Akaun Facebook Syamsul Yusuf Digodam dan KL Gengster2 disebar secara HARAM


Akaun Facebook Syamsul Yusuf digodam dan diceroboh - Hanya sehari selepas tersebarnya link download KL Gangster 2, kini akaun Facebook Syamsul Yusuf pula digodam dan diceroboh oleh individu yang amat tidak bertanggungjawab.

Kes pencerobohan ini disahkan sendiri oleh pengarah tersohor itu melalui kenyataan ringkas di akaun Twitternya awal pagi tadi. Dia nyata tidak dapat tidur lena kerana terus memikirkan nasib filem terbarunya yang bakal ditayangkan di Pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 3 Oktober nanti.

Sedih dan simpati dengan nasib malang yang menimpa Syamsul Yusuf, admin hanya mampu memohon agar individu yang cemburukannya berhenti dari terus berbuat demikian. Syamsul Yusuf ialah pengarah filem pertama yang berjaya memikat hati penonton, jadi beri sokongan penuh kepadanya untuk terus berkarya dalam industri perfileman negara.

Dalam perkembangan lain, anak kepada Yusuf Haslam itu memberitahu telah mengenalpasti laman web dan blog yang memuatnaik download KL Gangster 2. Menurutnya, pihak berkuasa dan KDN akan mengambil tindakan segera ke atas pemilik laman maya berkenaan.

KEPADA YANG TAHU LINK KL GENGSTER SECARA HARAM SILA MEMBUAT LAPORAN: 



Syamsul Yusof kecewa setelah karya nya diceroboh dan disebarkan .



Kepada pihak berkenaan sila memberi kerjasama . 

1 comments:

  1. jom join segmen akak http://shuhaidablog.blogspot.com/2013/08/saya-blogger-baru-2013.html

    ReplyDelete

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in