Berangan Bersama

 ahem ahem ... oooppss , tersedak tetiba ! hehe

Semalam kannnn , yuyu stalker irine nadia , Ya Allah . Anakk dia memang super duper cute miuuuttt gituuu . Sebelum ni , stalker dia then tengok masa dia kawin .. sekarang dia dah ada anak . Umur 22 kalau tak silap la , dia kahwin tahun lepas masa umur dia 21 . Yuyu dah 21 sekarang... lalalaa. eh , sebok je. pasal kahwin , gatal je kan . errrggghh -.- Alahai , saje je.. tapi kan sweet sangat tengok dorang . Perfect sangat ! Bertuah sangat Irine Nadia ni . Haaaa , ada yang tak kenal Irine Nadia kan ? Irine Nadia tu seorang blogger yang TOP FAMOUS jugak la . Blog dia pun kemas and ala ala princess + vintage gitu . Kalau dibandingkan blog yuyu ni kosong je . Haahahaaa , sebab yuyu nak simple je. Dulu ada la jugak berwarna sekarang kosong , kosong ooo..oo.. hihi~

Sebenarnya nak berangan ni , sebab tengok anak dia yang terlampau comel yang tidak terbatas terus berangan nak baby macam dia . Walaupun yuyu belum tahu sape jodoh yuyu tapi akanku tetap berangan baby cenggini . Susah tau tak , bukan susah ape. haha ! Susah nak fikir masa depan sebab kita tak boleh nak expect semua tu ditangan Allah S.W.T . Hanya mampu berserah . Sekarang ramai yang yuyu dengar yang  "bercinta selepas bernikah" , sweet sangat .  Bagi yuyu , cinta selepas bernikah ni bila seseorang tu tak pernah kenal satu sama lain. Mungkin salah seorang ni kenal sebab terserempak atau stalker sahaja . Then , kenal mak ayah terus masuk mitak . Kan ? betul tak tanggapan yuyu ni ? Alangkah indahnya kan . Uisshhh , siapalah yang taknak , at least kita jauh daripada berzina jika bercinta selepas berkahwin . Semua kena jaga batas , jaga hati , jaga pergaulan . Tipulah , kalau yuyu tak pernah bercinta kan ? pernah la jugak  tapi separuh jalan . Sebab tu sekarang , nak merasakan nikmat selepas bernikah . Dah lupakan , ni dah masuk hal peribadi . HAHA.. 

Berbalik kepada Berangan bersama , sebenarnya entry ni aku patut tukar yuyu tengah berangan . HAHA.. Korang pernah tengok tak Instagram Irine Nadia ? Mesti pernah kan , bila bosan stalk stalk gambar yang ada . Beberapa hari lepas , Irine Nadia upload gambar anak dia . Kali ni , memang nampak... " ARGHHHHHHHHH! COMEL NYA .. YA ALLAH !!!! " Dah berapa hari da tengah berangan baby tu . Namanya , Medina . Cantik kan ? persis tuan badannya.. Nak tengok tak ? heheee, jangan over macam yuyu tau . Yuyu dah guling guling nak baby cenggitu . At least dapat pegang cubit kiss pun jadi. Nakkkkk!!! hahahaha, over la aku ni . errr...







 ye , ye .. jangan teruja sangat tengok baby comel ni . Macam jepun kan ? aiyaaaa... geramnya. Inilah anak Irine Nadia tu , kalau tak silap masa mengandung Irine Nadia ada baca banyak surah.  Alhamdulillah , Semoga Medina menjadi anak yang solehah . Amin. 


Kebetulan pulak hari tu , Irine nadia ada potrait family . Ya Ampun lagi lah , yuyu obses . Berangan dah sampai kemana dah.. Baju masa dorang potrait warna grey . Bagi yuyu warna grey tu memang lawa kalau shoot kahwin ke potraiture ke . Heheheee... Meh , yuyu kongsikan :








 Subhanallah ! Bahagianya :) Suka tengok dorang . Bagus sangat ! heheee :) Memang berangan lah kalau tengok mereka ni . Hiihiii .. Takpe lah . haaaa, lagi satu , yuyu suka ayat Irine Nadia ....



                                
        " Kalau nak bercinta, cari yang halal untuk setia,

         kalau nak bahagia, kejar doa-NYA ke syurga " ....





HOMESICK

Bismillahirahmanirrahim..


Argh , lega habis test MAF , FAR and TAX . Ya Allah , 3 paper dalam masa dua hari . Ni baru je habis , sumpah penat gila ! Actually , yuyu dah sem6 . Alahai , tapi bidang akaun ni bukanlah bidang yuyu minat walaupun masa form4 & 5 dah amik tapi itu sume basic . Sekarang , lagi mencabar . Terpaksa amik course ni , tapi degree nanti yuyu dah tukar bidang lah kot . Insya Allah  . Sem ni ,yuyu terpaksa extend sebab ada subject accounting yang terkandas masa sem sebelum sebelum ni. So , jangan main main time sem1 , sem 2 tau . Biasalah , yuyu dulu tak pikir pun extend sebab taktahu mende . Bila dah naik sem 3 , 4 baru faham yang repeat paper akan extend . Menyesal tak sudah , sem ni kalau boleh nak buat yang sehabis baik . Tapi test yang baru habis ni memang 50% sahaja . Next test , kena prepare awal awal . Wahai pelajar , jangan buat kerja last minute . Hahaha  , best je nak nasihatkan orang tapi jap lagi yuyu buat lagi . Haih , bila lah nak sedar ni yuyu oi..  Jap nak makan, lapor . Hahaaaa ! (sebab tu jarang update , macam macam masalah . kejap rasa nak tidur , kejap rasa lapar. haihhh , rasanya entry ni lambat jugak aku post  . kuikuii.. )


Dah , siap !  ape eh kite sembang tadi ? eh ! haaa, jangan buat kerja last minute ye , itu akan membawa 10001 keburukan. Tengok , apa dah jadi . Tawakkal jela , ade second test lagi bulan dua nanti . So , prepare awal awal ye yuyu.  Maaflah , yuyu tak pandai sangat nak bercommunication dengan readers . Tak reti nak bermadah kata ,  Malah kalau kenal yuyu depan depan pun yuyu akan cakap tonggang langgang . haha ! kawan kawan yuyu kadang kadang fed up jugak . Then , sometimes dorang yang betulkan ayat yuyu . errr , korang  paham tak ? macam keling je macam keling je ayat aku ni -.-

Haih , sebenarnya yuyu homesick . Disebabkan test minggu last nak balik cuti raya cina ni buat yuyu rasa macam dah malas nak berpijak ke kolej . Rasa tak sabar nak balik . Selalu je macam ni . Cuti empat hari je rasanya chinese new year ni , tapi ada banyak tempat dalam kepala yang yuyu tengah plan nak pegi masa balik nanti . Especially , hospital . Hospital paling penting . Yuyu dah tak tahan dengan penyakit sinusitis ni . Dah hampir seminggu lebih berdarah kat hidung , masa pagi nak pegi test tu yuyu terkejut dua helai tisu penuh darah . Bau pulak bau darah je dalam hidung ni . Yang yuyu sakit hati kalau pegi klinik biasa , doktor cakap apa.. nak tau ? 

"Adik , jerawat je tu dik. Takde pape "

Ape ke malas nye doktor tu . Sumpah geram gila , macam mana la boleh jadi doktor kalau malas cenggitu , Agak agak la dalam hidung takde pun jerawat . Yuyu dah suluh dengan lampu , dah check lubang hidung sendiri . There's nothing pimple on my nose . Cumanya , yuyu selalu selsema . Kadang kadang nak sampai sebulan . Geram sangat pegi klinik , bila yuyu explain dah sebulan lebih selsema , dorang mampu tersengih . Arghh , sungguh menyakitkan hati . So , kali ni dah macam parah sangat je , takkan nak tunggu hidung yuyu hilang baru tercari cari . Hidung utama. Chewah . So , balik nanti kena settle kan masalah sinusitis dulu . Then alang alang pegi check hidung , yuyu kena check tulang kaki jugak . Banyak benor masalah aku ni . Ada laaa, masalah tulang kaki ni dah lama sebenarnya tapi yuyu selalu kuatkan diri . Yuyu dahla suka pegi camp , climbing . Tapi bila dah dapat surat doktor tahun lepas , yuyu dah stop activity tu . Tapi tu baru surat doktor yang menyatakan yuyu tak boleh melakukan aktiviti lasak atau berat . Sampai sekarang  rasa nak kena check sume tu . Adeih , penat . Yela , sume dah kena independent . Kan best kalau ade cik suami yang tolong sume ni . Wakkakaaa.. pfffffttt . PERASAN ! Dah abaikan keberanganan yuyu tu . haha ! nonsense je . Hmm .

Lagi satu , nak balik sebab rindu dekat Raisha , Safiyya , Zahra , Umi , Abah dan adik yuyu yang sewel dan gemuk. haha ! Kakak yuyu yang nak bersalin pun dah ada kat kampung . Dia selalu je htr wechat suruh balik . Katanya dia rindu yuyu and bosan dok umah sorang sorang . Sabar ye Kak Nita :) 

Kalau dok umah time cenggini , mesti kat ruang tamu , tengok tv . Teman adik , gaduh dengan adik . Main dengan safiyya , zahra and raisha . hmmm, cepat lah 30hb . Tak sabar gilaa nak balik , Rasa macam tak balik 3 tahun dah . Padahal baru sebulan . kuikui...



Okay , itu raisha yang selalu guna lappy yuyu . Sape kata budak 3 tahun tak pandai nak selfie . Dia sendiri yang bukak webcam yuyu , and capture . Terkejut tgk kat folder penuh gambar and video dia. Dah kenapa raisha ni ? Nak jadi macam aku ke ? Jangan lah. Biar aku je yang teruk and poyo cenggini . Haha.. haaaa , cakap pasal raisha baru teringat ada video die yang kelakar. Nak upload kat mana ye .. kat blog ke kat youtube ? errr , kalau kat youtube macam over sangat je kan . Haters everywhere , yuyu . HAHA ! peliklah kan. Padahal social networking bebas kot nak upload asalkan tidak ada berunsur yang teruk atau annoying . Takpelah . Nak upload kat blog bila ada masa lagi . ( BILA ADA MASA LAGI ) Sometimes , nak jadikan blog sebagai Vlog je . Tapi.....  takpelah . HAHA .


Tu zahra :) Dia suka sangat jelir lidah . Taknak dok diam kalau nak amik gambar. Dia boleh dikategorikan periang la, kalau dia ada kat umah tokabah memang suara gelak tawa dia banyak . kalau Raisha tu banyak cakap , duorang ni suka cari yuyu , Bila yuyu dok dalam bilik atas , sikit sikit panggil "cik yuyu , cik yuyu " ... pagi pagi , kalau ummi suruh kejutkan yuyu . Dorang akan ketuk pintu bilik , panggil nama kat luar . alahaiiii .. rinduunya ! cepatlaaaa nak balikkkkkkkkkkkkkkk ... huwaaaaa :'(




 Itu masa besday abah yang ke 76 :) baju merah tu adik yuyu yang gemoks . Selalu je gaduh dengan dia . Tah pape , bila gaduh punya la macam WWE. haha ! bila baik , tengah malam kuar g beli burger , seven E dalam pukul 12 a.m, sometimes lepak kedai apa tah nak cari internet. Chicken apa ye kedai tu lupa. Em , yang lastly tu gambar umi . Masa tu nak pegi Mundok . Sempadan Siam / Thailand. Uishhh , best kot shopping sana .. dah lah , makin rindu kat umah ada ah. Dah dah .. haaaa.. tak sabar nak jumpa Nany ! yeay ! my niece :) Dah lama tak jumpa . Rasanya dah dekat 3/4 bulan kot . Sabar lah yuyu.. 30hb ni tak lama dah... :')



Goodbye Housemate TCI

Assalamualaikum..


Dah lama kan tak story mory . Actually memang nak update bebanyak , tapi kadang kadang rasa malas and takde masa . Takde masa lah sgt , padahal tido je keje , Hewhewww.
Entry kali ni pasal Housemate TCI kan ? TCI tu stands for Taman Cheras Indah . Kenangan gila kot rumah sewa kat situ .  Dua tahun kot . Macam macam kenangan . Kenangan buruk , manis , tawar , masin , payau dan pahit . hehe .. Rumah sewa tu ada 13 orang penghuni yang dikenali sebagai Mamau , Chua , Bella , Miza , Dayah , Kinah , Syieda , Zati , Jan , Mimi, Ain dan Ira  termasuklah aku . Haaa , cukup 13 kan ? Tapi ada dua makhluk yang asing . I mean , pendatang asing . HAHA . Takdelah , dua orang berdua ni duduk area situ tapi duduk dengan family . Namanya Nadia and Syue .  Kalau ada apa apa , kitorang akan lepak kat tingkat bawah reramai . Masak kalau ada apa apa party.  chewah . Happening sangat . Dah macam family  sendiri. Kalau bergaduh pun , bergaduh ibarat Air dicincang takkan putus la. Macam macam lah . Biasalah duduk ramai ramai . Tapi , yang yuyu ingat .. kami memang jenis cepat okay . Bising sangat rumah tu , dengan anjing depan rumah . Eh , kami tak pelihara anjing tau . Tapi jiran  , bunyi anjing tu pun rindu . Sebab anjing tu selalu bising dan selalu kejutkan pagi pagi .  Kami selalu celebrate besday setiap sorang . Ya Allah , itulah kenangan yang gila gila sangat .

Setiap besday salah sorang dalam umah kami , mesti ada prank . Yang tak boleh blah .. sume menjadi . hahaaa ! rindu nya semua tu . Tapi disebabkan Penyamun , Perompak , Penjenayah yang tak bertauliah dah menyebabkan kami berpisah . Tahun 2014 ialah sem akhir bagi Diploma kemasukan 2011. Ada yang grad on time bulan 3 ni . So , kami terpaksa membuat keputusan untuk tinggal di hostel . Tetapi bukan 13 orang . Sorang dah tak belajar kat kolej tu lagi . Dua orang dah cari rumah sewa lain . Then , Tiga orang still stay disana and the rest dok kat hostel termasuk saya. Sobs , 7 orang di hostel. Sebenarnya yuyu taknak dok hostel , tapi bila difikir balik and mungkin ada hikmah . Dok kat umah sewa macam macam . Kalau kat hostel , at least yuyu berkurung je dalam hostel tu . Jimat and safety . yuyu pun takkan jadi liar macam dulu dulu. 2014 azam baru , yuyu tekad ye . Setiap pertemuan ada perpisahan . Sabarlah yuyu.. ni berpisah untuk sementara je. Ada masa boleh gathering sekali.. Kalau masing masing dah kawin , lagi susah nak jumpa . Eh ? tetibe je . HAHA..

"Buat housemate TCI , aku takkan melupakan kenangan yang terindah saat kita bersama . Semoga ukhwah kita berkekalan . Halalkan makan minum semasa duduk bersama. Aku sayang korang .. sayang sangat sangat . Thanks menciptakan kenangan yang pernuh warna warni . Selepas ni , kita akan bawak haluan masing masing . Nanti degree pun tempat lain lain , jangan lupakan kenangan ini . Kita boleh cari sahabat tetapi sahabat takkan sama seperti yang kita kenal sebelumnya. Erti kata , rambut sama hitam tapi hati lain lain . Orang sama je , tapi masing masing ada cara tersendiri. Tah pape je ayat aku ni . ahahahaa "

Dah , nak share moments bersama aweks tersayang . Penuh dalam folder gambar dengan dorang . tapi ada folder sem1 tu dah hilang . sbb lappy yuyu dah tiga kali tukar . Hahaha , kasar sgt . Sebab tu tak suka gadget . Selalu je rosak. 

 Yang ni gambar latest, tapi kebanyakkan yang duduk dihostel . Yang pakai shawl biru tu je duk umah sewa tu lagi . Haaaa , masa ni yuyu tengah pegang camera bella. Then , tiba tiba ada mat salleh tu offer diri untuk tangkap gambar kitorang . Well , apalagi.. aku bagi la kat mat salleh tu . Senang keje . Takyah nak selfie sorang sorang . ahhaa , Tapi ada lagi ni , dorang masa ni tgh order makanan kat foodcourt Times Square . Lupalah tarikh bila , kejap .. 15 DECEMBER 2013 . Tahun lepas , sebelum cuti midsem .


 Rasanya korang dah kenal kot sape ni sebab hari tu dah ada update kat blog yang pegi Istana Budaya dengan yuyu kan . Nadiah.



 Gambar ni dah lama. Masa Bella still ada . Tapi rasanya jan taknak kuar time ni sebab nak study .







Masa ni still dok umah sewa tu lagi . muka tak mandi . Hahaha , teruk kan ? gelap masa ni. cheeeehh , sekarang dah putih . hahahaha. poyo gila ayat.  NI nak pegi bukit belacan . Kenangan jugak kat situ aihh.. Dah .

Tu syieda , dia tua setahun daripada kitorang .



Hodohh kan ? hahaaha , ni Syaza punya keje . Masa ni baru balik daripada FlyFM ,sebab Ira dapat hadiah sebab dia join contest soalan ape tah . Yang sebe;ah tu Ain . 
"Ain , sorry amik gambar kau letak dlm blog. Sebab kita jarang tdo sekali . HAHA , tapi kat hostel setiap weekend , hanya kau dan aku je ada . kesiannnn. hehee "


Mek ni nama dia Mimi. Masa kat umah sewa , aku selalu gaduh dengan dia . Sikit potpetpotpet , selalu kongsi . Apa apa benda kongsi je . Tapi sekarang dah tak rapat seperti dulu kot , sebab dia dah pindah umah lain . Yuyu ni kalau dah berjauhan dengan orang , susah nak jadi macam dulu dulu. Jadi segan . Segan nak cakap . Tah la..  hmmm.


2NFI . Shawl putih tu syue . Dulu masa sem1 rapat sangat , sorang lagi izati . Tapi bila dah tak sekelas .. dah jauh . Cumanya , kalau terserempak 3 orang ni , mesti akan bergambar . Tak miss !




phewww , banyak kan moment ? ni sikit je. Banyak folder dalam laptop ni . Banyak sangat kenangan . Tak terluah . Walaupun dah berjauhan , kita tetap akan jadi kawan . Ingat kepada yang dah grad , jangan lupa kawan kawan lain tau . Sedih nyaaa, cepat sangat masa berlalu . Umur dah makin tua . Takkan sama seperti dulu . Thanks for everything teman :')

Wideshawl Murah

Assalamualaikum :)


Hey , readers . Yuhuuu , lamanya tak update kan ? ececeee , tukar font la pulak hari ni . Rasa macam cantik je , rasa macam comel je font cenggini . Senang nak baca . Eh , entry kali ni pasal wideshawl kan ? Okay , beberapa bulan yuyu ada update video tutorial untuk pakai wideshawl . Then , ramai yang tanya mana beli wideshawl . Okay , now yuyu nak share yang yuyu ada bukak business online . Dah lama dah create page tu , sebelum ni takde barang sangat , Alhamdulillah , melalui wideshawl yang yuyu buat tutorial tu , yuyu dapat income sikit sikit.  So , entry kali ni nak promote je mane lah tahu sape sape yang tengah cari wideshawl tu boleh lah tengok kat page yuyu . Meh sini , nak kasi link :)


                                        CM Fashionable Style

Besar sangat ek ? Takpelah  nak bagi korang nampak . hewhew .. okay , tapi sementara tu yuyu nak iklankanlah jugak gambar wideshawl kat blog ni . Mane lah tahu ade yang nak cuci mata kat sini je . So , for easy way I can upload some pictures of wideshawl but for order you can inbox me in my page . Tak kira lah , page CMFS atau Yuyushinju Nanyyumi Official , mana mana korang boleh inbox .


Nak update pasal cite cite yuyu tu nanti ye , memang ada banyak nak kongsikan tapi busy sangat . Ni baru boleh spent time dengan blog kesayangan ni. Dah berhabuk.. fuuuhh, fuuuh . Tiup sikit , bagi bersih . Hehe . Jom tengok tengok wideshawl :



Yang ni material silk tau , senang nak bentuk . Kalau ada banyak customer yang request yang ni , insya Allah yuyu akan update lebih banyak . Harga boleh tengok kat page CMFS tu ye sayang.


Yang ni material cotton viscose , yang cotton viscose murah je . RM20 exclude postage !



 Tiga wideshawl sudah cukup memadai kot . hehe, sebab nak suruh korang tengok kat page . Dalam page tu lagi banyak . hihi :)

Okay , nanti kita sambung di entry lain pulak ye :)
babaiii ( sobs.. sedih , bila pulak nak update niii )




 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in