Video Iqram Dinzly melamar Soo Winchi




 Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan?

Yelah , yuyu pun terkejut , sebelum ini tak pernah dengar sebarang gosip mengenai mereka , tup tup dengar cerita Iqram Dinzly dah pun melamar si cantik manis Soo Wincci.

Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbary penyanyi wanita itu di Jalan Ampang , baru baru ini.


" Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya , memang satu kejutan besar buat saya . Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya", kata penyandang gelaran Miss World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.






 Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan memandangkan Iqram tinggal berdekatan rumahnya menjadikan mereka sering keluar menghabiskan masa bersama sama berdua.

Walaubagaimanapun , Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan sial jodoh sekiranya namanya masih belum terpahat di Hollywood.

Tapi , kalau dah jodoh sampai dulu , takkan nak menolak pulak kan Wincci ?



baca untuk selanjutnya....

Tempat Impian : Ladang Lavender

Assalamualaikum .. :)


Phewww, dah lama tak update blog kan ? nampak tak kemalasan disitu ? Takde masa untuk update , sibuk sangat . Kadang kadang nak update blog ni memerlukan mood yang sesuai . kan ? Okay sekarang yuyu tengah layan lagu sambil menghayati dan berangan ke tempat impian . Ececee.. tempat ape tu ? Provence , France . Maybe ada yang pernah pergi dan pernah berangan atau tak tahu kan ada apa kat sana . Well , pada mulanya yuyu pun tak tahu Provence , France ni tempat apa . Yuyu tahu bila yuyu search bunga lavender . Yuyu suka bunga lavender . Tersangat obses kot . Walau pun tak pernah jumpa yang fresh . Dulu masa pergi cameron highland , ada lah jumpa tapi tak secantik di Provence . (Aiseyyhh , cakap macam dah pernah pergi provence je kan? Poyo nya ! haha ) 




Lavender , siapa yang tak suka kan ? Warna dia purple + lilac . Ya Allah , lawa sangat . Cuba imagine kita berada di kawasan bunga yang kita suka dengan warna kesukaan kita ! arghhh .. *excited ! Rasa macam nak guling guling je kat tempat tu . For me , its syurga dunia la . Jap , tengah berangan . hihi .. best nya baring kat ladang lavender kat provence , france ni . Tidur pun bau wangi macam lavender . suka suka suka ! hehehe... Alahai , bila boleh pergi tempat cenggini . To my future husband , please bawak saya kesini  . Hahaha . Berangan gila . Well , berangan jelah yang dapat . Lambat lagi semua tu . Baik usaha sendiri then pergi sana . Sanggup usahakan untuk pergi sana . Tapi kena belajar bersungguh - sungguh la mana tahu kan . Berdoa jela yuyu . Kalau tak dapat sampai sana pun , teruskan dengan angan angan mu. sob sob...



Mesti korang fikir " Tak berminat untuk tahu Provence , France " Uih ! sayang oi .. kena tahu .. ada jugak lelaki yang suka lavender tau . Bukan gegel jer :) Nak tengok tak pemandangan Provence ni? Mesti kena tengok ! Baru lah ada yang terikut ikut nak impikan pergi sini . heheee 



Ni baru tengok bunga lavender banyak banyak cenggini pun dah rasa ..

"AHHHHHHHHH.. CANTIKKNYA ! SUBHANALLAH ! "

Kan? alahai , ni baru sikit dear .. kalau tengok ladang lavender yang reality agak agak dah taknak balik Malaysia kot . Hahaha. Poyo nya ! Pergi pun tidak , ni baru angan angan . Haha




                                  Ya Allah , Indah sungguh ciptaan Mu . SubhanaAllah . 




 Warna ni LIlac , kalau tak silap . Cantikkan ? Just nak bagi suggestion . baju jubah guna yang material silk dan berwarna lilac . Pergh ! confirm lawa dan meletOP ! percayalah . Ha, siapa siapa yang pereka designer tu cuba la buat jubah guna silk material and guna warna ni . Confirm , cantik ! lembut pulak tu warna . Tambah tambah , letak lace yang matching dengan warna lilac ni. *Okay , berangan lagi untuk buat baju guna warna nii . aduhai.. kan best kalau ada bakat untuk menjahit ,hiiihii :)



 Selalunya orang akan bagi bunga ros kat orang yang dia sayang kan ? Tapi saya prefer bunga lavender . Tambah tambah lagi yang fresh . 

Okay , jeng jeng... ni lah tempat ladang lavender di Provence , France !!!






















Kan ? Ada tak yang rasa macam

" wahhh ! lawanya !
"Subhanallah
"Alahai , kan best kalau mampu pergi sana ..

So , inilah tempat impian yuyu. Selama ni yuyu just survey bunga lavender je . Shampoo Body pun lavender , kalau boleh nak semua lavender . Provence France ni , yuyu pun baru tahu tempat dia tersohor dengan ladang lavender . Sebab semalam , yuyu takde benda nak buat . Then , search tempat menarik yang berkaitan dengan lavender , Tetiba , terjumpa ! fuhh , memang excited ! Err... walaupun sekadar tengok gambar sahaja . haha !


Provence , France . Insya Allah . One day ! Wishlist :) Tempat impian .

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in