Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi



Sebut sahaja nama Rihanna pasti satu dunia mengenali pemilik nama ini . Bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi yang hebat tetapi juga sebagai wanita yang suka berfesyen dengan gaya-gaya menarik dan seksi.

Namun , terbaru Rihanna muncul menarik perhatian ramai apabila tampil dengabn imej sopan malah mengenakan tudung dan bergambar di hadapan sebuah masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi

Rihanna mengenakan pakaian sut labuh berwarna hitam serta bertudung berposing untuk mengabadikan kenangan ketika berada di Abu Dhabi sempena jelajah Diamonds sebagai mengormati masyarakat Islam.

Walaubagaimanapun , Rihanna tetap dikritik hebat oleh para peminatnya kerana cara dia berposing yang dianggap tetap teksi dan tidak sesuai untuk berkelakuan seperti itu di hadapan masjid . Malah Rihanna juga turut dikritik kerana mengenakan gincu yang merah serta pengilap kuku.








1 comments:

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in