Bercerekarama di MIDVALLEY

Assalamualaikum :)


Setiap post kena bagi salam tak kira untuk orang yang kenal atau yang tidak kenal : ) kena belajar bagi salam sebab .. : -



ada tertera pasal salam kan ? haa... so fikir fikir kan lah.

Haa.. yuyu bukan nak cerita pasala ni malam ni . Yuyu nak kongsikan hari SELASA 25 JUN ni yuyu buat apa.. sebab kolej yuyu ditutup sebab jerebu . Tapi taktahu sampai bila nak tutup . Esok rabu dah buka kot , takkan nak ada kelas replacement banyak2 . huhu ~ nanti kentinggalan lah ilmu kitorang . hihi

okay . hari ini yuyu temankan kawan yuyu jumpa member dia . kebetulan , kakak yuyu @ twinsista yuyu ni tahu yuyu g midvalley dia ajak yuyu pegi UM . aiyokk .. hahaha, yuyu tak boleh pergi sbb takut diorang nak balik awal . So , yuyu ajak jumpa kat midvalley je dengan kakak anis. WEEE~

kami rapat , everything share : ) walaupun kali ni jumpa baru dua kali . HAHA , dah melekat dengan twinsista , sebab ada lah cerita sejarah sejarah yang dulu2 . HAAHA , terima kasih buat Epul , sebab dia .. yuyu kenal akak anis. hehe : )

Yuyu jarang keluar kat KL , kecuali TS . haha. Time si sakinah ni dia serba tahu walau pun , orang kedah . HAHA , nasib baik lah dia yang tunjukkan jalan ke Midvalley kat aku and mimie .

Lama jugak menunggu , dan buat muka tak tahu malu . Kami dah bosan sangat di Midvalley tunggu kawan mimie and kak anis . Kami pegi amik gambar depan2 Midvalley . Mula2 malu jugak .. hahahhaa.. tapi buat tak tahu jelahhhh .. ahahhahaa...










kitorang first time makan CARLSJR ni . err, rasa la macam mana sedap ke tak . kenyang tu kenyang tapi tak kena dgn selera . hahahaa.. burger jela yang ada )

after pegi makan , sabri dah balik . Urgent katanya . kami pegi kedai pets , tengok hamster , iguana , sugar glider. hahaa, agak takut ... sebab geli .. kecuali kucing . comel2 , tapi .. takut la.. hhehee.. 

dah kebetulan semua perempuan apa lagi? hobi kami amik gambar , guna phone jeee..








Idk why , sume org cakap muka yuyu nak sama . tengok tak pun . huhu, tapi pape pun dah melekat dgn nama twinsista :)
Jangan lupa Tinggalkan Komen Anda

10 Jenis Lelaki Berbahaya

Assalamualaikum..

Hari ini , yuyu nak kongsikan 10 Jenis lelaki yang memainkan perasaan perempuan . Sumber ni daripada blog-blog lain . Boleh dijadikan jugak , mungkin antara jenis ni ada yang betulnya . kan ? ada sesiapa nak bangkang ? silakan tinggal komen anda . Sebenarnya banyak je manusia yang macam ni berlambak . Setiap orang pasti akan kena . Termasuk lelaki . Lelaki pun ada jugak yang perempuan macam ni kan ? Ala , semua itu NAFSU lah wei . Bukan cinta berdasarkan hati , tetapi ikut paras rupa . So , bila nak berubah ? Sebab masing2 tak pernah kena dan tak pernah dikecewakan . Atau tak pernah berjumpa orang yang menyakiti hati korang ? Seperti kita jumpa qoutes mat salleh ..




Manusia , selagi tak kena batang hidung . Selagi tu hidup senang lenang nak permainkan orang kan ? Yuyu tunjukkan yang mana yuyu terjumpa dalam blog blog yang lain yer :)




Tambah tambah lagi bila korang dah putus . Dia boleh cari korang . Then bila korang cuba nak maafkan . Dia pulak tak balas . APA KORANG RASA ?  Ya Allah , Allah je tahu macam mana rasa hati ni terlalu bodoh . kan ? ehh , dia senang buat hati kita sakit . Lelaki macam ni akan dapat balasan . Jangan risau , percaya kat Allah . Allah Maha Adil .


DALAM BLOG iluvislam yang membuktikan bahawa wanita ini seorang yang lemah dan perlu menjaga wanita :-

 Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

 Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Dugaan / Ujian

Assalamualaikum..

Today is saturday . Alhamdulillah , semua dugaan yang baru baru ni sudah settle walaupun ada satu dan dua masalah lagi yang selalu terbayang bayang dalam kepala hotakkk yu ni. Hmmm , selama yuyu hidup tak pernah merasakan beban and dugaan yang seberat tahun ini . Tahun ni 2013 yang paling gelap lah dalam hidup yu . Allah sahaja tahu , mungkin semua ini ujian sebab Allah mahukan yuyu berubah dan matang dalam kehidupan kerana akan ada banyak lagi dugaan yang akan datang . Sekarang baru umur 20 , tahun depan dua tahun lagi kalau dipanjangkan umur mungkin banyak lagi masalah yang berat akan dihadapi .

Khamis 20/6/2013 hari paling teruk . Tiga masalah . Hmm , sakit hati ,sedih ,sebak .. Allah sahaja tahu . Tambah tambah lagi , jumaat semalam yuyu pergi kelas pun takde mood . Balik  pun sorang2 , then masa perjalanan balik nangis sorang2 .. dalam hati Allah je tahu . Yuyu bukan kuat untuk menghadapi semua ni , yuyu sekarang bukanlah yang dulu . Yang terlalu alpa dengan buaian kasih di dunia . Masa yuyu hadapi masalah ni , ya Allah . Tuhan je tahu .. tak tahan . Yuyu tak boleh cerita detail kat kawan mahu pun sape2 . Allah je tahu . Yuyu hanya mengharapkan Tuhan yang Maha Esa sahaja . Kawan pun lama lama jadi musuh , orang yang kita sanjung pun mungkin akan ada benci kita bahkan haters pun tetap akan jadi haters. Hidup ni bukan senang bila dah ada pancaroba dan hawa nafsu syaitan dengan hasad dengki , kebencian , nafsu , mengumpat , mengata , dicaci , dihina ,di herdik ,,.. macam2 . Hanya kita kena kuat untuk menghadapi semua itu , Allahuakbar.. sebak hati ini...


After masalah yang hari khamis tu yang bertimpa timpa , tiba tiba jumaat semalam . ada pulak dugaan ... terkilan . Sedih , Kenapa semua ni sekelip mata je aku tahu ? hmmm ... yuyu mmg berseorang after balik kelas . Then , yuyu cuba mencari kata kata semangat daripada artikel I LOVE ISLAM : -

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]


Ya Allah , sedihnya . selama ni yuyu selalu berfikiran tertutup . Ada masalah , nangis . nangis.. ye , sebab yuyu tak tahan .. tapi bila baca . Yuyu rasa Alhamdulillah . Bersyukur sangat seperti mana artikel ni menyatakan bahawa : -

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
hmmm , Dalam perspektif jodoh .. mungkin Allah bagi petunjuk . Tapi , biarlah . Semua itu urusan Allah . Semoga aku dijauhkan daripada lembah yang hina . Amin ....



Ya Allah , Aku bersyukur . Kuatkanlah hati hamba-Mu ini ,sesungguhnya hamba-Mu ini insan yang lemah .  Jauhikanlah hamba-Mu ini daripada seksa Api Neraka . Jadikanlah hamba-Mu ini anak yang solehah dan panjangkanlah umur kedua ibu bapa hamba-Mu ini dan sihatkanlah tubuh badan meraka . Amin , Ya Allah.


Sebenarnya , tiada guna kita mencintai orang yang salah . Tetapi dengan cara itu , kita tahu dimana silap kita dan berubah daripada yang tak betul ke arah yang betul . Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi jangan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat .

Dan tiada guna kalau berkawan kalau kawan mahu menjadi lawan . Berbuat baik berpada-pada , berbuat jahat jangan sesekali . Wallahu;alam . Orang yang tidak kenal yuyu dengan rapat , yuyu tahu ramai yang judge . Tapi , yuyu manusia biasa . Bukan sempurna . Maaf jika yuyu ni , menjadi tomahan mulut orang . Allah yang mencipta manusia , dan Allah sahaja yang mampu menilai . Jangan terlalu ikut syaitan . Mungkin cara itu , kita tidak akan mengutip pahala untuk mendapatkan syurga di akhirat kelak ..
Banyak kena fikirkan , dengan pembelajaran . Ikut amanah yang parents suruh . Jangan terlalu bodoh . Sesungguhnya ilmu itu penting untuk dibawa didunia dan akhirat . Insya Allah .. Nawaitu kerana Allah Ta'ala.. Sesungguhnya ilmu itu tersangatlah penting bagi kehidupan supaya tidak dibodohkan dengan orang orang yang lebih berilmu . Beriknlah kejayaan untuk kedua dua ibu bapa , sekali airmata ibu bapa menitik disebakan kejayaan kita .. itulah hasil yang akan membuatkan kita berasa berjaya mencapai apa yang ibu bapa kita inginkan...


Insya Allah akan ada kebahagiaan kelak . Allahuakbar .

Hello Kitty Town Johor Bharu

Assalamualaikum..

Actually yuyu tak dapat tidur sekaramg , walaupun dah pukul 3.11 a.m . Seriously , bosan . dan cuak . Semua orang dah tidur , cuma yuyu yang belum tidur . Yuyu sebenar nya takut , sebab sebelum ni dah dua kali peragut dah cuba meragut . Lagipun disini black area . Baru ni kawan yuyu sorang dah kena ragut . Dahla kena seret dengan motor , seriously . kejam sangat . Agak banyak barang kawan yuyu hilan dan dia pun luka . Harap harap si peragut tu dapat balasan nanti . Buat laporan polis pun , tak boleh buat apa2 . Malah tak meronda pun . Ingatkan minggu lepas nak pergi Hello Kitty Town , tapi sayang ada masalah .

So , kami berancang nak pergi kesana awal bulan 7 nanti :)

tadaaa , kami excited nak pergiii  sebab : -

























Excited nye bila tengok2 gambar ni , walaupun gambar ni daripada blogger lain , tapi rasa cam memikat hati betul . Haih , nanti adalah gambar sendiri kat sini nanti . Harga pun murah je , seingat yuyu yang hidayah bgtahu RM55 . Jom ! sesape nak pergi , jom lahh. Boleh merelease kan tension , enjoy . We can go to holiday and spent time with our friend .  Girlfriends! Nanti boleh mandi air terjun kat sana . Yuyu memang suka sangat nak main air ni , hihi . Kalau mandi @ berenam rasa tak nak naik je. hihi ... wait for this JULY . Hopely , takde quiz lagi . Lagipun dah sem 5, we should focus our study but tak salah kalau weekend release tension g JOHOR kan :) lagipun tak pernah pergi johor ! Ohmaiii , can;t wait ! :ooOOO

New Account For My Blog



Pernah dengar Lauryllavender.blogspot.com ? Haa, sama lah orangnya. Cuma yuyu dah tak guna blog tu disebabkan masalah tertentu. Adalah masalah apa kan . Blog ni yuyu ubahkan nama sebab dah taknak guna nama tu , lagipun blog tu guna masa form5 . Tambahan pula ada fake banyak sangat ! tak suka . Boleh amik gambar sesuka hati . Itu boleh blah lagi , tapi ni yang letak dalam page yang tah pape , padahal gambar mana ada yang teruk teruk. Cuma gambar biasa , itu pun boleh orang buat page yang mengarut . Itulah yang yuyu geram sangat . Then satu lagi , yuyu ada masalah . Dulu yuyu banyak update di blog tu sebab ada something special to share it . Tapi down sangat , tapi bila fikir balik life must go on . Yang penting we can share what we want to share . If you don't interested with my stuff , so you can just leave this page rite now. it easy right ? And one more , yuyu pernah upload video tutorial shawl di youtube pun , yuyu dah delete . Maybe will be more upgrade (cheewahhh) Sebab terfikir nak buat tuto make up punya . Itu pun kalau ada masa .

Btw , gambar yang di atas ni masa photoshoot di Kota Bharu bersama Hazwany Hamdan . Yuyu ajak dia join sekali dalam shoot ni, then dia berterusan sehingga sekarang cuma Yuyu dah tak berapa . Biasalah masa tu lepas SPM , memang gilakan photoshoot . Bila dah bosan , nak amik gambar pun taktahu amik gambar apa . Ayienazri Photography ni geng geng Huru Hara Community photographer di Kota Bharu punya . Kalau tak silap . Sebab benda dah lama :) Tapi rindu jugak nak shoot lagi , cuma sekarang busy . Lagipun duk KL , balik Kelantan pun sekejap je.

Dulu , yuyu buat tema purple kan ? sekarang hitam putih . It's depend my mood . I guess la.. sebab dulu mood nak enjoy je kan . Fikir nak happy je , tak fikir masa depan . Sebab tu rasa purple tu  macam orang kata "galok" warna galok kot. Tp bagi yuyu lah . hahaa...Bila dah ada pengalaman yang boleh membuatkan kita matang , boleh membuat kita fikir yang mana terbaik .. tema hitam putih ni pun yuyu rasa macam ada pengalaman pahit ada pengalaman manis . Walaupun baru usia 20 tahun , tapi kita boleh fikir masalah akan sentiasa ada dalam hidup kita kerana Allah sentiasa akan menguji umatnya :)


Nanti yuyu update entry seterusnya ! Blog ni belum di edit sepenuhnya . Belum puas hati lagi . Bye ! :p
 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in