Pendedahan Perkahwinan Aerel Zafrel & Wawa Zainal

Hai hai , Okay . Sebelum ini Aerel Zafrel menyembunyikan perkahwinan dengan Wawa Zainal .Yuyu pun terkilan kenapa mereka harus menyembunyikan perkahwinan , kan ? Yelah .. Takdelah yuyu rasa kecewa dengan Aerel Zafrel . lol . Hahaha . Takdelah , saje je angau . lalala~

Actually , yuyu tumpang bahagia . Aerel Zafrel dan Wawa Zainal bersama . Yelah kan , pasangan yang secocok . Sepadan sesangat . Nak tahu kenapa mereka menyembunyikan perkahwinan mereka ? 



Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.



Kata Aeril Zafrel:-

Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.
Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia



Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-

Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab

Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo

 Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.


See? patutlah mereka menyembunyikan perkahwinan sebabnya dalam MIG production setahu yuyu , wawa tu baru 19 nak naikkan nama under MIG then maybe takut reputasinya jatuh disebabkan perkahwinan . Entah  la kenapa ada perspektiv macam tu . Adalah tu kenapa kan... Btw, baru yuyu ingat . Sebelum ada lah jugak usha mereka sebelum tahu mereka berkahwin . Patutla dalam shoot magazine YEZZ , si Aerel Zafrel ni pegang pegang Wawa Zainal lebih2 . Rupa rupanya masa ni dia dah kahwin . Shoot Magazine ni tahun 2012 July. Tapi mereka berkahwin senyap pada February 2012 jugak . Well , bijak sungguh penyembunyian mereka . hihi..
So , yuyu nak share video itu . Sweet :)





SWEET KAN ? WELL . PATUTLAH SENTUH SENTUH TU MACAM OVER . JELOUS SEYHH . HAHAHAA ! APA PUN TAHNIAH !


3 comments:

  1. Saya tak sangka dorang nih berdua dah kahwin. Ingatkan rumors =___________=

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kawin mengaku sahajalh jangan tipu2. Saya masih sangsi betulkah kawin 2 kali sebab pendedahan tunang wawa dia balik Sabah pertengahan tahun 2012. sebelum tu dia di KLsama2 dengan wawa. Takkan wawa nikah pada Feb 2012 dia tak tahu langsung? Takkan tunang berada berhampiran pun boleh nikah lelaki lain?? Nampak sangat kan!

    ReplyDelete
  3. memang sesuai sangat diorang nih. harap diorg bersabar je dgn kata2 buruk org lain. biasalah, org dah bahagia kat situ jugalah nak lempar macam2 pendapat yg xbaik. sedangkan hanya Allah yg tau. kalau xda bukti baik jgn cakap kan, nanti Allah laknat. :)

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in