Lagu Nasyid "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer"


Trending sebuah video dari seorang gadis dengan nickname "Syasya Solero" mengudang rasa saudara Amar ingin mencetuskan mesej baru yang lebih positif melalu nasyidnya. Akhirnya tercetuslah satu lagu yang dirakamkan dirumah dan ianya mendapat sambutan kerana membawa aura yang positif berbanding parody yang tidak menjanjikan apa apa mesej kepada menontonnya.

Haaa, disebabkan ramai yang bash syasya dengan parodi nya  tiba tiba syasya pulak yang membawa perkataan macam comel je kepada ilham saudara Amar.

Oleh kerana mendapat sambutan mengenai lagu nasyid tersebut  telah dibawa ke satu peringkat lagi iaitu masuk ke studio untuk rakaman penuh. Dapat juga kita dengar sedikit perubahan telah dilakukan senikata lagu dan menjadikan lebih menarik untuk didengar.

Amar memberitahu kerana sokongan luar biasa ianya memberi motivasi kepada dirinya untuk merakamkan lagu ini secara penuh.


"ALHAMDULILLAH , Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik " Macam Cantik je , Macam Comel je" . Ini disebabkan selepas saya upload video lagu ini versi nyanyian saya bersama piano solo minggu lepas, banyak stesen radio meminta saya merakamkan secara penuh untuk dimainkan diradio . Motivasi saya untuk menyiapkan lagu ini secara full recording adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Semoga Allah S.W.T membalas jasa anda semua. Apa yang penting kita ambil manfaat daripada lagu ini dan marilah sama sama kita bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhitung banyaknya,"



Tahniah kepada saudara Amar ( Arif Muazzim Abdul Rahman) atas inisiatif yang hebat ini . First dengar memang macam takde pape, dua kali dengar rasa nak dengar lagi . Well , tahniah jugak kepada Syasya . Haters make her famous . Dan orang melayu sekarang suka bash orang kan ? Apa apa pun , Jom layan nasyid ni .







3 comments:

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in