Curang



Assalamualaikum..


Tak tahu lah kenapa yuyu nak update pasal wanita curang sebab selalunya akan menumpukan lelaki yang curang . Betul tak ? Sebab lelaki itu perkara biasa . Lelaki boleh poligami , betul tak ? Tetapi perempuan ? Yuyu ada baca artikel di blog mengenai isu perempuan yang bermasalah seperti ini . Malah , kosmo pun ada mengeluarkan dan mengatakan Wanita Malaysia paling ramai curang . You alls boleh baca dan search sendiri di google ye . Yuyu malas nak berceloteh panjang , sebab dah pagi 3.54 a.m .

Okay , sejujurnya isteri curang itu akan mendapat dosa besar kan ? tetapi apa pula hukum mengenai kekasih ? iyaa.. memang tak ada hukum bagi kekasih . Tetapi sekarang , ramai yang berkekasih kasih kan ? so , alright . Jujur lah , siapa yang pernah curang ? atau sekarang ni tengah buat kerja curang ? Well , terkena batang hidung . Alhamdulillah , bagus lah . Biar kamu rasa . Siapa yang tak makan cili , dia takkan rasa kan ? Hmm .

Apa motif wanita curang ?
Kenapa perlu curang ?

Adakah tidak cukup nafkah batin bagi orang yang berkahwin ?


Kalau tidak cukup , apa kata settle dengan ada otak ? Be honest . Kalau dah tak sehaluan , boleh cerai . And boleh cari lain kan ? Ingat , dosa sebagai seorang isteri .

Atau sebab suami berubah ? buncit ? tak macam dulu ? Explain lah. Otak ada , mulut ada . boleh pakai kan ? daripada menipu suami sendiri . Syurga kita di telapak kaki suami bagi orang yang dah bersuami  . Betul tak ? pandai pandai lah . Takkan itu pun nak kena ajar kalau nak dapatkan rumahtangga yang harmoni . Dan kalau taknak anak anak korang nanti jadi macam ni jugak .

Then , bagi yang belum kahwin :-


Dah kenapa sebelum kahwin dah curang ?
 "ala, sebelum kahwin je , kalau dah kahwin tak boleh dah macam ni"
Oh ek ? boleh pulak ? haha . FYI , kalau dah diajar sebelum ni curang . mana mungkin after kahwin , kamu akan rasa ada nak menggatal lagi . Manusia macam ni memang tak fikirkan perasaan orang . Its okay , lelaki yang buat hal okay la lagi kan , sebab Allah benarkan mereka mengahwini 4 orang wanita . Tetapi ada ke Allah membenarkan perempuan mengahwini 4 orang ? tak ada kan ?

hmm.. so ingat la wahai perempuan . jaga diri mu , jangan sampai orang anggap wanita ni murahan . sekejap dengan die tu sekejap dengan die ni . wanita selalu menyalahkan lelaki yang curang . tapi sebenarnya kalau lelaki pun curang , perempuan pun ada yang perangai sebegitu . Jangan salah buaya lelaki kalau ada nya buaya perempuan . Ha... kan ?

Ni just bagi nasihat je :) untuk yuyu jugak tak salahkan . Memang la , kita tak kahwin lagi .. tapi jaga batas , jangan dengan dia tu kita panggil sayang sayang , dengan yang ni pun sayang sayang . Bukan ke di pandang rendah .  So sama sama la kita menjaga .. tak salah kan ?

Kalau iye pun cantik ada rupa .. akhlak kena la jaga . jangan duk jaga muka je . Orait ? Lelaki pun sama . Kadang kadang kita selalu tengok salah seorang je dalam sesuatu masalah kan ? sebenarnya salah dua dua , kalau takde angin , ribut takkan menjadi . hihi .. Ingat ye . Jaga Batas , Jaga Hati dan Jaga segala gala nya .

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in