Goodbye Housemate TCI

Assalamualaikum..


Dah lama kan tak story mory . Actually memang nak update bebanyak , tapi kadang kadang rasa malas and takde masa . Takde masa lah sgt , padahal tido je keje , Hewhewww.
Entry kali ni pasal Housemate TCI kan ? TCI tu stands for Taman Cheras Indah . Kenangan gila kot rumah sewa kat situ .  Dua tahun kot . Macam macam kenangan . Kenangan buruk , manis , tawar , masin , payau dan pahit . hehe .. Rumah sewa tu ada 13 orang penghuni yang dikenali sebagai Mamau , Chua , Bella , Miza , Dayah , Kinah , Syieda , Zati , Jan , Mimi, Ain dan Ira  termasuklah aku . Haaa , cukup 13 kan ? Tapi ada dua makhluk yang asing . I mean , pendatang asing . HAHA . Takdelah , dua orang berdua ni duduk area situ tapi duduk dengan family . Namanya Nadia and Syue .  Kalau ada apa apa , kitorang akan lepak kat tingkat bawah reramai . Masak kalau ada apa apa party.  chewah . Happening sangat . Dah macam family  sendiri. Kalau bergaduh pun , bergaduh ibarat Air dicincang takkan putus la. Macam macam lah . Biasalah duduk ramai ramai . Tapi , yang yuyu ingat .. kami memang jenis cepat okay . Bising sangat rumah tu , dengan anjing depan rumah . Eh , kami tak pelihara anjing tau . Tapi jiran  , bunyi anjing tu pun rindu . Sebab anjing tu selalu bising dan selalu kejutkan pagi pagi .  Kami selalu celebrate besday setiap sorang . Ya Allah , itulah kenangan yang gila gila sangat .

Setiap besday salah sorang dalam umah kami , mesti ada prank . Yang tak boleh blah .. sume menjadi . hahaaa ! rindu nya semua tu . Tapi disebabkan Penyamun , Perompak , Penjenayah yang tak bertauliah dah menyebabkan kami berpisah . Tahun 2014 ialah sem akhir bagi Diploma kemasukan 2011. Ada yang grad on time bulan 3 ni . So , kami terpaksa membuat keputusan untuk tinggal di hostel . Tetapi bukan 13 orang . Sorang dah tak belajar kat kolej tu lagi . Dua orang dah cari rumah sewa lain . Then , Tiga orang still stay disana and the rest dok kat hostel termasuk saya. Sobs , 7 orang di hostel. Sebenarnya yuyu taknak dok hostel , tapi bila difikir balik and mungkin ada hikmah . Dok kat umah sewa macam macam . Kalau kat hostel , at least yuyu berkurung je dalam hostel tu . Jimat and safety . yuyu pun takkan jadi liar macam dulu dulu. 2014 azam baru , yuyu tekad ye . Setiap pertemuan ada perpisahan . Sabarlah yuyu.. ni berpisah untuk sementara je. Ada masa boleh gathering sekali.. Kalau masing masing dah kawin , lagi susah nak jumpa . Eh ? tetibe je . HAHA..

"Buat housemate TCI , aku takkan melupakan kenangan yang terindah saat kita bersama . Semoga ukhwah kita berkekalan . Halalkan makan minum semasa duduk bersama. Aku sayang korang .. sayang sangat sangat . Thanks menciptakan kenangan yang pernuh warna warni . Selepas ni , kita akan bawak haluan masing masing . Nanti degree pun tempat lain lain , jangan lupakan kenangan ini . Kita boleh cari sahabat tetapi sahabat takkan sama seperti yang kita kenal sebelumnya. Erti kata , rambut sama hitam tapi hati lain lain . Orang sama je , tapi masing masing ada cara tersendiri. Tah pape je ayat aku ni . ahahahaa "

Dah , nak share moments bersama aweks tersayang . Penuh dalam folder gambar dengan dorang . tapi ada folder sem1 tu dah hilang . sbb lappy yuyu dah tiga kali tukar . Hahaha , kasar sgt . Sebab tu tak suka gadget . Selalu je rosak. 

 Yang ni gambar latest, tapi kebanyakkan yang duduk dihostel . Yang pakai shawl biru tu je duk umah sewa tu lagi . Haaaa , masa ni yuyu tengah pegang camera bella. Then , tiba tiba ada mat salleh tu offer diri untuk tangkap gambar kitorang . Well , apalagi.. aku bagi la kat mat salleh tu . Senang keje . Takyah nak selfie sorang sorang . ahhaa , Tapi ada lagi ni , dorang masa ni tgh order makanan kat foodcourt Times Square . Lupalah tarikh bila , kejap .. 15 DECEMBER 2013 . Tahun lepas , sebelum cuti midsem .


 Rasanya korang dah kenal kot sape ni sebab hari tu dah ada update kat blog yang pegi Istana Budaya dengan yuyu kan . Nadiah.



 Gambar ni dah lama. Masa Bella still ada . Tapi rasanya jan taknak kuar time ni sebab nak study .







Masa ni still dok umah sewa tu lagi . muka tak mandi . Hahaha , teruk kan ? gelap masa ni. cheeeehh , sekarang dah putih . hahahaha. poyo gila ayat.  NI nak pegi bukit belacan . Kenangan jugak kat situ aihh.. Dah .

Tu syieda , dia tua setahun daripada kitorang .



Hodohh kan ? hahaaha , ni Syaza punya keje . Masa ni baru balik daripada FlyFM ,sebab Ira dapat hadiah sebab dia join contest soalan ape tah . Yang sebe;ah tu Ain . 
"Ain , sorry amik gambar kau letak dlm blog. Sebab kita jarang tdo sekali . HAHA , tapi kat hostel setiap weekend , hanya kau dan aku je ada . kesiannnn. hehee "


Mek ni nama dia Mimi. Masa kat umah sewa , aku selalu gaduh dengan dia . Sikit potpetpotpet , selalu kongsi . Apa apa benda kongsi je . Tapi sekarang dah tak rapat seperti dulu kot , sebab dia dah pindah umah lain . Yuyu ni kalau dah berjauhan dengan orang , susah nak jadi macam dulu dulu. Jadi segan . Segan nak cakap . Tah la..  hmmm.


2NFI . Shawl putih tu syue . Dulu masa sem1 rapat sangat , sorang lagi izati . Tapi bila dah tak sekelas .. dah jauh . Cumanya , kalau terserempak 3 orang ni , mesti akan bergambar . Tak miss !




phewww , banyak kan moment ? ni sikit je. Banyak folder dalam laptop ni . Banyak sangat kenangan . Tak terluah . Walaupun dah berjauhan , kita tetap akan jadi kawan . Ingat kepada yang dah grad , jangan lupa kawan kawan lain tau . Sedih nyaaa, cepat sangat masa berlalu . Umur dah makin tua . Takkan sama seperti dulu . Thanks for everything teman :')

5 comments:

  1. Comelnya sis
    Neway salam kenal ya

    ReplyDelete
  2. eeee comel je yuyu rashid ni hehe.. nak follow lah

    ReplyDelete
  3. salam background lagu ni lagu apa eh ??? heheheh bestt syg <3

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...sis...boleh tlg share ttg sis punye skincare product tak?kulit sis cantik ;)

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in