Video Iqram Dinzly melamar Soo Winchi




 Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan?

Yelah , yuyu pun terkejut , sebelum ini tak pernah dengar sebarang gosip mengenai mereka , tup tup dengar cerita Iqram Dinzly dah pun melamar si cantik manis Soo Wincci.

Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbary penyanyi wanita itu di Jalan Ampang , baru baru ini.


" Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya , memang satu kejutan besar buat saya . Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya", kata penyandang gelaran Miss World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.






 Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan memandangkan Iqram tinggal berdekatan rumahnya menjadikan mereka sering keluar menghabiskan masa bersama sama berdua.

Walaubagaimanapun , Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan sial jodoh sekiranya namanya masih belum terpahat di Hollywood.

Tapi , kalau dah jodoh sampai dulu , takkan nak menolak pulak kan Wincci ?



baca untuk selanjutnya....

Tempat Impian : Ladang Lavender

Assalamualaikum .. :)


Phewww, dah lama tak update blog kan ? nampak tak kemalasan disitu ? Takde masa untuk update , sibuk sangat . Kadang kadang nak update blog ni memerlukan mood yang sesuai . kan ? Okay sekarang yuyu tengah layan lagu sambil menghayati dan berangan ke tempat impian . Ececee.. tempat ape tu ? Provence , France . Maybe ada yang pernah pergi dan pernah berangan atau tak tahu kan ada apa kat sana . Well , pada mulanya yuyu pun tak tahu Provence , France ni tempat apa . Yuyu tahu bila yuyu search bunga lavender . Yuyu suka bunga lavender . Tersangat obses kot . Walau pun tak pernah jumpa yang fresh . Dulu masa pergi cameron highland , ada lah jumpa tapi tak secantik di Provence . (Aiseyyhh , cakap macam dah pernah pergi provence je kan? Poyo nya ! haha ) 




Lavender , siapa yang tak suka kan ? Warna dia purple + lilac . Ya Allah , lawa sangat . Cuba imagine kita berada di kawasan bunga yang kita suka dengan warna kesukaan kita ! arghhh .. *excited ! Rasa macam nak guling guling je kat tempat tu . For me , its syurga dunia la . Jap , tengah berangan . hihi .. best nya baring kat ladang lavender kat provence , france ni . Tidur pun bau wangi macam lavender . suka suka suka ! hehehe... Alahai , bila boleh pergi tempat cenggini . To my future husband , please bawak saya kesini  . Hahaha . Berangan gila . Well , berangan jelah yang dapat . Lambat lagi semua tu . Baik usaha sendiri then pergi sana . Sanggup usahakan untuk pergi sana . Tapi kena belajar bersungguh - sungguh la mana tahu kan . Berdoa jela yuyu . Kalau tak dapat sampai sana pun , teruskan dengan angan angan mu. sob sob...



Mesti korang fikir " Tak berminat untuk tahu Provence , France " Uih ! sayang oi .. kena tahu .. ada jugak lelaki yang suka lavender tau . Bukan gegel jer :) Nak tengok tak pemandangan Provence ni? Mesti kena tengok ! Baru lah ada yang terikut ikut nak impikan pergi sini . heheee 



Ni baru tengok bunga lavender banyak banyak cenggini pun dah rasa ..

"AHHHHHHHHH.. CANTIKKNYA ! SUBHANALLAH ! "

Kan? alahai , ni baru sikit dear .. kalau tengok ladang lavender yang reality agak agak dah taknak balik Malaysia kot . Hahaha. Poyo nya ! Pergi pun tidak , ni baru angan angan . Haha




                                  Ya Allah , Indah sungguh ciptaan Mu . SubhanaAllah . 




 Warna ni LIlac , kalau tak silap . Cantikkan ? Just nak bagi suggestion . baju jubah guna yang material silk dan berwarna lilac . Pergh ! confirm lawa dan meletOP ! percayalah . Ha, siapa siapa yang pereka designer tu cuba la buat jubah guna silk material and guna warna ni . Confirm , cantik ! lembut pulak tu warna . Tambah tambah , letak lace yang matching dengan warna lilac ni. *Okay , berangan lagi untuk buat baju guna warna nii . aduhai.. kan best kalau ada bakat untuk menjahit ,hiiihii :)



 Selalunya orang akan bagi bunga ros kat orang yang dia sayang kan ? Tapi saya prefer bunga lavender . Tambah tambah lagi yang fresh . 

Okay , jeng jeng... ni lah tempat ladang lavender di Provence , France !!!






















Kan ? Ada tak yang rasa macam

" wahhh ! lawanya !
"Subhanallah
"Alahai , kan best kalau mampu pergi sana ..

So , inilah tempat impian yuyu. Selama ni yuyu just survey bunga lavender je . Shampoo Body pun lavender , kalau boleh nak semua lavender . Provence France ni , yuyu pun baru tahu tempat dia tersohor dengan ladang lavender . Sebab semalam , yuyu takde benda nak buat . Then , search tempat menarik yang berkaitan dengan lavender , Tetiba , terjumpa ! fuhh , memang excited ! Err... walaupun sekadar tengok gambar sahaja . haha !


Provence , France . Insya Allah . One day ! Wishlist :) Tempat impian .

Cuci Kereta Bergerak PERTAMA Menggunakan Teknologi Steam

Mungkin jarang bagi orang yang tidak mengetahui dengan adanya cuci kereta bergerak di Malaysia kan ? Selalunya pengguna kereta akan pergi ke tempat "car wash" untuk mencuci kereta . Tetapi dengan adanya Cuci kereta bergerak , anda semua boleh bekerja seperti biasa dan tanpa membuang masa untuk menunggu kereta anda dicuci . Malah , anda boleh menyiapkan kerja anda yang lain sementara menunggunya untuk dicuci . Senang bukan ? 

                                                                  

KLIK DISINI



Spaclean Mobile Carwash menggunakan teknologi steam yang tidak mengotorkan kawasan tempat cucian.  Malah Teknologi polimer wax terkini untuk perlindungan dari UV dan kilauan berpanjangan untuk cat kereta anda serta Sparkling Shine dengan teknologi advance steam untuk permukaan kereta anda ! Menarik kan ? Teknologi Steam juga adalah yang terbaik untuk kereta anda , tiada risiko calar , hasil kilauan yang luar biasa berbanding penggunaan bahan kimia dan sabun.

Terdapat harga promosi dan tawaran yang hebat . Terutama yang berada di KEDAH . 







 UNTUK MAKLUMAT LANJUT ANDA SEMUA BOLEH LIKE DI PAGE SPACLEAN MOBILE CARWASH DAN BOLEH MENGHUBUNGI   014 244 9000 UNTUK TEMPAHAN CUCI KERETA ANDA ! 

Lagu Nasyid "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer"


Trending sebuah video dari seorang gadis dengan nickname "Syasya Solero" mengudang rasa saudara Amar ingin mencetuskan mesej baru yang lebih positif melalu nasyidnya. Akhirnya tercetuslah satu lagu yang dirakamkan dirumah dan ianya mendapat sambutan kerana membawa aura yang positif berbanding parody yang tidak menjanjikan apa apa mesej kepada menontonnya.

Haaa, disebabkan ramai yang bash syasya dengan parodi nya  tiba tiba syasya pulak yang membawa perkataan macam comel je kepada ilham saudara Amar.

Oleh kerana mendapat sambutan mengenai lagu nasyid tersebut  telah dibawa ke satu peringkat lagi iaitu masuk ke studio untuk rakaman penuh. Dapat juga kita dengar sedikit perubahan telah dilakukan senikata lagu dan menjadikan lebih menarik untuk didengar.

Amar memberitahu kerana sokongan luar biasa ianya memberi motivasi kepada dirinya untuk merakamkan lagu ini secara penuh.


"ALHAMDULILLAH , Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik " Macam Cantik je , Macam Comel je" . Ini disebabkan selepas saya upload video lagu ini versi nyanyian saya bersama piano solo minggu lepas, banyak stesen radio meminta saya merakamkan secara penuh untuk dimainkan diradio . Motivasi saya untuk menyiapkan lagu ini secara full recording adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Semoga Allah S.W.T membalas jasa anda semua. Apa yang penting kita ambil manfaat daripada lagu ini dan marilah sama sama kita bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhitung banyaknya,"



Tahniah kepada saudara Amar ( Arif Muazzim Abdul Rahman) atas inisiatif yang hebat ini . First dengar memang macam takde pape, dua kali dengar rasa nak dengar lagi . Well , tahniah jugak kepada Syasya . Haters make her famous . Dan orang melayu sekarang suka bash orang kan ? Apa apa pun , Jom layan nasyid ni .







Thanks for advice, readers !

Assalamualaikum readers :)

Pagi tadi bukak blog, then tengok ada orang comment . Ya Allah , rupanya bukan yuyu sorang yang memikirkan semua tu . Yuyu , jangan ingat yuyu sorang je ada masalah . Orang lain lagi teruk masalah nya. Haih . Risaunya , semoga Allah memudahkan segala urusan . Amin . Yang penting nak graduate diploma dulu . Then , kerja di mana mana syarikat . Maybe akan amik SPA8 kot dalam akaun sementara menunggu degree. Yah , Nak masuk sem6 dah aku ni . Tapi kena focus study , ilmu itu penting .. cuba sedar yuyu jangan leka. Jangan alpa . Paper masih ada 3 belum amik yang perlu extend . Maybe 1 sem lagi untuk dapatkan pointer yang baik . Next sem , Next year azam baru ye yuyu . 

Btw, thanks sebab bagi comment ni ya ? :)



 Thank you so much . Yuyu amik kata kata itu dan akan ingat bukan kita seorang ada masalah . kan ? Insya Allah , Allah akan membantu umatnya  . Tak sangka ada orang nak baca celoteh yuyu yang tah pape ni kan . Selalunya takut jugak nak kongsikan apa yang dalam fikiran ni . Sebab takut takde orang nak tahu and takut takde sape yang nak membaca. hihi, at least ada yang berkongsi cerita dan give some advice to me. Kita sama samalah perbetulkan apa yang salah , apa yang terkurang , apa yang tidak tahu kan ? Kadang kadang , kita ni bukan manusia yang sempurna sebab ada jugak kadang kadang orang akan menunding jari kat orang lain . Contohnya orang tu jenis suka menyalahkan orang lain tapi diri sendiri nak menang . Ada je . Satu jari kita menunding , lagi Empat tu sebenarnya banyak salah kita.

After , yuyu update pasal yuyu ada beberapa orang inbox yuyu dalam facebook . Thanks . Yuyu hargai nasihat korang  .. Kita kena kuat dan tabah . Life must go on kan . Tak kira walau apapun berlaku kita tetap kena harungi . ececee... apa yang yuyu merepek ni. hihi..




Nah , yuyu bagi flying kiss 



Eh..kecik pulak gambar. takpelah . takde gambar flying kiss yang lawa laa.. hihi

Papepun thanks sebab follow and sanggup baca yuyu celoteh . Thanks for advice readers ! love yaaa.

Oh Allah , when I lose my hopes and plans....

Assalamualaikum readers ..

" Aku tak kuat... "  Ya Allah , itulah ayat yuyu selalu bermain dalam hati dan otak kalau ditimpa masalah atau dugaan . Ya , memang dugaan itu daripada Allah . Yuyu terima dugaan itu tapi sometimes yuyu rasa down sangat . Semua orang ada dugaan tersendiri kan ? Yuyu baru diploma in accounting and bakal graduate pada tahun 2014 . Insya Allah . Yuyu , " Umur kau baru 20 tahun , chill lah okay ! " Yay , I'm chill , I'm cool. Tapi next year , yuyu dah masuk alam yang makin dewasa erti kata TUA . Ya Allah , cepatnya masa berlalu kan ? Actually banyak perkara yang yuyu fikir tapi tak terluah , yuyu ada banyak matlamat tapi kadang kadang tak yakin and tak dapat lawan kelemahan . Dulu , yuyu still alam keremajaan yang mabuk dalam percintaan yang tak seberapa sejati sangatlah . Konon kononnya U jump I jump . Haih , hampeh . Banyak gak lah yuyu update pasal blog yang lama . Then I create new blog for start a new life so yuyu harap dalam blog ini yuyu dapat kongsikan bendayang sepatutnya sahaja  . Tapi hari ini , yuyu nak buat ala-ala diary sikit . Tapi takdelah cite whole of  my life. Pendam its better rite ? Hmm, berbalik kepada tadi . Masa keremajaan tu memang tak fikir kejayaan sebab dikaburi dengan percintaan monyet . kot -.-'. Tapi Alhamdulillah , sebenarnya daripada situ kita dapat sedar yang cinta manusia takleh lawan dengan cinta Yang Maha Kekal . Even , kita sayang sangat orang tu tapi kalau orang tu masih bukan yang halal , bila bila masa boleh lukakan hati kita . Sama jugak kalau kita kahwin pun.. ajal maut di tangan Allah . Teringat pada ayat yang kawan yuyu pernah bagi masa sekolah dulu.. :


                                            CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU
                                            CINTA PADA MANUSIA , MANUSIA AKAN MATI
                                            CINTA PADA ALLAH , KEKAL ILAHI ..


Masa sekolah , bila dengar ayat ni macam takde reaksi pape je. Bila dah banyak dugaan barulah yuyu tahu maksud yang sebenar . Faham kan ? Well, zaman sekarang ramai yang lebihkan cinta manusia sebenarnya memang perlu tetapi its better kalau kita jaga untuk orang yang betul betul halal untuk kita . After , yuyu lalui semua tu .. actually yuyu patut fokuskan kejayaan dan cinta Allah . Jodoh bila tiba masanya akan sampai . Memang kita perlu mencari tetapi tidak perlu terlalu taksub . Betul tak ? Ada yang frust sampai  suka kepada pasangan yang sama jantina . Itu fakta . Yuyu ada kawan yang macam tu . Tapi , kita still ada Allah. Kita tak boleh lawan takdir dan hukum Allah . Allah bagi dugaan semua tu mungkin ada hikmah . Yuyu dulu bukannya baik sangat . Tapi bila dah nampak jalan Allah , yuyu hanya fikirkan Allah yang terbaik . Kadang kadang , menangis jugak bila teringay kisah lama . Tapi , bila kita dah lepaskan perasaan tu kita akan fikir balik . Betul tak ?

Hari tu yuyu ada tengok cerita setia hujung nyawa, well tertarik dengan kata kata dalam cerita tu.. :

Tidak ada insan suci pada masa lampau.
Tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan .

Yes, memang ayat dia meaning sangat . Tidak ada insan yang suci daripada dosa yang tidak pernah buat dosa. So, kita semua pasti ada masalah dan dugaan . Yuyu pernah terfikir, kan best kalau kita tak diuji . Tapi bila renung balik , bila kita tak diuji , kita tak akan bersedia untuk menghadapi masalah yang akan datang . Dan mungkin kita tidak akan matang jika tidak melalui semua ni . 20 tahun yuyu bernyawa  , dah macam macam yuyu lalui . Allahu .. jika umur masih panjang , macam macam akan berlaku lagi . Bila dah nak dekat 2014 , yuyu  rasa takut sangat . Apa lagi dugaan dan masalah yang akan menimpa . Mungkin inilah , orang kata merasai perbezaan umur daripada kita remaja ke dewasa. Tidak bersedia . Kan? Yuyu ni childish . Maybe some people can say that yuyu ni immature person rite ? Yelah kot . Sebab tu yuyu risaukan masa yang akan datang , tapi ada orang cakap pengalaman dan pengajaran yang kita lalui dulu , akan mematangkan kita.

Ya Allah... apabila diuji dengan kesakitan , perpisahan , kegagalan terdetiklah rasa.. "apakah Allah sayangkan aku?" Kenapa aku diuji sebegini? " Subhanallah , tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan  , padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal , sebaliknya akan disoal . Namun itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Sebenarnya Allah pernah mengajar kita agar mengucapkan kalimah istirja' setiap kali diuji... mungkin tidak ada yang  perasan atau tidak tahu ,kan ? Innalilahi wa inna ilahi rajiun , ertinya :
Kami ini milik Allah , kepadaNya kami akan kembalikan.

Yap, kalimah ini yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan . Tuhan layak menguji kita . Ingat yuyu , jangan sesekali menolak apalagi mengamuk apabila diuji. kita hanya hamba....

"..Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu . Dan Allah mengetahui  , sedangkan kamu tidak tahu ." (Surah Al Baqarah : 216)

"Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan , maka Allah akan cuba dengan ujianNya."

"Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya" (Imam al-Bukhari dan Muslim)


Walhal ujian itu daripada Allah . Ya Allah , kuatkanlah aku .. 

Sebenarnya , yuyu teringin nak senaraikan matlamat yuyu pada tahun 2014 . Tapi , sayang .. tak dapat nak kongsikan . Biarlah yuyu rahsiakan . Yuyu harap , readers yang membaca boleh muhasabah diri . Mungkin , orang yang sedang alpa tidak akan pernah merasakan seperti yuyu rasa sekarang ni . Bila , orang yang pernah berada ditempat yuyu sekarang ni mungkin pernah merasa . Sebenarnya , kita hidup didunia ni , kita ada tugas masing masing . Tapi terpulang kepada kita untuk menyedarinya atau tidak . Semoga Allah memberi hidayah kepada orang orang muslim .


Disebabkan umur makin meningkat , macam tu lah otak yuyu tengah fikirkan . Tapi itu baru cebisan yang bermain dalam fikiran yuyu , masih ada banyak lagi perkara yang yuyu fikirkan . Hidup kita tidak semudah itu bila orang lain nampak zahir kita bahagia . Tapi , batin . Allah Maha Mengetahui . Bila difikirkan balik  , sangat berbeza apabila kita berada di alam keremajaan dan alam kedewasaan . Semoga Allah menolong hamba hambanya . Tidak ada jalan yang tiada penyelesaiannya..




Dengan kata kata seperti ini akan memberikan kita sedikit motivasi . Insya Allah , renungkan . Allah Maha Mengetahui . Jika umur yuyu masih panjang  , insya Allah . setiap dugaan dan ujian diberi yuyu akan ingat Allah akan ada disisi  . Sesungguhnya , kebahagiaan itu suatu ketenangan . Yuyu pun ada rasa nak berhijrah untuk menjadi seperti ini :

Insya Allah , akhlak perlu diperbetulkan . Istiqamah kerana Allah . Cumanya yuyu kena belajar lagi . Bukan senang untuk berpakaian seperti ini . Perempuan mungkin tahu kenapa susah untuk berhijrah berpakaian seperti ini . Mungkin ada yang mulut berbisa akan berbunyi "kenapa ? tak puas nak dedahkan aurat? " Bukan . Berpakaian macam ni kenalah berubah akhlaknya . Kalau akhlak tak senonoh , masih lagi tak betul . Tapi berpakaian macam ni mungkin ada perspektif yang menganggap berpakaian macam ni ada je orang jahat . Jangan .Berubah slow slow .  Matlamat yuyu , mungkin berkahwin nanti . Mungkin . Insya Allah , semoga Allah memberi hidayah dan tunjukkan kejalan yang benar..

Yuyu yuyu banyak sangat berceloteh kan ? macam ni lah yuyu . Kalau dah rasa hati stress bukak blog then post pasal diri sendiri . macam macam lagi nak cerita tapi tak boleh keterlaluan sangat . Sebab tu kebanyakkan yuyu post pasal Trend . Sometimes je yuyu boleh post pasal diri yuyu . Sebab yuyu ni banyak sangat dalam kepala tengah fikir. Kalau nak ceritakan memang tak habis . Kalau print dah boleh jadi novel . Hiks..



Yuyu kuat ! Fighting ! Masa masih panjang . Insya Allah , kalau dipanjangkan umur . Allahu :)


Zombie Make Up




Hello peeps ! well, you can see this picture , rite ? Macam takde keje je kan ? lol.
Well, it's my hobby . Yuyu memang takde keje sebab cuti sem . Then apa lagi , make up. Do some different and create with own creativity guna je apa yang patut asalkan nak menjadi . Haha . Benda ni , yuyu terfikir macam mana cerita hantu and zombie are making then I was like em . Okay . Kat situ dapat idea . Firstly , yuyu tengok Michelle Phan punya video. Yes, She's my favourite person . I mean , I like her make up  . Simple and creative ! Ah, love it . So , I think I'm gonna do same like her. But , I don't have a good stuff . I dont have any make up and glue (Latex) . So , I guess.. I will paint my face ! Hahaha . I'm using water colour and tissue . Foe easier way, I just using water for tissue . It supposed using a glue. But  I don't have . I do this among 12.00 a,m tp 1 a.m . Tapi ada adik yang temankan . Dia tengah main PSP . Terpaksa , sebab terlalu bosan . I don't know what to do, then this idea come on that time . So , i guess I can share to everyone . Well, you know. I like to share. lol.

Tadaaa... well, you can see those picture. Takdelah menjadi sangat kan ? haha . I supposed using a kind product like MP . awh,.. tunggulah yuyu . Tak kerja lagi , so I don't have enough that product . sobs. So, masa tu jugak yuyu ada record video . Ah , yang ni sedih jugak . I don't have a good camera. I mean , Camera . Not webcam / camera on laptop. So , all my videos not have a good quality . I hope  , one day I will get camera and I can use that . Hmm . Well, I'm still studying . One day , bila dah dapat kerja . maybe kena beli camera dulu sebab memang yuyu akan menggunakan camera tu . Akan . dan sentiasa . So , I will always update my blog with more pictures. sobs.. nak ... :'(

Ah , just forget it . Then I already upload on youtube . You can watch there. Lol. I hope , I can share something different . Yay , I know . I already sahre some tutorial of hijab . But , I don't share tutorial make up yet . Ah , ruginya.. kan best ada camera. Sorry , for all . sebab ada yang cakap video tak jelas. so harap faham ye explaination kenapa video sbnrnya tak jelas. haha. Maybe , one day :)


Nah , I also will share here . So , you can watch  this video . Korang boleh tengok betapa bosannya muka yuyyu . Dah macam macam gaya dah . Nak bash pun bash lah . Kita bukan perfect sangat pun . Setiap orang mesti ada yang nak jadi pengkriitik . Yela , yang jadi pengkritik tu mesti perfect kan . Sorry .. tapi memang betul pun kan ? terfikir jugak orang yang suka bash ni . lalalaa~



Nah :) Sorry tau . Tak suka takyah tengok , kan senang , ahahhahaa.




Rihanna Bertudung Di Abu Dhabi



Sebut sahaja nama Rihanna pasti satu dunia mengenali pemilik nama ini . Bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi yang hebat tetapi juga sebagai wanita yang suka berfesyen dengan gaya-gaya menarik dan seksi.

Namun , terbaru Rihanna muncul menarik perhatian ramai apabila tampil dengabn imej sopan malah mengenakan tudung dan bergambar di hadapan sebuah masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi

Rihanna mengenakan pakaian sut labuh berwarna hitam serta bertudung berposing untuk mengabadikan kenangan ketika berada di Abu Dhabi sempena jelajah Diamonds sebagai mengormati masyarakat Islam.

Walaubagaimanapun , Rihanna tetap dikritik hebat oleh para peminatnya kerana cara dia berposing yang dianggap tetap teksi dan tidak sesuai untuk berkelakuan seperti itu di hadapan masjid . Malah Rihanna juga turut dikritik kerana mengenakan gincu yang merah serta pengilap kuku.








Pendedahan Perkahwinan Aerel Zafrel & Wawa Zainal

Hai hai , Okay . Sebelum ini Aerel Zafrel menyembunyikan perkahwinan dengan Wawa Zainal .Yuyu pun terkilan kenapa mereka harus menyembunyikan perkahwinan , kan ? Yelah .. Takdelah yuyu rasa kecewa dengan Aerel Zafrel . lol . Hahaha . Takdelah , saje je angau . lalala~

Actually , yuyu tumpang bahagia . Aerel Zafrel dan Wawa Zainal bersama . Yelah kan , pasangan yang secocok . Sepadan sesangat . Nak tahu kenapa mereka menyembunyikan perkahwinan mereka ? 



Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.



Kata Aeril Zafrel:-

Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.
Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.
Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia



Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-

Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab

Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-
Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo

 Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.


See? patutlah mereka menyembunyikan perkahwinan sebabnya dalam MIG production setahu yuyu , wawa tu baru 19 nak naikkan nama under MIG then maybe takut reputasinya jatuh disebabkan perkahwinan . Entah  la kenapa ada perspektiv macam tu . Adalah tu kenapa kan... Btw, baru yuyu ingat . Sebelum ada lah jugak usha mereka sebelum tahu mereka berkahwin . Patutla dalam shoot magazine YEZZ , si Aerel Zafrel ni pegang pegang Wawa Zainal lebih2 . Rupa rupanya masa ni dia dah kahwin . Shoot Magazine ni tahun 2012 July. Tapi mereka berkahwin senyap pada February 2012 jugak . Well , bijak sungguh penyembunyian mereka . hihi..
So , yuyu nak share video itu . Sweet :)





SWEET KAN ? WELL . PATUTLAH SENTUH SENTUH TU MACAM OVER . JELOUS SEYHH . HAHAHAA ! APA PUN TAHNIAH !


 
Copyright © Yuyurashid | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in