10 Jenis Lelaki Berbahaya

Assalamualaikum..

Hari ini , yuyu nak kongsikan 10 Jenis lelaki yang memainkan perasaan perempuan . Sumber ni daripada blog-blog lain . Boleh dijadikan jugak , mungkin antara jenis ni ada yang betulnya . kan ? ada sesiapa nak bangkang ? silakan tinggal komen anda . Sebenarnya banyak je manusia yang macam ni berlambak . Setiap orang pasti akan kena . Termasuk lelaki . Lelaki pun ada jugak yang perempuan macam ni kan ? Ala , semua itu NAFSU lah wei . Bukan cinta berdasarkan hati , tetapi ikut paras rupa . So , bila nak berubah ? Sebab masing2 tak pernah kena dan tak pernah dikecewakan . Atau tak pernah berjumpa orang yang menyakiti hati korang ? Seperti kita jumpa qoutes mat salleh ..




Manusia , selagi tak kena batang hidung . Selagi tu hidup senang lenang nak permainkan orang kan ? Yuyu tunjukkan yang mana yuyu terjumpa dalam blog blog yang lain yer :)




Tambah tambah lagi bila korang dah putus . Dia boleh cari korang . Then bila korang cuba nak maafkan . Dia pulak tak balas . APA KORANG RASA ?  Ya Allah , Allah je tahu macam mana rasa hati ni terlalu bodoh . kan ? ehh , dia senang buat hati kita sakit . Lelaki macam ni akan dapat balasan . Jangan risau , percaya kat Allah . Allah Maha Adil .


DALAM BLOG iluvislam yang membuktikan bahawa wanita ini seorang yang lemah dan perlu menjaga wanita :-

 Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

 Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in