Akaun Facebook Syamsul Yusuf Digodam dan KL Gengster2 disebar secara HARAM


Akaun Facebook Syamsul Yusuf digodam dan diceroboh - Hanya sehari selepas tersebarnya link download KL Gangster 2, kini akaun Facebook Syamsul Yusuf pula digodam dan diceroboh oleh individu yang amat tidak bertanggungjawab.

Kes pencerobohan ini disahkan sendiri oleh pengarah tersohor itu melalui kenyataan ringkas di akaun Twitternya awal pagi tadi. Dia nyata tidak dapat tidur lena kerana terus memikirkan nasib filem terbarunya yang bakal ditayangkan di Pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 3 Oktober nanti.

Sedih dan simpati dengan nasib malang yang menimpa Syamsul Yusuf, admin hanya mampu memohon agar individu yang cemburukannya berhenti dari terus berbuat demikian. Syamsul Yusuf ialah pengarah filem pertama yang berjaya memikat hati penonton, jadi beri sokongan penuh kepadanya untuk terus berkarya dalam industri perfileman negara.

Dalam perkembangan lain, anak kepada Yusuf Haslam itu memberitahu telah mengenalpasti laman web dan blog yang memuatnaik download KL Gangster 2. Menurutnya, pihak berkuasa dan KDN akan mengambil tindakan segera ke atas pemilik laman maya berkenaan.

KEPADA YANG TAHU LINK KL GENGSTER SECARA HARAM SILA MEMBUAT LAPORAN: 



Syamsul Yusof kecewa setelah karya nya diceroboh dan disebarkan .



Kepada pihak berkenaan sila memberi kerjasama . 

Vikingdom - KRU Filem Yang Termahal

Vikingdom sebuah cerita yang dihasilkan oleh KRU . Hebat bukan ?

Syarikat produksi Malaysia, KRU Studios Sdn Bhd mencatatkan peristiwa penting apabila mereka berjaya menjual filem mereka Hikayat Merong Mahawangsa lebih daripada 70 buah negara. Kini, KRU Studios lagi sekali mengeluarkan filem budget besar. Mereka menghasilkan filem berbahasa Inggeris dengan pelakonnya dari Hollywood.

Buat masa ini kos penerbitan Vikingdom belum diketahui lagi tetapi dikatakanVikingdom merupakan filem termahal yang pernah diterbitkan oleh pihak KRU Studios. Presiden eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim berkata ia telah menjual hak Vikingdom ke Perancis, Jerman, Timur Tengah, Rusia, China, Filipina, Bulgaria dan Romania. Apa yang membanggakan apabila ia juga sudah mendapat perhatian pengedar filem antarabangsa termasuk The American Film Market di Los Angeles,Amerika Syarikat.

Pihak KRU Studios baru sahaja melancarkan trailer filem terbaru mereka berjudul “Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim di laman sosial YouTube pada 11 Mac lalu.
Filem bergenra aksi, fantasi dan penggembaraan ini merupakan filem yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan ianya adalah produk buatan Malaysia yang dikeluarkan secara khusus untuk pasaran antarabangsa.
Menurut Presiden Eksekutif KRU Studios serta Penerbit Eksekutif Vikingdom, Norman Abdul Halim, idea untuk menghasilkan filem ini sudah lama difikirkan dan sebelum ini pihaknya memerlukan masa yang sesuai untuk menyiapkan skrip tersebut.









Proses untuk menyiapkan filem ini juga difahamkan memakan masa selama 6 bulan dan kebanyakan lokasi penggambaran adalah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.


Untuk makluman, filem ini akan mula ditayangkan di sekitar Los Angeles pada 26 dan 27 Mac ini, manakala untuk tontonan orang awam yang lain, filem “Vikingdom” dijangak akan menemui penonton sekitar bulan Ogos tahun ini.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Dominic Purcell (Prison Break, Killer Elite), Natassia Malthe (Dead or Alive, Elektra), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) serta Conan Stevens (The Hobbit).

TRAILER VIKINGDOM


Support our Production Malaysia.


Hope ( Lagu Baru )

Assalamualaikum :)


Hahahahaa, baru je update tadi . Then nak update lagi . Memang dah takde keje lah yuyu . Haaa, memang pun . Btw , yuyu baru je dapat whatsapp daripada member since sem1 lagi . Dia ciptakan lagu ni dengan sendirinya . Takde cover2 dah , dah memang lirik pun dia yang punya . Bila dengar tu pun , rasa macam best je . Bila dengar2 , woahh . memang gempak , cam tak caya . hahahaa.. So , I suggest him to upload his song on youtube . For the first time :) So , I support him . Sebab sumpah , memang tak tipu . Lagu ni meaning pun memang kaw punya then enjoy . Nak dengar ?



Susah nak search and nak taruk video die kat sini sebab dia bagi audio je. So , korang boleh tekan link tersebut dan dengar lagu nya :) Best , cam matsalleh betul je . Yuyu pun tak caya . hahahaa , btw nice trying . First dgr pun boleh dengar byk2 kali , cuma lagu ni separuh je . Have a nice day with this song babyyy :)

Penyanyi : Ayi Dizon 

Tutorial Tudung Bawal Dijadikan Shawl

Kalau entry cenggini  mesti girl girl je baca kan ? agaknye lah, tatau lah pulak kalau ade lelaki yang berminat pasal shawl ni jugak . Okay , actually yuyu ade jumpa trend yang pakai tudung tapi buat macam shawl . Yuyu tertarik nak buat tutorial ni sebab rasanya tak ada jumpa lagi kan ? and jarang yang pakai . Yuyu pun jarang keluar nak dress up kalau kat tempat belajar ni . Sebab datang nak belajar , bukan nk dress up . Tapi , yuyu suka ikut trend dan suka shopping . semua orang pun suka shopping kan ?

Okay , Tudung ni tudung bawal kosong je pun . Yuyu buat tuto sebab tengok atitaharis yang pakai then yuyu rasa tertarik dan cuba buat . Akhirnya jadi ... yang yuyu buat tutorial ni guna tudung biasa je . Kalau nak labuh amik je tudung bidang 50 ke berapa yang anda suka then follow tutorial ni . Tapi pastikan anda ada pakai dengan tudung yang lain kat dalam , inner neck ke ape ke . Sebab tudung ni apabila dibukak , die akan transparent . Then pemakaian tudung ni hanya lipat belah tengah sahaja , so automatik kat dada akan transparent . so , korang nak lebih baik pakai inner ek baby ?



Yang nampak pink kat dalam tu inner tudung lain untuk covered. 
Apa apa pun nak tengok caranya sila tengok di youtube :




okay , sorry kalau ada salah atau tak berkenan . Just sharing ! :)






Bye bye ! :)

Gambar Sebenar: Syahid Seorang Pejuang Islam

Assalamualaikum ..


(GAMBAR DIATAS TELAH DIEDIT DAN MENUKARKAN DENGAN GAMBAR YANG LAIN)

-Dijumpai didalam page yang berkenaan telah menukarkan gambar asal


(GAMBAR SEBENAR : masih tersenyum dengan syahidnya )
-ALFATIHAH



Nampak beliau keadaan tersenyum dalam syahid dan bertemu syurga. Allahu akbar~ 


Asma' Hisham Saqar.. mahasiswi mujahahidah yg dimasukkan ke hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya. Kemudian menemui syahid setelah ditembak di kepalanya oleh seorg sniper ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.

Al fatihah .


 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in