Menolak kehadiran seseorang

Sebelum ini, yuyu tiada kesempatan untuk mempelbagaikan entry didalam blog.. tetapi sekarang rasa gedik nak mengupdate jika ada masa terluang . Maklumlah , kadang kadang duduk rumah sorang sorang and tak dapat tidur awal. Lagipun , menghadap lappy pun tiada apa yang perlu dibuat . Nampak tak tahap bosan tu ? Nak menghadap hengpong pun takde benda nak buat jugak. Lepas study sikit nak hilang rasa mengantuk , so yuyu bukak lappy. Facebook pun takde mende jugak nak buat asyik stalk orang je kat home facebook. 

Okay , dah. Berbalik kepada entry Menolak kehadiran seseorang , Sebenarnya yuyu terfikir, semua orang pernah menolak seseorang untuk hadir dalam hidup kan? Yuyu pun merasakan benda yang sama . Menolak kehadiran seseorang .. ada banyak sebab, Bukan senang untuk menerima jika kita memikirkan yang terbaik untuk diri kita. Perasaan itu akan hadir tanpa disedari dan bukan dipinta. Kehidupan ini masih banyak yang kita kena lalui. Bukannya mudah untuk menghilangkan perasaan yang hadir dalam diri kita kecuali kita kena sentiasa berada disisi Allah untuk mencari kekuatan. Masa sekolah , bercinta tak tahu apa apa. Yang tahu nya bercinta dan bercouple . Tapi bila usia semakin meningkat , macam macam kena fikirkan . Bagi yuyu .. tiada istilah bercouple. Malah bercouple itu istilah Berzina ! KEJI. Tetapi beribu ribu perasaan manusia ini yang tidak dapat kita kawal . Iaitu perasaan suka , serik , dalam ketakutan , tiada kepercayaan , kurang keyakinan dan banyak lagi. Ya bukan senang untuk memuaskan hati semua orang jika hati kita sendiri yang terluka.



Kefahaman yuyu jika seseorang itu menolak kehadiran seseorang dalam hidupnya , mungkin kerana sudah mempunyai orang lain , seseorang itu tidak sesuai untuk dirinya , kisah silam menghantui , Trauma untuk merasakan kesedihan dan hubungan yang terputus ditengah jalan atau tidak bersedia.

Mungkin sukar untuk kita terima kenyataan . Suka tetapi tidak boleh memaksa. Bagi yuyu , kita semua berhak memilih untuk masa depan . Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk sukakan kita dengan cara mata kasar. Contohnya , kita sering menganggu dan menghubunginya acap kali sehinggakan orang yang sukakan ada rasa menyampah dengan diri kita. Ya , itu adalah cara untuk berusaha. Tetapi tak salah , mencuba dengan tawakal pula. Berdoa supaya dilembutkan hati untuk menerima kita jika diri itu sudah ditetapkan untuk kita. Kesabaran amat diperlukan, Jika sebaliknya, seseorang itu telah meluahkan perasaan untuk menolak kehadiran kita. Kita harus akur mungkin masa ini tidak sesuai. Jodoh itu sudah ditetapkan di Luh Mahfuz. Redha dengan ketentuannya. Jika kita lari sejauh mana pun , kalau dia sudah ditetapkan untuk diri kita pasti akan bersama jua.

Pernah yuyu terdengar seseorang tersebut sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan seseorang yang sudah mempunyai orang lain . Sepatutnya kita perlu mengambil tahu akan dirinya sudah berpunya atau pun belum. Jangan pernah kita merosakkan perhubungan seseorang yang hampir untuk membina masjid. Jadilah seseorang yang bermaruah . Kita sepatutnya melihat orang yang kita sayang bahagia bukannya menderita. Berdoa akan kebahagiaan mereka , dekatkan diri dengan Allah SWT supaya mendapat kekuatan . Kebanyakkan zaman mutakhir inilah yang banyak berlaku punca orang ketiga . Nauzubillahiminzalik , ya Allah.

Andainya kisah silam menghantui diri kita sehinggakan kita merasakan diri kita tidak layak untuk dirinya carilah kekuatan dan ketenangan disisi Allah . Jika suka sama suka , berterus teranglah agar pasangan tersebut memahami dan ambillah masa untuk mendapat keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan masa hadapan . Semua manusia melakukan kesilapan pada masa lalu, tetapi semua itu pengajaran supaya kita lebih tabah dan lebih matang pada masa akan datang. Allah tidak pernah menghalang untuk diri kita berubah. Allah sentiasa bersama kita. Jadilah seorang yang kuat untuk menghadapi segala dugaan dan ujian . Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengampun. Jangan kita menyeksa diri kita disebabkan kisah silam yang menghantui diri kita. Kejarlah kehidupan yang sempurna disis Allah.

Jangan memaksa jika seseorang itu sudah membuat pilihan . Semua itu kehendak Allah SWT . Tetapi , lebih baik seseorang tersebut jujur supaya tidak memberi harapan kosong. Jawapan yang terbaik ialah istikharah . Istikharah untuk memohon pertolongan daripadaNya kerana kita tidak mampu memberi jawapan yang terbaik. Kesimpulannya , menolak kehadiran seseorang ini terlalu banyak sebabnya . Yang pasti , kita harus menerima dengan redha jika dia bukan milik kita. Insya Allah , akan ada orang yang lebih baik untuk diri kita. Jangan terlalu kecewa. Jangan terlalu down. Bersabarlah , Allah pasti akan menolong kita dalam apa jua keadaan sekali pun . Tawakkal. 

"Ya ALLAH , jika dia ditakdirkan untukku , kau dekatkanlah dia denganku dan satukanlah kami dengan ikatan yang halal. Jika dia ditakdirkan bukan untukku, kau jauhkanlah dirinya daripadaku , luputkan perasaan yang ada didalam diriku ini. Kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu , Ya ALLAH..."

SOLAT ISTIKHARAH



“Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:
“Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )”
DOA ISTIKHARAH

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Ramadhan - Keampunan

Assalamualaikum..



Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan masih lagi berharap semoga yuyu dapat habiskan Ramadhan ini dengan sempurna . Bila dengar Ramadhan menjelma , yuyu masih merasakan ibadat yuyu selama ini tidak cukuplah sempurna . Ya Allahhurabbi . Semakin lama kita berada didunia ini makin banyak dosa yang kita lakukan tanpa sedari. Seperti kata kata header di blog yuyu perkatakan "Tidak ada insan yang suci pada masa lampau,tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan". 

Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini , kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita patut berasa malu dengan Allah SWT disebabkan dengan kelemahan ini. Namun , Allah sentiasa tahu kelemahan akan diri kita. Dia tahu manusia mudah lupa, Dia tahu manusia sering gagal menghindari dosa dan dibelenggu pujukan syaitan . Dan Dia tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepada Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.. Dia sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba hamba-Nya yang ingin bertaubat.

Firman Allah SWT :

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar 39:53)

Malah Allah'Azza wa Jalla sangat gembira dengan sikap hamba-hambaNya yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNya.

Nabi SAW bersabda : 

“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.”
(HR al-Bukhari & Muslim)

Allahurabbi..
Walau banyak mana pun dosa kita , Insya Allah Dia akan terima taubat kita.


Nabi SAW pernah bersabda :

“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan.  Aku tidak peduli. 
Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni.
Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.”
(HR. Tirmidzi, ia berkata, hadith ini hasan sohih.)


Menitis air mata bila mengenangkan betapa Pemurahnya Dia, betapa Pengampunnya Dia ..

Peluang besar besaran untuk memohon keampunan

Pada bulan Ramadhan ini , kita disarankan beribadah dengan penuh keimanan dan bersungguh sungguh . Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah bersungguh sungguh didalam bulan yang mulia ini.

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 
(HR Bukhari & Muslim)


“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” 
(HR Bukhari & Muslim)

Perbanyakkan amalan amalan sunat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT didalam bulan yang penuh barakah ini.  Yuyu mahu kongsikan tazkirah yang dipetik oleh Ustaz Raihan di Masjid Al-Mustakimah, Cheras Pandan Indah . "Istiqamah Ramadhan , Istiqamah Terawih".  Pada bulan yang mulia ini lah kita istiqamah diri kita dan memohon keampunan . Yuyu pun ada kekurangannya , tetapi ingin mencuba untuk istiqamah diri. Memang susah , tapi Insya Allah.. setiap yang kita lawan benda yang menghalang diri kita untuk istiqamah akan ada ganjaran disisi Allah . Niat kerana Allah SWT . Lillahita'ala.  Nawaitu kena penting . Yuyu bukan banyak ilmu agama untuk diperkongsikan tetapi yuyu cuba mencari dan mempelajari lagi . Apa yang yuyu jumpa , yuyu kongsikan di blog. Bagi yuyu , manusia semua sama kerana tak pernah lari daripada dosa besar atau kecil . Oleh itu , sama sama lah kita perbaiki diri kita . Hayatilah ketenangan dibulan Ramadhan dengan perbanyakkan berzikir , membaca Al Quran , solat sunat , qiamulai . Insya Allah , akan ada keampunan dan ketenangan . Allah sentiasa disisi kita. Mohon keampunan dengan dosa dosa kita pada masa lampau dan istiqamah untuk menjadi yang terbaik dimata Allah S.W.T .

Salam Ramadhan buat semua , Maafkan yuyu jika ada terguris atau terkasar bahasa dengan penulisan di blog yuyu ini . Yuyu hanya insan yang serba kekurangan dan  sentiasa membuat kesilapan dan kesalahan.


Laman Seni 7

Assalamualaikum.. 

Khamis (26 Jun 2014)

Ibarat entry throwback je, hihi. By the way , yuyu just nak kongsikan tempat yang paling best ! Paling best tu hanya untuk orang orang yang seperti kami :



Laman Seni7 memang best kalau untuk orang yang suka bergambar . Tempatnya sangat creative dengan art. Macam macam art , tapi masih sikit . Kalau ada banyak art , lagi best . Yuyu pergi dengan twinsista. Twinsista a.k.a kak anis . Haa, ramai tanya.. kenapa "twinsista" ? Muka tak sama pun. Memang . Dah tak sama da. Dulu , masa yuyu kurus kurus.
( cheh , sekarang ni aku gemuk sangat ke? ) Ramai cakap kami kembar , sekarang dah nampak perbezaannya. Pipi yuyu dah makin bam macam kuih pau. Omg .. malu! hari tu dah turun berat badan . Alah , lantak la. Janji , happy dengan hidup sekarang .
 "Sengsara, jangan kau datang hancur hidup dan hati aku lagi ! ". Eh , tetibe nak emo pulak. haha! Okay , berbalik pada cerita tadi. Akak anis ajak yuyu berjimba tapi dia tak tahu nak kemana. Then , kak anis bawak yuyu and si zati ni pergi ke Laman Seni 7. Seriously , ni first time yuyu pergi tempat cenggini . Lahai , nak tahu berapa jam duk sini ? Sampai pukul4 . Then balik around 7 p.m .  So, korang agak agak berapa jam ? haha. . Gambar tak terkira lah berapa.  Save budget . Datang sini , free je . Takya berbayor ke apa, amik gambar pun tak kena bayar. 

Eh , berceloteh je panjang . Gambar gambar nak share sikit takde pun kan ? Meh sini ambe nak tunjuk sikit gambor gambor kami. Takde lah cantik sangat nak shoot sebab guna hengpong je pun. Cuci cucilah mata tengok gambar kami yang takde keje ni ye. Nak promote sikit tempat ni , nanti korang boleh spent time kat sini dengan member member or "kekasih" errrk. haha! 

 Kak anis dengan bersungguh sungguh menjadi super mario untuk tamatkan permainan. Haha. Hati hati ye , kak anis. Kalau jumpa super Mario , sila jadikan skirt tu sebagai seluar. Mario ni kecik je. Takut takut menyelinap masuk pulak kang. Haha 


Cik adik termonung di jendela ye ? Teringat sape ? Hehe . Alolo , kucing ni ngengade nak kacau budak tu berjiwang . Moh sini , kita p jalan jalan . Jangan kacau orang tengah teringat kat aweks. Lol



Baru balik keje ni . Hahaha, cantik nya pintu rumah aku . Berwarna warni . Dalamnya , harammmmmmm. Busuk ! Haha. Kuingatkan apa ada dalamnya. Adeih.



Ramainya player mario ni ye ? Haha. Kami pergi bertiga , mana datang tiga orang lagi tu?
Ni lah padah bila dah nak bergambar , kenal orang dekat situ jugak then ajak join amik gambar sekali . Kalau tak silap dorang student UiTM Shah Alam. Nasib baik , sporting jugak :)



Hai, si zaty ni nak megorat budak tu ke ? Hahaha. Alahai , maaf . Gambar ada something kat tepi tepi tu . Cover phone menganggu . Ini semua guna hengpong akak anis. Takde bateri pun , nasib ada power bank . 


Yuyu pun tak sure itu buku atau jendela . Cuba fikir apa ye ?



Amboi, teruk sangat yuyu ni. Dah nak jadi director pulak . Bersungguh sungguh ! Dahla ramai orang lalu lalang . Kak anis cakap " Yuyu , awak buat je apa awak nak buat , takde orang kenal pun . Nanti gambar kita akan puas hati !"  Kata kata semangat kak anis untuk lebih bersemangat bergambar. Haha







Aku tolong tadahkan air untuk kau ye zati . Haha . Ini dipaksa oleh kak anis. Sabau jelah.











Haaa, ni baru half je tau gambar . Ada banyak lagi . Segan lah nak letak bebanyak ni. Haha.. Apa apa pun korang kalau teringin nak lepak sini . Boleh pergi kat Laman Seni 7 , Lorong Belakang . Seksyen 7 Shah Alam la. Area Uitm shah alam kot , kalau tak silap. Maaf , yuyu tak tahu sangat jalan . Ni pun , kak anis yang bawak keluar dari sangkar kalau tak .. lagi teruk noob yuyu . Lagi satu , korang jangan nak memusnahkan art mereka pulak , nak amik gambar boleh tapi jangan nak kasar kasar sangat . Sebab ade yang dah nak rosak and tercabut . Hati hati tau . Dorang buat penat penat untuk tunjukkan bakat mereka, korang pulak merosakkan. Kesian lah . So , have fun ye ! Kita tunggu ditempat lain pulak . Suka nengok tempat cenggini ni . Hihi, Thank you Akak Anis !


Kenangan Mengajar Erti Kehidupan - Yuyu

Assalamualaikum, readers..

"Sebelum itu , dengar lagu ni dulu . Sila pause lagu blog yuyu kat bawah sekali. 
Then dengar lagu ini sambil baca entry ini atau klik link. "





Firstly , entry ini berkaitan dengan hidup yuyu. Tetapi apa lah sangat kan .. Cumanya, nak bagi seseorang baca . Kalau kalau lah , ada orang itu terbaca cuba cuba fahamkanlah. Mungkin tiada apa yang perlu diulangi lagi . Cukuplah. Masing masing bawa haluan . Berjaya atau tidak , terpulang . Tetapi sebelum berjaya seperti sekarang , sebenarnya macam macam liku yang dah hadapi bersama. Mungkin kita manusia yang tidak sempurna. Masing masing ada salah dan silapnya . Tidak ada dendam . Tidak ada persengketaan. Cumanya , terguris hati yang akan tidak dilupai sepanjang hidup. 

"Memori dan Kenangan bukan mudah untuk dilupakan . Hidup mesti diteruskan  . Itu semua pengajaran hidup . Tabahkan diri . Kuatkan hati . Letak Allah di hati . Allah tidak pernah meninggalkan kita . Tidak pernah sesekali. " (yuyu,2014)

Memang pada mulanya , kebahagiaan sangat terserlah dan lupa bahawa syurga itu lebih bahagia. Tetapi , apabila hakikatnya tidak mampu bersama .. terseksa . Amat terseksa. Hati terluka. Bukan senang manusia ingin mengakui kesalahan diri sendiri. Kebanyakkan saling menunding jari . Tetapi , aku memohon seribu kemaafan diatas kekurangan diriku ini. Memang aku tiada sempurna dan tidak mungkin akan menjadi seperti apa yang diidamkan olehmu . Aku sedar, aku tidak layak mendapat seseorang yang lebih baik kerana aku bukan seorang yang baik . Aku juga bukanlah waraq.  Aku tak sempurna. Aku seperti yang diluar sana. Aku hanya insan biasa yang ingin kebahagiaan . Sejujurnya , sekarang aku sedar dan tahu bahawa kebahagiaan itu bukan ada pada manusia tetapi kebahagiaan itu ialah ketenangan disisi Allah SWT. 

Jika cacian hinaan dilontarkan kepadaku. Aku terima seadanya. Terima kasih.
 Ya , selama ini aku mahu yang terbaik tetapi aku sendiri tidak mengubah diriku sendiri. 



Aku tahu , kehidupan ini penuh DRAMA . Kehidupan ini semua penuh KEPALSUAN . Mungkin juga entry blog aku ini hanya mengisi sesebuah skrip didalam slot DRAMA seperti diperkatakan selama ini . Kehidupan ini hanyalah lakonan. 


Maaf, yuyu tak dapat menghabiskan entry ini . Mungkin next time.. sedih. Allahu . 



Actually , semuanya boleh difahamkan dengan  lirik ini ..

Andaiku bisa membaca raut wajahmu
yang digenangi air mata pilu
pastikanku selaminya..

Haruskah ku maafkanmu
bila katamu mengguris kalbu
hanya tak ingin kehilanganmu
inilah puncanya ku diam membisu..

Ku mengharap cinta yang tak pasti
sedangku tahu engkau menanti
dia yang tak mampu kau miliki
lalu kau menung membeku

" Ku bawa diri pergi tanpa kata
disaat kau kata ku berpura
kau tak rasa apa yang ku rasa
terasa diri dihina olehmu "

Terkilan rasa hati
bila kau tak menghargai
setiap katamu beronak duri
kiniku pergi dengarilah hati..

Kau mengharap cinta yang tak pasti
sedang kau tahu aku menanti
dia yang tak mampu ku miliki
kau tahu beku hatiku ini

Kau bawa dirimu pergi lagi
kau biarkan ku menangis sepi
terkapai mencari sinar nur kasih
yang hilang ditelan kedinginan hati

Andai kau ingin seperti dahulu kala
berikanlah ku sedikit masa
agar terubat luka dan kecewa...

LIRIK : TANGISAN SEPI , TERGURIS HATI. 




Islam Tetapi Berbikini, Bertatu.

Astaghfirullahal azzim.


Itu yang mampu dikeluarkan daripada mulut yuyu apabila tengah scroll instagram. Memang pada asal gambarnya freehair, tetapi tidak sangka sanggup berbikini . Bukan diluar negara , tetapi berbikini di pool hotel Penang. Malaysia pulak tu. adu duu duh ! sakit mata menengoknya. Bila stalk kasi dalam gambarnya .. alahai , ada pulak kawan dia meninggal dunia tetapi gambar yang diletak rasanya dalam KELAB / clubbing erti katanya disko lah ya. Gambar kawannya pula bertatu dilengan . Rasanya DJ di kelab tersebut . 

Bila baca caption

 " Semoga arwah ditempatkan orang yang beriman , semoga Allah mengampunkan dosanya yang lalu . Al Fatihah "

Errrr, terkejut jugak . Ya , memang Allah itu Maha Pengampun. Awak tu pun kena lah sedar. Maaf , tidak directly kepada sesiapa. Umum. Tetapi , islam sekadar kad pengenalan tak ada gunanya kalau diri sendiri tidak melambangkan dirinya islam. Mana maruah ? Mana hak untuk mempertahankan Islam. Kadang kadang tengok gambar ada yang berhijab. Tetapi , itu hanya sekeping dua sahaja dengan ibunya. Profile depan siap letak yang berbikini termasuk video. Pelik dunia sekarang. Sedarkah kamu , kita semua hamba Allah ? Memang kebanyakkan sedar. Tetapi mana amalan kamu semua ? Mana letaknya maruah ? Tahukah erti aurat ? Tahu kah bertatu itu tidak dibenarkan didalam Al Quran ? Tahukah kamu ?! Astaghfirullahal azzim. Maaf, yuyu bukan nak membuka aib sesiapa. Ini umum . Yuyu terfikir itu mungkin seorang yang yuyu terjumpa. Bila fikir, dunia ni berbillion billion manusia. Hamba Allah. Tak mungkin hanya seorang itu sahaj yang berperangai seperti itu.  Malulah kita kepada negara yang sedang berjuang untuk mempertahankan ISLAM!




Ya Allah , sedih. Di syria bersungguh sungguh mempertahankan islam. Mati dalam keadaan syahid memperjuangkan islam ! Tapi kita ? Masih ada berbikini . Aurat entah kemana. Allahurabbi . Yuyu sedih . Yuyu pun ada kurang cela. Masih banyak perlu diperbaiki tetapi yuyu tak pernah terlintas "Nantilah , bila dah dapat hidayah yuyu ubah ." Tak pernah . Yuyu nak ubahkan diri tetapi ada masalah tertentu . Insya Allah  , yuyu cuba melawan nafsu . Melawan nafsu itulah mendapat ganjaran pahala. Kepada orang yang dah bekerjaya tetapi masih lagi berpoya poya . Sila gunakan duit anda untuk mengubah penampilan . Tak guna famous , cantik dengan tubuh badan yang menggiurkan . Tak guna. Jangan cakap tunggu , cuba ubah akhlak . Kawal nafsu untuk upload gambar yang sedemikian.  Please, mohon . 


Yuyu pelik kenapa perlu freehair ? kenapa nak sangat tunjuk rambut ? kenapa ? sebab cantik ? Hot ? Parents tak kisah ? Tapi sedar tak kita ni Islam ke apa ? Sedar tak ? Maaf . Yuyu cuma terfikir semua tu. Memang negara kita tidak menetapkan undang undang yang mengikut islam. Tetapi , jika rakyat pandai membantah . Insya Allah . Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh. 

“Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, 

anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin

, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.”

 [Surah Al-Ahzab (33):59].

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila 

telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya 

menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya 

menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu 

Dawud]


Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud 


"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 

Please, jika kamu orang islam dan mengaku islam . Tolong kaji dalil aurat , bertatu . Jangan sekadar sayang dimulut , tetapi hati tidak . Sedangkan sayang kepada manusia dapat melakukan apa saja . Tetapi sayang kepada Islam , tak boleh nak usaha untuk mempertahankan. Apa guna ? Sayang kepada manusia, bukan main. Manusia sakitkan hati bagai , nak nangis. Tapi renungkan jika kita yang dedahkan aurat sesuka hati . Tak takut nangis kena azab nanti ? Azab di akhirat kekal selamanya. Jangan fikir hidup ni lama. Hidup ni sekejap . Tup tup , Allah boleh tarik bebila masa je. Semoga dapat amik iktibar sesama. Cuba sayangkan islam seperti mana kita sayang diri kita. Renung dan tanya hati . "

                                                       "Aku ini beragama ISLAM atau tidak ? "


Bicara Tentang Hati








Pena ini mencoretkan lagi nukilan hati, berbicara dengan dinding kamar bukan kerana aku kerisauan. Aku tetap dirantaian celah celah manusia. Namun aku tetap merasa sepi . Aku bertanya pada dinding kamar kenapa aku sunyi ?

Aku bicara pada rembulan yang bersinar, aku bertanya pada si mentari..






Kenapa aku terasa kosong benar jiwa , tiada jawapan , hanya bahasa nyanyian bisu mengiringi, Bertanya pada manusia? Gelak tawa mereka adalah tangis sedih hati yang rapuh. Aku mencari keindahan pada dunia ini. Pada seseorang, seseorang itu pasti tidak akan kekal dengan kita . Pada segumpal wang , wang itu habis seperti air yang mengalir, pada sebuah jawatan , jawatan itu hilang.  Apa lagi yang harus aku harapkan?

Aku merantau lagi, mencari kebahagiaan yang abadi. Berlabuh dari satu perlabuhan ke pelabuhan lain. Mencari apa itu yang tenang, mencari apa itu yang puas. Tetap jua sama. Pulang ke halaman , bersama tngan penuh debu dosa. Keindahan yang kekal abadi itu tidak kunjung tiba. Ramai yang berbicara dunia ini sementara, namun tidak ramai yang bersedia. Sama jua aku. Berkira hidup lama lagi , berdosa tidak apa.

Terlupakah kita dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang ? Kitab suci , tersedia rapi dialmari, berhabuk , lusuh sedikit tidak terusik. Menanti sahabat berlabuh nyawa meninggal dunia , baru terbaca. Menanti sakit derita hiba baru terucap kalimah suci itu. Baru tersedar. Bukan dinding kamar patut kita bicara , bukan pada mentari mahupun rembulan dan bukan jua pada sekecil hamba yang hina kita bersoal, juga bukan pada bintang dan pelangi.






Sujudlah padaNya , berbicaralah dengan Allah Tuhan segala galanya pencipta. Bermohonlah padanya ,mintalah padanya , itulah kebahagiaan aku , kamu dan mereka cari selama ini. Allahurabbi ..

Aku Tak Sempurna

Assalamualaikum,


Firstly , yuyu nak minta maaf kepada sesiapa yang terguris hati atau tidak berpuas hati dengan yuyu .







"Aku tak sempurna". Ya , itulah entry kali ini . Yuyu bukanlah seorang yang sempurna . Yuyu tahu semua orang tak sempurna tapi at least orang lain dapat apa yang mereka inginkan . Tidak kira dari segi apa sekali pun. Sebak sangat bila memikirkan masalah kita yang tidak siapa yang boleh merasai. Give up. Ye , yuyu pernah update entry yang bertajuk GIVE UP.
Yuyu give up dengan semuanya. Kadang kadang yuyu terfikir :

" Apa aku ini tidak bermakna untuk hidup ? Aku bagaikan orang yang tidak memberi manfaat dalam hidup . Kosong . Jiwa aku kosong . Ya , aku bersama Allah SWT . Tetapi aku tak kuat untuk menanggung semua ini . Kenapa aku ditakdirkan begini. Kenapa ? Aku sebagai hamba Allah memang ada buat silap . Memang alpa. Memang dibuai dunia yang fana ini . Aku bukanlah anak orang kaya. Aku sedar. Tapi , aku dah berusaha . Mungkin usaha aku tidak setinggi gunung tetapi aku mencuba. Ya Allah , bantulah hambaMu ini. Tiddak siapa yang merasai apa yang aku tengah merasakan. Aku buntu. Aku mengharapkan Mu ya Allah . Aku tak dapat meluahkan , tapi aku sedar. Apa yang aku buat , apa yang aku nak tidak akan menjadi sedangkan itu matlamat aku . Aku tak pernah mencapai apa yang aku inginkan. ALLAHURABBI.. "

Blog yuyu memang penuh kesedihan , kedukaan . Sometimes , ada orang mempertikaikan lagu blog yuyu. Orang lain hanya menganggap yuyu lemah dalam percintaan . Ya , memang. Tetapi sekarang tidak lagi . Bermacam dugaan . Bermacam macam.  Yuyu hanya mengharapkan kekuasaan Allah SWT. Hanya Dia yang dapat membantu.

Seperti Allah berfirman:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)
Mungkin ini seksa daripada kejahatan yang telah dilakukan selama ini. Manusia tidak pernah lari daripada kejahatan. Semua ini takdir dengan apa yang kita lakukan. Ini salah diri sendiri. Yuyu kena hadapi seteruk mana sekali pun. Biarlah penuh dengan cacian , kehinaan . Biarlah orang memandang rendah , biarlah orang mengejek. Inilah lumrah hidup. Yuyu kena kuat untuk hadapinya nanti. Kuatkan dari segi mental . Itu yang penting. Semua orang tak merasa apa yang kita rasakan ! YA Allah...Tabahkan hati hamba Mu ini


“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’.”
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)


Yuyu kena redha dengan apa pun musibah yang menimpa. Ini qadha Allah. 


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
(Surah Al-Hadid 57: Ayat 22)


Sesungguhnya yuyu kena sedar. Tidak seharusnya menyoal . Manusia tidak sempurna tetapi kita boleh berusaha untuk menjadi sempurna.  Hanya Allah Yang Mengetahui Segala galanya. 


"Ya Allah , Aku mohon padaMu......................."



“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’du 13: Ayat 28)



MAAF, AKU TAKKAN SEPERTI DULU 
2014



 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in