Islam Tetapi Berbikini, Bertatu.

Astaghfirullahal azzim.


Itu yang mampu dikeluarkan daripada mulut yuyu apabila tengah scroll instagram. Memang pada asal gambarnya freehair, tetapi tidak sangka sanggup berbikini . Bukan diluar negara , tetapi berbikini di pool hotel Penang. Malaysia pulak tu. adu duu duh ! sakit mata menengoknya. Bila stalk kasi dalam gambarnya .. alahai , ada pulak kawan dia meninggal dunia tetapi gambar yang diletak rasanya dalam KELAB / clubbing erti katanya disko lah ya. Gambar kawannya pula bertatu dilengan . Rasanya DJ di kelab tersebut . 

Bila baca caption

 " Semoga arwah ditempatkan orang yang beriman , semoga Allah mengampunkan dosanya yang lalu . Al Fatihah "

Errrr, terkejut jugak . Ya , memang Allah itu Maha Pengampun. Awak tu pun kena lah sedar. Maaf , tidak directly kepada sesiapa. Umum. Tetapi , islam sekadar kad pengenalan tak ada gunanya kalau diri sendiri tidak melambangkan dirinya islam. Mana maruah ? Mana hak untuk mempertahankan Islam. Kadang kadang tengok gambar ada yang berhijab. Tetapi , itu hanya sekeping dua sahaja dengan ibunya. Profile depan siap letak yang berbikini termasuk video. Pelik dunia sekarang. Sedarkah kamu , kita semua hamba Allah ? Memang kebanyakkan sedar. Tetapi mana amalan kamu semua ? Mana letaknya maruah ? Tahukah erti aurat ? Tahu kah bertatu itu tidak dibenarkan didalam Al Quran ? Tahukah kamu ?! Astaghfirullahal azzim. Maaf, yuyu bukan nak membuka aib sesiapa. Ini umum . Yuyu terfikir itu mungkin seorang yang yuyu terjumpa. Bila fikir, dunia ni berbillion billion manusia. Hamba Allah. Tak mungkin hanya seorang itu sahaj yang berperangai seperti itu.  Malulah kita kepada negara yang sedang berjuang untuk mempertahankan ISLAM!




Ya Allah , sedih. Di syria bersungguh sungguh mempertahankan islam. Mati dalam keadaan syahid memperjuangkan islam ! Tapi kita ? Masih ada berbikini . Aurat entah kemana. Allahurabbi . Yuyu sedih . Yuyu pun ada kurang cela. Masih banyak perlu diperbaiki tetapi yuyu tak pernah terlintas "Nantilah , bila dah dapat hidayah yuyu ubah ." Tak pernah . Yuyu nak ubahkan diri tetapi ada masalah tertentu . Insya Allah  , yuyu cuba melawan nafsu . Melawan nafsu itulah mendapat ganjaran pahala. Kepada orang yang dah bekerjaya tetapi masih lagi berpoya poya . Sila gunakan duit anda untuk mengubah penampilan . Tak guna famous , cantik dengan tubuh badan yang menggiurkan . Tak guna. Jangan cakap tunggu , cuba ubah akhlak . Kawal nafsu untuk upload gambar yang sedemikian.  Please, mohon . 


Yuyu pelik kenapa perlu freehair ? kenapa nak sangat tunjuk rambut ? kenapa ? sebab cantik ? Hot ? Parents tak kisah ? Tapi sedar tak kita ni Islam ke apa ? Sedar tak ? Maaf . Yuyu cuma terfikir semua tu. Memang negara kita tidak menetapkan undang undang yang mengikut islam. Tetapi , jika rakyat pandai membantah . Insya Allah . Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh. 

“Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, 

anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin

, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.”

 [Surah Al-Ahzab (33):59].

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila 

telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya 

menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya 

menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu 

Dawud]


Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud 


"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 

Please, jika kamu orang islam dan mengaku islam . Tolong kaji dalil aurat , bertatu . Jangan sekadar sayang dimulut , tetapi hati tidak . Sedangkan sayang kepada manusia dapat melakukan apa saja . Tetapi sayang kepada Islam , tak boleh nak usaha untuk mempertahankan. Apa guna ? Sayang kepada manusia, bukan main. Manusia sakitkan hati bagai , nak nangis. Tapi renungkan jika kita yang dedahkan aurat sesuka hati . Tak takut nangis kena azab nanti ? Azab di akhirat kekal selamanya. Jangan fikir hidup ni lama. Hidup ni sekejap . Tup tup , Allah boleh tarik bebila masa je. Semoga dapat amik iktibar sesama. Cuba sayangkan islam seperti mana kita sayang diri kita. Renung dan tanya hati . "

                                                       "Aku ini beragama ISLAM atau tidak ? "


1 comments:

  1. pelik jgk yg berpaling hukum DIA tapi meminta kebaikan pada DIA
    nk ckp pjg lebar topik ni pjg bersgkut paut tp pada yg berpaling pada agama tu mohon buka hati kembali ke pgkal jalan. Allah maha pengampun .

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in