx ye cik adik

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sucinya air musta'mal~

    apa jena mengena air musta'mal dengan seorang wanita?

    Ada sebuah kisah dimana suatu hari,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

    kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

    syeikh: kamu suka dia?

    fulan: ya syeikh....

    syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

    fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

    syeikh: bila kamu akan menikahinya?

    fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

    syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in