Bercinta Bila Betul Betul Dah Bersedia

Assalamualaikum..



Bercintalah bila betul betul dah bersedia, iaitu cinta selepas nikah  * no, there's no light by stanislaw


                                           " Love when you're ready, not when you're lonely. "


 Bercinta hanya bila betul betul dah bersedia, bukan hanya bila kesunyian. Pasti ramai yang tak sabar untuk merasai keseronokkan bercinta. Kemanisan bersama yang tersayang. Hingga terlupa nak bertanya pada diri  " adakah aku betul betul dah bersedia ? "

Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani , hati mana tak cemburu ? Hati mana yang tak rasa sunyi ?

Hati mana yang tak rasa sunyi ?  Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama ?
Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roomate sibuk bergayut dengan kekasih hati memasing. Kita? Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.

Time makan , orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti diluar kelas. Kita ? Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.

Hujung minggu ? Semua orang dah ada rancangan masing masing. Keluar tengok wayang, pergi pantai , pergi jalan jalan. Kita ? Mampu tidur je sepanjang hujung minggu dibilik. Layan movie jugak tapi seorang diri bertemankan laptop.


DARI SITU SEGALANYA BERMULA.


Kita rasa sunyi. Kita nampak orang lain bahagia. Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama? Mesti best kalau ada boyfriend. Hari hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian. Bila ada yang menghulur salam perkenalan , begitu mudah kita terima berlapang dada. Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati !

Yeay , aku akan bahagia macam pasangan lain.

"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata kata jangan mudah terpedaya, kadang kadang ia adalah bisa yang paling bahaya."

 Itu yang dibayangkan.
Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain. Kita yakin mereka betul betul dah bahagia ? Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara ? Untuk menyelamatkan satu hubungan ? Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.


YAKIN KITA DAH BETUL BETUL BERSEDIA ?
Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak. Kalau belum yakin , belum betul betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta ?  

Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.

Sebelum ini , kita fikir setiap percintaan yang penuh dengan kasih sayang. Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.


KENAPA NAK KORBANKAN SEGALANYA UNTUK SESUATU YANG BELUM TERJAMIN KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN ITU KEKAL?



Saat kita sendirian , kita mungkin rasa sunyi. Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah. Kita yang terlalu memikirkan. Pernah terfikir apa kelebihan bila kita sendirian tanpa seorang teman ?



" Sometimes its betterl to be alone , nobody can hurt you . "

Dalam bersendirian itu ada keindahan. Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain. Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia lukakan kita?

Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta. Kegembiraan saat kita bersendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.

Saat sendirian, kita bebas.

Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan onag lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.

Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang kadang hanya satu penipuan. Penipuan yang kita sendiri cipta. Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.

Tapi disebalik semua senyuman itu ada tangisan yang kita terpaksa sorok. Ada hati yang berdarah terpakasa kita rawat sendiri. Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat dimata orang lain.

" Fake hapiness is still the worst sadness "

Sampai bila nak kekal sebegitu?
Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang? Yakin kita sayangkan dia ? Yakin dia sayangkan kita ?


habis, tangisan yang kita sorok sendiri tu apa? Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.

"The reason people find it so hard to be happy is that they always see the past better that it was and the present worst than it is . "

Duduk.


Renung kembali. Fikir balik. Betul ke aku dah betul betul bersedia ?
Atau aku  hanya menisi kesunyian ?
Kalau sekarang aku belum betul betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul betul bersedia ?

Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya. Hanya Dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul betul dah bersedia untuk jatuh cinta. Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.

" Ya Allah , bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya . Jarakkan kami. Pisahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia sia . Agar kami tak mengundang murka Mu. Temukan kami dengan cinta yang diredhaiMU."



"Allah has already written the names of your spounses. What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you're ready . It is only matter of time. "

First Experience : Video Tutorial Untuk Iklan Sunsilk Youtube

Assalamualaikum..


Aku nak story mory sikit pasai experience aku. Tak banyak lah kan aku update pasai aku dlm blog, sebab jarang jugak  nak update dengan life diri sendiri. Nak buat acano  , dalam instagram tiap tiap dah update activity seharian. Nak makan update, nak keluar makan update , nak basuh baju pun update , kemas rumah pun update , pergi cari teksi pun update, nak masak pun update. Apa apa ajolaaahh~

Haaa , actually aku dah banyak sengsara. cewahhh ! sengsara lah sangat . Saja bikin drama melayu lagi dlm blog. hihiiii.. Maksud aku , aku banyak lah gak nak benda tu tapi tak dapat. 

"Allah tak beri apa yang kita inginkan , tetapi Allah beri apa yang terbaik untuk kita"

 hmm, memang betul tu . Kadang kadang tak selalu nya kita bersedih , Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita.  Setiap pengalaman yang aku dah lalui telah pun ada masin , terlebih masin dan sedikit tawar serta pahit. Er.. kadang kadang payau pun ada gak.

Sepanjang aku bersedih , aku release tension buat video tutorial shawl di youtube.

"Eh , bersedih aku pun boleh buat benda macam ni gak ek. kuikuiii"

Merapu jugak video aku tu . Al maklumlah .. aku tak reti nak mengedit guna camera pun camera laptop . Takde nak advance sangat . Lagipun itu hobby. Kalau orang tengok pun macam merapu lah sangat video aku tu. puiii.. kan ? 







Yang korang nampak teaser tu tak guna camera laptop yang tu dari LHMEDIA rakam.
Ni laaaa, cheq nak story moryy.. terlebih panjang pulak. 

Actually aku ni noob lah jugak . Reti buat video je , kadang kadang check inbox youtube dan inbox page. Nampak je aku ada semua benda laman social tapi tak reti. Teruk kan ?
Tibalah suatu hari pada bulan puasa 2014 , aku dah lupa bulan berapa. Bulan July kah atau bulan August kah. Whatever la.. Tapi bulan puasa lah.

Aku bukak inbox page aku tu then dapat job offer daripada someone from http://www.ohbulan.com/ untuk buat video tutorial shawl.

Selang beberapa hari aku terima lah job tu. Aku ni penakut dan pemalu orangnya. Puii.
Haha.. Nasib sebelum ni aku pernah ada job dengan UMT untuk program tudung. So aku dah pernah jadi demonstration program hijab untuk buat tutorial  kepada peserta UMT TERENGGANU pada bulan dua 2014 jugak. Cuak jugak sebab tak pernah. Tapi bila lagi nak mencuba benda baru and aku memang suka and minat kerja cenggini. Takde rasa penat sebab enjoyed.




Berbalik kepada cerita tawaran video tadi. Aku pun tak perasan viewers aku :





Thanks kepada viewers dan likers. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi seriously ni memang minat aku buat video cenggini.  Then bila aku dah terima tawaran tu .. then sebelum rakaman sebenar aku kena pergi screening shoot dulu . Masa screening shoot tu... Akuuuuu... Aku ...


Aku kaku.



Tapi after the next day , tibalah masa shooting. Alhamdulillah .



Aku rasa nak nangis bila tengok hasil. Akhirnya dalam aku noob dan takut , cuak . Aku dapat habiskan jugak untuk kelima lima video untuk Sunsilk. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada my parents , OhBulan, LHMedia TV Sunsilk dan kawan kawan ! Thank you so much :) Seriously , walaupun banyak yang aku rasa kesedihan tahun 2014 tapi akhirnya Allah gantikan something untuk membahagiakan aku. Syukur :)





Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan: Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu




Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan , tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.






"Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang , lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung"

Ya Menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan , seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?

Tapi hari hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita , andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati ?

Tapi tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.

Kita cakap "Bila dia bahagia , kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita."

Kalau ikhlas , kenapa masih menangis ?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri , kenapa masih jejaki dia ?  Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia ? Hanya kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas , belum redha.


"Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanapa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah. "

"Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan suatu yang tak dijangka."



Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.


Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu ?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allaa. Janji Allah itu pasti :)

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi . Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekali pun yang berlaku,

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan, Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri.
Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia,terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila ?
Sampai bila kita nak teruskan hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Sampai bila nak berharapa dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh kebelakang ? Mencari jejak yang telah hilang.

"Allah beri apa yang kita perlu , buka apa yang kita mahu. Ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan , bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita."






Jika terus hidup bersama kenangan , memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on.



Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ni kita menjauh dari Allah , apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luahkan segalanya sebab Allah mendengar . Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.


"Ketika Allah rindu pada hambanya ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman:Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah"


Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

"Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT yang tidak pernah meninggalkanmu."

Sampai masa dan ketika kita bertemu dengan jodoh. Hanya perlu yakin.




Hargai & Terima Kasih

Assalamualaikum..


Udah lama kok enggak ketemu sama new post ya ? huks.  Permisi ya , lately ni agak busy . 

Actually , ni new post Vlog just in blog je . Takmo masuk dalam youtube ye , kite.. kite malu nak masuk lagipun blog ni just nak share apa yang yuyu dah rasa dan dah jadi pengalaman dan pengajaran. Bukan yuyu sorang , tapi berdasarkan atas pendapt semua orang  . Malas nak taip pepanjang pulak sbb kite tengah final exam . So , sekarang kita nak update vlog je dulu . Takmo nengok dakpe , kita tak paksa . hikhok :3


Lagi satu nak remove lagu dalam blog ni tapi sayang sbb lagu blog ni deep sangat . Hanya Tuhan Yang Tahu , ececee :) Okay . Kalau nak play video ni korang kena do something tau ! Korang kena scroll bawah bawah , bawahhhh sekali then stop lagu blog ni dulu . Baru korang dengar jelas. Kalau tak gheti , tak payah tgk pun takpe.. nak buat acano. sobs :p









Menghargai dan ucapan terima kasih amat bermakna untuk kita semua . Even kita rasa benda tu kecil tapi percayalah , kita nak rasa dihargai terutama orang yang kita sayang dan orang yang kita rapat . Tak salah kita buat baik dengan orang yang pernah tolong kita. Jangan lupa jasa mereka yang ada waktu kita susah . Memang kita tengah bersenang lenang sekarang ni , tapi ingatlah sape yang jadi tulang belakang kita selama ni . Terutamanya ibu dan ayah kita. Jika kita berpangkat besar sekalipun at least sentiasa berterima kasih dengan  mereka . Mereka yang ada waktu kita susah ialah orang yang bg kekuatan kepada kita ketika kita lemah . Hargailah pertolongan mereka :)

La Tahzan , Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia







Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.



La. Tahzan.


Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah . Beruntunglah.
Dari jutaan , engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang , Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu , kini dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya didunia . Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka nangislah...


Tapi sayang , jangan sedih lama lama..
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya , percaya !

La , Tahzan.
Syurga itu mahal sayang , bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun,
Tapi ingatlah walau apapun Allah akan tetap menemani
Just beside you , selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita perlahan lahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah !
Tears.

Insya Allah , bila Allah redha , Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah ?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan .
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham , ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.

Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhentu daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.


" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)"
[Yusuf:18]

La tahzan. Kesatlah air matamu... Allah ada. Allah tahu.


" Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati"
[Al-Maidah:7]

dan ingatlah...


" Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta , tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahaguaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya"
[Hasan Al-Banna-]

Jatuh bangun dalam kehidupan. Sembuh kan lukamu.

Hati..

Bahagian paling sukar difahami

Bila bibir mengukir senyum , belum tentu dia bahagia.

Bila air matanya mengalir tanda dipaksa, belum tentu dia derita

Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.

Kadang menghegeh mencari ruang.

Menebar rasa yang lama terpendam.

Mencari ruang untuk menyembuh , dek luka semalam.

Belum sembuh , barangkali.



Jiwa...

luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula..
perit lagi ya ?
Jangan kau simpan diam diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwamu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.


Sukarkan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan ?


Karena itu 
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita jangan sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu,

Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah bising bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.

Berhentilah...

Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.
Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.


Dulu, pernah ada yang bilang,


"Dalam hidup , ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa , korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But this will never be forever. You wish something better , but He knows something greater. Keep walk. Head up ! Hidup tak lama . Korban sekejap . Senyum , lalui hidup sebaiknya. "



Ketahuilah..
Tiap perasaan yang kita ada , Allah yang ciptakan.
Maka tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada , bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas.

Kerana atas izinNya perasaan ini terlahir dan hilang.

Sungguh , Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka sangka.


Bisik sama hati,


"Tuhan , aku tahu semua ini tidak sia sia ".


Satu benda kau kena faham.

Satu benda.
Kita ini bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah , cekal dan kuat itu Allah yang bagi.

Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu , nak bukak mata pun kau tak larat.

Ingat Tuhan. Cari Tuhan.

Lalu saat kau pasrah dan putuskan..

"Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak ?"

"Sayang , masa tak pernah menentukan apa apa. Allah yang atur. Dengan izinNya . Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati".


Moga nantikan kau fahami.

Hikmah hikmah yang teralir.

Moga jatuh bangun kita ini nantikan mensenyumkan kita di

Syurga.


"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu , ya Tuhanku" [Maryam:4]




Kekal tegar ya, 
Moga Allah menjaga.








*********
Artikel ini adalah tulisan Nor Adibah Saihen. Semoga memberi manfaat kepada semua.




 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in